Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, March 1, 2020

Dr M salahkan Muhyiddin dan Anwar dalam mesyuarat tertutup

Dr M salahkan Muhyiddin dan Anwar dalam mesyuarat tertutup: Selain menyalahkan Muhyiddin yang menurutnya sengaja wujudkan krisis politik, Mahathir turut menyalahkan Anwar yang ingi dicalonkan sebagai perdana menteri.









News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini



Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyalahkan
Muhyiddin Yassin yang menurutnya sengaja mencari alasan untuk mewujudkan
krisis politik agar dilantik sebagai perdana menteri.

Mahathir
juga berkata beliau sedih kerana tidak sempat mencukupkan jumlah
sokongan untuk dilantik semula sebagai perdana menteri kerana PKR, DAP
dan 92 ahli parlimen Amanah menyokong Anwar Ibrahim.

Mahathir
berkata demikian dalam mesyuarat tertutup ahli Bersatu di Putrajaya yang
disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Amanah, mungkin
secara tidak sengaja.

Mahathir berkata Muhyiddin memperalatkan Anwar untuk mewujudkan krisis politik dalam PH.



Beliau berkata salah seorang setiausaha politiknya telah
memberitahunya bahawa Anwar mahu menuntut jawatan timbalan perdana
menteri semasa majlis presiden PH yang berlangsung 21 Feb lalu.

Ia membuat Mahathir dan pemimpin parti sangat marah, tetapi senario itu tidak pernah menjadi kenyataan.

"Sebaliknya,
(yang tidak berlaku) semua pemimpin (PH) menyokong saya. Beliau
(Muhyiddin) memerlukan alasan untuk mewujudkan krisis.

"Bila parti keluar daripada PH itu jadi sebab krisis," kata Mahathir, menjawab soalan yang bertanya tentang Muhyiddin dan Anwar.

Mahathir
mengulas lanjut dengan menerangkan bagaimana perancangannya untuk
dilantik semula sebagai perdana menteri di tengah-tengah krisis itu
telah digagalkan oleh Anwar.

Menurut Mahathir, Anwar telah
mendapat sokongan daripada 92 ahli parlimen PH untuk menjadi perdana
menteri apabila mereka ditemuramah oleh Yang di-Pertuan Agong pada Rabu
lepas.

Pada masa itu, Mahathir mencadangkan untuk menerajui
kerajaan perpaduan. PH menolak cadangan itu kerana menganggap kerajaan
perpaduan tidak akan komited dengan manifesto pilihan raya mereka dan
memberikan terlalu banyak kuasa pada perdana menteri.

"Saya sangat
sedih kalah, kerana dia (Anwar) dapat sokongan PH untuk dicalonkan
(sebagai perdana menteri). Dia mempunyai 92 (sokongan ahli parlimen).
Saya mempunyai 60 atau lebih, kami boleh memperoleh majoriti.

"Dia mahu menjadi calon, walaupun dia sepatutnya tahu dia tidak dapat memperolehnya (sokongan majoriti).

"Dia
tuntut nak jadi calon (perdana menteri), orang macam tu percaya benda
tak betul sebab dia nak (jadi perdana menteri," kata Mahathir.

Anwar
dan PH hanya kembali menyokong Mahathir pada petang Jumaat selepas
Muhyiddin berjaya mendapat sokongan sebahagian besar ahli parlimen
Bersatu untuk bekerjasama dengan Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan
beberapa parti kecil.

Walaupun sehingga saat akhir PH masih
berusaha mendapatkan sokongan majoriti ahli parlimen, Istana Negara
mengumumkan bahawa Muhyiddin telah berjaya memperoleh jumlah berkenaan.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pagi ini.

Mahathir
menyifatkan Muhyiddin sebagai pengkhianat kerana kesediaannya
bekerjasama dengan Najib Abdul Razak, yang kini menghadapi perbicaraan.

"Muhyiddin sanggup membantu kerana dia mahu menjadi perdana menteri," kata Mahathir.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...