Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, November 4, 2018

Lihat Apa Terjadi Bila Tun Dr Mahathir


  

Dr M: Kalau Anwar izin, saya 2 tahun setengah jadi PM

Koh Jun Lin  | 
Diterbitkan  |   



   

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamas
berkata beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk
menyerahkan jawatan perdana menteri kepada pemimpin PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim selepas tempoh dua tahun mentadbir negara.
Hal ini meskipun terdapat desakan daripada akar umbi BERSATU supaya beliau kekal sebagai perdana menteri.

"Saya
berjanji akan meletak jawatan. Saya akan pegang janji saya. Adakah anda
ingat sebarang perkara yang saya tidak menepati janji saya. Saya
satu-satunya 'diktator' yang meletakkan jawatan," beliau memberitahu
sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Perdana menteri ditanya
BERSATU bahagian Setiawangsa yang meluluskan usul sebulat suara agar
beliau memegang jawatan itu untuk penggal penuh selama lima tahun.

Usul itu dicadangkan setiausaha politik Mahathir, Zahid Mohd Arip.

Ketika
ditanya jika terdapat persetujuan baru pada mesyuarat Majlis Presiden
HARAPAN hari ini supaya beliau hanya menjadi perdana menteri selama dua
tahun, Mahathir berkata tiada hal sebegitu yang diputuskan.

"Tak
ada. Saya cuma dua tahun sahaja. Dua tahun atau… tak tahu lah, kalau dia
(Anwar) bagi izin dua tahun setengahlah," katanya berseloroh sambil
melirik ke arah Anwar yang mengundang tawa hadirin.

[Baca berita penuh]

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...