Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, November 3, 2018

Siapa disebut dalam kertas pertuduhan DOJ? @ teringat pula MO#1 Kerajaan UMNO/BN.

Siapa disebut dalam kertas pertuduhan DOJ?: Pertuduhan jenayah pertama kali dibuat Khamis lalu selepas lebih dua tahun sejak DOJ memfailkan saman sivil bagi merampas aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini



Selepas lebih dua tahun sejak Jabatan Kehakiman AS (DOJ) memfailkan
saman pelucuthakan sivil bagi merampas aset yang dikaitkan dengan
skandal 1MDB, pertuduhan jenayah pertama kali akhirnya dibuat pada
Khamis lalu.

Mengikut amalan biasa, DOJ tidak secara langsung menamakan individu dan entiti dalam kertas pertuduhannya.

Bagaimanapun
dengan meneliti latar belakang skandal 1MDB dan membandingkannya dengan
kertas pertuduhan, individu dan entiti yang tidak dinamakan itu masih
boleh dikenal pasti.

Berikut adalah ringkasan mengenai siapa kemungkinan mereka:

Low Taek Jho, Ng Chong Hwa, dan Tim Leissner

Ahli
Pernigaaan Low Taek Jho, jurubank Roger Ng dan Tim Leissner disebut
sebagai konspirator bersama dalam kertas pertuduhan masing-masing.

Dalam kertas pertuduhan Low & Ng, Leissner dirujuk sebagai "Konspirator Bersama # 1".

Dalam
kertas pertuduhan Leissner, Low disebut sebagai "Konspirator Bersama
#1" manakala Ng disebut sebagai "Konspirator Bersama #2".

Ini boleh dilihat dengan hanya membandingkan bagaimana ketiga-tiga individu itu dijelaskan dalam dua kertas pertuduhan.

Ketiga-tiga
mereka dikatakan telah menggunakan hubungan Low bagi memperoleh bisnes
untuk sebuah institusi kewangan di Amerika Syarikat (Kenungkinan bekas
majikan Leissner, Goldman Sachs Group Inc) melalui perjanjian dan
bayaran ratusan juta dolar dalam bentuk suapan.

Ini termasuk memastikan bahawa 1MDB menganugerahkan Goldman Sachs dengan peranan dalam terbitan bonnya.

Leissner
mengaku bersalah, manakala Ng ditangkap di Malaysia dan akan
diekstradisi ke AS untuk menghadapi tuduhan. Low masih bebas dan
mendakwa dia tidak bersalah.

DOJ mengingatkan pendakwaan terhadap
Ng dan Low adalah merupakan suatu tuduhan dan mereka dianggap tidak
bersalah sehingga dan melainkan mereka terbukti bersalah.

Najib Razak

Dikenali
dengan kod nama "Malaysian Official #1" yang disebut dalam dokumen DOJ
sekali lagi, ia mungkin merujuk kepada bekas perdana menteri Datuk Seri
Najib Abdul Razak.

Dalam dua pertuduhan itu, "Malaysian Official #
1" digambarkan sebagai "seorang warga Malaysia dan pegawai tertinggi
dalam kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan sekitar 2009 sehingga
pada atau sekitar 2018 dengan mempunyai kuasa meluluskan keputusan
perniagaan 1MDB. "

Tempoh
masa itu bertepatan dengan tempoh pelantikan dan kejatuhan Najib
sebagai perdana menteri, di mana beliau juga memegang portfolio
kewangan.

Najib juga merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB sehingga ia dibubarkan.

Kertas
pertuduhan terhadap Leissner mendakwa dia dan rakan konspirator lain
telah membantu menyalurkan dana 1MDB yang diterbitkan melalui  bon pada
2012 yang diberi nama "Projek Maximus" sambil mengetahui bahawa
Malaysian Official# akan menerima sogokan darinya.

Sebanyak AS$
1.3 juta didakwa disalurkan dari terbitan bon lain yang dikatakan
disalurkan kepada pembuat berlian di New York bagi membayar barang kemas
untuk "isteri MO1".

Sebelum ini, dikatakan bahawa Najib menerima
AS$ 681 juta yang telah dipindahkan ke akaun bank peribadinya, di mana
AS$ 620 juta telah dikembalikan.

Najib kekal menyatakan tidak
bersalah, tetapi DOJ sebelum ini dalam saman pelucuthakan sivilnya
mendakwa dana yang dikembalikan itu digunakan oleh sekutu Low, Eric Tan
untuk membeli beberapa karya seni, bersama berlian 22 karat dan kalung
berlian untuk "isteri MO1".

Riza Aziz

Konspirator
bersama # 3 dalam kertas pertuduhan Low & Ng digambarkan sebagai
"warganegara Malaysia yang merupakan saudara terdekat Malaysian Official
# 1 dan pemilik syarikat US Motion Picture # 1, sebuah syarikat
penerbitan filem di AS".

Ini mungkin merujuk kepada anak tiri lelaki Najib, Riza Aziz dan syarikat produksi filemnya, Red Granite Pictures.

Sebelum
ini, DOJ mendakwa dalam saman sivilnya bahawa Red Granite Pictures
telah menggunakan dana yang berasal dari 1MDB untuk membiayai filem Wolf
of Wall Street, Daddy's Home, and Dumb and Dumber To.

Fakta
bahawa Syarikat US Motion Picture # 1 terlibat dalam penerbitan The Wolf
of Wall Street juga disebut dalam kertas pertuduhan Low & Ng.

Red Granite semenjak itu telah menyelesaikan
saman dengan membayar AS$ 60 juta tanpa pengakuan bersalah, sementara
Riza hanya menerima gaji terhad untuk menampung insurans kesihatannya
sehingga penyelesaian dibayar sepenuhnya pada 20 Sept.

Mengikut
kertas pertuduhan terhadap Low & Ng, kira-kira AS$ 133 juta terbitan
bon pertama 1MDB (Projek Magnolia) dipindahkan ke akaun yang dikawal
oleh Konspirator Bersama # 3.

Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny

Konspirator
Bersama #3 dalam kertas pertuduhan Leissner dan Konspirator Bersama #2
dalam kertas pertuduhan Low & Ng adalah orang yang sama.

Beliau
digambarkan sebagai "warganegara AS yang merupakan pegawai tinggi dalam
firma pelaburan asing A pada sekitar 2012 sehingga pada atau sekitar
2014".

Firma
Pelaburan Asing A mungkin anak syarikat International Petroleum
Investment Company (IPIC), Aabar Investments PJS, di mana kemungkinan
individu bagi konspirator ini ialah Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny
yang merupakan ketua pegawai eksekutifnya.

Sebelum ini, dikatakan
bahawa Badawy dan pengerusi IPIC pada masa itu, Khadem Abdulla
al-Qubuisy telah menubuhkan syarikat British Virgin Islands, Aabar
Investments PJS Ltd (Aabar-BVI)

Meskipun namanya memiliki
persamaan, dikatakan bahawa Aabar-BVI tiada kena mengena dengan IPIC
tetapi sebaliknya ia bertujuan untuk menyamarkan pembayaran 1MDB yang
ditujukan kepada Aabar yang tulen.

Kertas pertuduhan terhadap
Leissner mengatakan saudara kepada saudara Konspirator Bersama # 3
(Badawy) juga mendapat manfaat daripada dana 1MDB yang diterbitkan
daripada pengeluaran bon pada 2012.

Khadem Abdulla al-Qubuisy

Bekas pengerusi IPIC ini mungkin adalah "Abu Dhabi Official # 1" yang dinamakan dalam dua kertas pertuduhan.

Dia
digambarkan sebagai pegawai tinggi dari 'agensi asing A' sekitar tahun
2012 sehingga pada atau sekitar tahun 2014, dan di pejabat tinggi Firma
Pelaburan Asing A."

Agensi asing A yang disebutkan mungkin IPIC, sementara Firma Pelaburan Asing A mungkin merupakan anak syarikat IPIC, Aabar.

Seperti
yang disebutkan di atas, Khadem dan Badawy didakwa menubuhkan syarikat
yang menyerupai Aabar bagi menyalurkan dana 1MDB yang ditujukan untuk
anak syarikat IPIC yang tulen.

Menurut dua kertas pertuduhan, Khadem didakwa menerima wang yang disalur daripada terbitan bon 1MDB.

Ia
juga menyebut akaun syarikat cengkerang di mana "Abu Dhabi Official #
1" dan "Konspirator Bersama # 2/3" (Bawany) adalah penandatangan, tetapi
hakikatnya dikawal oleh Low dan satu lagi konspirator.

Andrea Vella

Konspirator
Bersama # 4 dalam kertas pertuduhan Leissner digambarkan sebagai
"seorang warga Itali yang bekerja sebagai pengarah urusan dan bertindak
sebagai agen Institusi Kewangan AS# 1 dari sekitar tahun 2007 hingga
kini."

Dia mungkin merupakan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman Sachs di Asia.

Menurut laporan Bloomberg dan New York Times, Vella memang merupakan salah satu daripada konspirator yang disebut dalam kertas pertuduhan DOJ dan telah dibebaskan.

Bloomberg juga menyebut bahawa Vella telah diturunkan pangkat dari jawatan sebagai eksekutif bulan lepas.

Menurut
pertuduhan terhadap Leissner, Leissner telah berkomplot dengan
Konspirator Bersama  2 (Ng) dan Konspirator Bersama #4 (Vella) untuk
memintas pemeriksaan dalaman Goldman Sachs.

Ada siapa lagi?

Terdapat
individu yang tidak dikenali yang disebutkan dalam dua kertas
pertuduhan, tetapi kurang maklumat untuk mengenal pasti mereka.

Terdapat
1MDB Official #1, 1MDB Official #2, dan 1MDB Official #3 yang
disebutkan dalam kedua-dua kertas pertuduhan, dan "Konspirator Bersama
#5" yang disebut dalam kertas pertuduhan Leissner.

1MDB Official
#1, #2 dan #3 masing-masing digambarkan sebagai "pegawai peringkat
tinggi dalam 1MDB dari atau sekitar 2012 sehingga pada atau sekitar
2014".

Seterusnya, 1MDB Official #1 dan #3 merupakan titik hubungan utama antara Goldman Sachs dan 1MDB.

DOJ
sebelum ini membabitkan lima pegawai 1MDB dalam samannya. Sesetengahnya
tidak dikenali, tetapi identiti mereka masih dapat disimpulkan daripada
maklumat lain yang tersedia.

Mereka yang terlibat sebelum ini
termasuk bekas pengarah eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee, bekas
pengarah 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas penasihat 1MDB dan
pengarah eksekutif strategi kumpulan Jasmine Loo Ai Swan, bekas ketua
pegawai pelaburan 1MDB Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas pengarah
eksekutif kewangan 1MDB Terence Geh.

Bagi Konspirator Bersama #5,
dia digambarkan sebagai "warganegara China, penduduk Hong Kong dan
saudara terdekat kepada defendan Tim Leissner".

Tuduhan terhadap
Leissner menyebut beberapa kali di mana wang dari 1MDB didakwa
dipindahkan ke akaun yang dikendalikan bersama olehnya dan Konspirator
Bersama #5.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...