Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, November 2, 2018

SIARAN PENUH: Pembentangan Belanjawan 2019


 

Inti pati Belanjawan 2019

Diterbitkan  | 
Dikemaskini
BELANJAWAN 2019 l Berikut ialah inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Belanjawan 2019 bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera.



Hutang
dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065
bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang
didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu.

Perincian hutang
ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan,
RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain
termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).

Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018

Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini.

Kerajaan unjur Keluaran Dalam Negara Kasara (KDNK) Berkembang 4.9 peratus pada 2019.

Kerajaan akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal pada 2021

Kerajaan akan membentangkan Akta Perolehan Kerajaan pada tahun depan

Kerajaan akan melaksanakan perakaunan akruan bagi menggantikan perakaunan asas tunai bermula 2021

Defisit fiskal 2018 dijangka mencapai 3.7 peratus disebabkan komitmen perbelanjaan kerajaan terdahulu.

Kerajaan
komited laksana langkah konsolidasi fiskal untuk kurangkan defisit
kepada 3.4 peratus pada 2019, 3.0 peratus pada 2020 dan 2.8 peratus pada
2021.

Kerajaan Persekutuan terus beri jaminan pembiayaan untuk projek infra yang sedang dalam pembinaan seperti MRT2 dan LRT3.

Kerajaan akan mewujudkan pejabat pengurusan hutang untuk menyemak dan menguruskan hutang serta liabiliti kerajaan.

Projek Landasan Berkembar Lembah Kelang 2 akan ditender semula melalui tender terbuka.

1MDB
dan kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki US$4.32 bilion kepada
IPIC dan Aabar Investment PJS, dan akan menuntut pemulangan US$1.46
bilion yang telah dibayar.

Hutang langsung Kerajaan Persekutuan mencatat RM687 bilion atau 50.7 peratus daripada KDNK pada akhir 2017.

Hutang rasmi Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat 51.8 peratus daripada KDNK pada 2019.

Jumlah liabiliti akan berkurangan kepada 73.5 peratus tahun depan berbanding 74.6 peratus yang dijangka pada akhir 2018.

Kerajaan akan mengurangkan pegangan dalam syarikat bukan strategik.

Model Kerjasama Awam-Swasta akan dijalankan secara tender terbuka dan bukannya kaedah rundingan terus.

Penyedia
perkhidmatan atas talian asing akan dikehendaki mendaftar dengan
kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan mulai 1 Januari 2020.

Kerajaan
akan lancar program khas Pengakuan Sukarela untuk pembayar cukai
mengisytiharkan sebarang pendapat yang tidak dilaporkan.

Malaysia
akan melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik dengan pihak
percukaian lain yang membolehkan audit dan siasatan.

Kerajaan akan
mengkaji lebih 130 jenis skim fiskal sokongan pelaburan yang dikendali
32 agensi penggalakan pelaburan bagi memastikan insentif cukai relevan
dan tiada pertindihan.

Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah
dinaikkan kepada 10 peratus daripada lima peratus bagi syarikat,
individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap dalam tahun
keenam dan ke atas.

Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk warganegara dan penduduk tetap dinaikkan kepada lima peratus.

CKHT
dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana
rendah dan rumah mampu milik berharga di bawah RM200,000.

Kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta dinaikkan kepada empat peratus.

Pilihan
kadar cukai maksimum sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan di bawah Akta
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 akan dimansuhkan.

Lesen kasino dinaikkan kepada RM150 juta setahun daripada RM120 juta setahun.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...