Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, March 1, 2020

Takdir Muhyiddin, kejayaan yang tertangguh

Takdir Muhyiddin, kejayaan yang tertangguh: Ibarat permainan papan klasik, ular dan tangga, tiada siapa yang menjangka perjalanan politik Muhyiddin Yassin kini cukup manis.



 



Diterbitkan

Ibarat permainan papan klasik, ular dan tangga, tiada
siapa yang menjangka perjalanan politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kini
cukup manis.

Nama beliau sebelum ini tiada dalam saga untuk
jawatan Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan
jawatan itu pada 24 Feb lepas.

Namanya hanya timbul apabila
disebut oleh Dr Mahathir ketika melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi
2020 pada 27 Feb, dan sehari selepas itu, segalanya berubah.





Hari ini, anak jati Muar, Johor yang juga antara pengasas Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, mengangkat sumpah jawatan
Perdana Menteri Malaysia kelapan di Istana Negara.

Figura berusia
72 tahun itu melalui pelbagai ranjau dan duri dalam perjalanan
politiknya, dan paling terkesan ialah disingkir daripada Umno dan
dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa pentadbiran Barisan
Nasional (BN) berikutan kelantangan beliau terhadap kepimpinan BN ketika
itu.

Mula berkecimpung dalam politik sejak 1970-an, Muhyiddin
yang lahir pada 15 Mei 1947 merupakan Ahli Parlimen Pagoh selama lima
penggal sejak 1978.

Selain Ahli Parlimen Pagoh, anak kepada ulama
terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor, Muhammad Yassin Muhammad itu
juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Johor.

Beliau
berpengalaman luas dalam pentadbiran negara dan pernah memegang
pelbagai jawatan dalam Kabinet iaitu Menteri Dalam Negeri (Mei
2018-Febuari 2020); Timbalan Perdana Menteri (2009-2015); Menteri
Pendidikan (2009-2015); Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
(2004-2008); Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(1999-2004), Menteri Belia dan Sukan (1995-1999); dan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah beberapa pentadbiran
sebelum ini.

Memiliki
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya
(UM), Muhyiddin juga pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor
(1986-1995), selepas memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit
Serampang pada pilihan raya umum ketujuh.

Kerjaya
Muhyiddin bermula sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor pada 1970
dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar pada 1974.

Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar pada 1981; dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 1982.

Muhyiddin
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah
Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar, Johor, sebelum
melanjutkan pengajian ke UM.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan
Puan Sri Norainee Abdul Rahman pada 1972 dan dikurniakan empat cahaya
mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa dan Farhan.

Jawatan
terakhir beliau ialah Menteri Dalam Negeri di bawah kabinet Dr Mahathir
di bawah kerajaan Pakatan Harapan selepas gabungan itu yang melibatkan
PKR, Bersatu, DAP dan Amanah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14
menewaskan Barisan Nasional.

Muhyiddin juga pernah memegang
jawatan naib presiden UMNO (1993-1996 dan 2000-2007), dan dipilih
sebagai timbalan presiden UMNO pada 2008 sebelum dipecat pada 2016
kerana pendiriannya yang tegas dan berani menentang arus demi
kepentingan parti.

Selain politik, Muhyiddin juga aktif dan banyak
terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan iaitu pernah dilantik menjadi
Yang Dipertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri
Johor (1986-1995); dan Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri
Johor (1986-1996).

Muhyiddin juga merupakan pengasas TSM Charity
Golf, yang merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat
membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma
daripada sukan golf.

TSM yang ditubuhkan pada 2002 telah sedikit
sebanyak mengubah persepsi masyarakat terhadap sukan golf dengan
menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan
menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...