Thursday, October 27, 2016
Muhyiddin Yassin Bahas Budget 2017
Semalam
Muhyiddin tampil buat pertama kalinya berucap di Parlimen selaku
Presiden PPBM, membahas Bajet 2017. Mengikut teks ucapan sebagaimana di
FB beliau, banyak kali ditulis perkataan Malaysian Official One.
4.Banyak perkara yang saya bangkitkan mengenai skandal 1MDB ketika saya
masih di dalam kerajaan. Saya tidak bersetuju dengan Perdana Menteri
hampir dalam semua perkara yang melibatkan 1MDB. Semasa di dalam
kerajaan saya menolak pelan rasionalisasi 1MDB untuk menyelesaikan
hutang-hutang yang bertimbun menerusi penjualan aset-asetnya yang
diperolehi dengan harga yang murah daripada kerajaan kerana saya percaya
ada elemen-elemen terselindung yang tidak dijelaskan dengan nyata.
Pelan tersebut tidak dibuat oleh pihak pakar yang bebas, tetapi
disediakan secara dalaman sahaja oleh Kementerian Kewangan. Seolahnya
Malaysian Official One ingin menyembunyikan fakta-fakta penting mengenai
penyelewengan 1MDB daripada diketahui oleh pihak lain.
8.Saya berdoa semoga Malaysian Official One diberikan hidayah oleh
Allah s.w.t. untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf dan bertaubat
nasuha di atas segala kemungkaran yang dilakukan. Rakyat yang bermaruah
pastinya tidak akan bertolak ansur dengan kemungkaran. Malah adalah
menjadi tanggungjawab kita semua untuk melawan dan mengubah kemungkaran.
Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith sahih:
9.Keduanya ialah tentang institusi-institusi penting negara seperti
Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank
Negara Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang gagal berfungsi atau
menjadi, dengan izin, dysfunctional. Institusi-institusi ini telah
disalahgunakan oleh Malaysian Official One untuk melindungi kesalahan
jenayah besar yang telah dilakukannya. Peguam Negara dipecat,
pegawai-pegawai SPRM ditukar dan dibersarakan, Gabenor Bank Negara
diugut dan Ketua Polis Negara telah gagal melaksanakan amanah.
11.Tetapi di Malaysia tiada apa yang berlaku. Kenapa senyap sunyi?
Seolah-olah siasatan terhadap salahlaku oleh mereka yang terlibat secara
langsung dalam skandal 1MDB tidak dikuatkuasakan! Siasatan terhadap
bekas CEO Shahrul Halmi tidak diambil. Pengerusi dan Ahli Lembaga
Pengarah yang berhenti tidak disiasat dan dilepaskan begitu saja. Tiada
seorang pun dipecat atau dihadapkan ke mahkamah atas salahlaku yang
dibuat oleh mereka. Yang nyata seolah-olah segala yang berlaku ini
disahkan oleh Perdana Menteri. Peguam Negara yang baharu pun tidak
menemui sebarang bukti untuk mendakwa sesiapapun yang terlibat dalam
skandal 1MDB. Walaupun ada bukti RM42 juta wang SRC International masuk
ke dalam akaun Perdana Menteri, tetapi Peguam Negara mendapati Perdana
Menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah. Pelik dan ajaib!
Kalau seringgit pun duit syarikat milik kerajaan masuk ke dalam akaun
penjawat awam tanpa ada sebab munasabah merupakan satu perbuatan rasuah,
inikan pula RM42 juta masuk ke dalam akaun Perdana Menteri. Bagaimana
Peguam Negara boleh mengatakan ini bukan perbuatan rasuah? Betapa
rosaknya institusi Peguam Negara di bawah telunjuk Malaysian Official
One!
19.Malangnya, bajet 2017 yang dibentangkan oleh Malaysian Official One
langsung tidak menunjukkan bahawa kerajaan serius serta mempunyai pelan
yang jelas untuk memulihkan ekonomi negara dan mempersiapkan Malaysia
bagi menghadapi sebarang kemungkinan buruk yang akan berlaku akibat
ketahanan ekonomi negara yang lemah.
21.Kaitannya dengan bajet adalah jelas. RM53 bilion hutang 1MDB kini
ditanggung oleh kerajaan. Tetapi malangnya, Malaysian Official One tidak
menjelaskan secara terperinci bagaimana hutang piutang ini hendak
dibayar oleh kerajaan.
22.Persoalannya, adakah kerajaan mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi untuk melunaskan hutang piutang ini? Tentunya segala
tanggungan ini perlu dilunaskan dengan menggunakan sumber dana kerajaan,
iaitu sumber sama yang diagihkan kepada kementerian-kementerian dan
agensi-agensi kerajaan dalam bajet yang dibentangkan. Apakah nantinya
kementerian-kementerian akan menerima peruntukan yang lebih kecil
berbanding apa yang dijanjikan di dalam bajet kerana kerajaan terpaksa
menggunakan sumber yang sedia ada untuk membayar hutang piutang yang
ditanggung akibat penyelewengan dan kepincangan dalam tadbir urus
negara? Persoalan ini mesti dijelaskan oleh Malaysian Official One.
31.Baru-baru ini ketika para mahasiswa kita yang berada di dalam
mahupun di luar negara keluh kesah kerana tidak menerima biasiswa
seperti yang dijanjikan dan para pesakit terpaksa membayar sendiri kos
perubatan di hospital-hospital kerajaan, Perdana Menteri dengan
bangganya merasmikan projek pengindahan Taman Tugu Negara yang menelan
belanja sebanyak RM650 juta. Nampaknya, kerajaan pimpinan Malaysian
Official One ini lebih mementingkan pengindahan taman yang pastinya
menguntungkan segelintir pihak daripada nasib para pelajar dan pesakit
di negara kita yang amat memerlukan bantuan kerajaan.
38.Sebaliknya, pada pandangan saya, bajet 2017 hanya sarat dengan
gula-gula politik sekadar untuk menutup segala kelemahan dan kepincangan
Malaysian Official One yang telah mencuri dan merompak khazanah negara.
Panjang teks ucapan Muhyiddin tapi jika ada masa, KLiK dan bacalah sebab beliau banyak menyentuh mengenai isu 1MDB dan pandangan mengenai Bajet 2017.
Tapi
perlu disebutkan di sini, walaupun dalam teks di atas banyak ditulis
Malaysian Official One, hanya SATU KALI saja dalam ucapan beliau
menyebut Malaysian Official One iaitu pada minit 22:10 di video Youtube
di bawah atau perenggan 21 di atas.
Mungkin
Muhyiddin bimbang mendapat protes dari ahli dewan lain atau dari
Speaker yang boleh menganggu ucapan ( beberapa kali cuba dicelah ) namun
beliau sempat juga menyelit satu kali perkataan Malaysian Official One !
Walaupun cuma satu kali sebutan, ia jelas merujuk kepada Najib dan
seharusnya tercatat di dalam Hansard Parlimen !
Sekali lagi ayatnya -
21.Kaitannya dengan bajet adalah jelas. RM53 bilion hutang 1MDB kini
ditanggung oleh kerajaan. Tetapi malangnya, Malaysian Official One tidak
menjelaskan secara terperinci bagaimana hutang piutang ini hendak
dibayar oleh kerajaan.
Saya rekomen anda tonton video ucapan Muhyiddin ini... memang mantap aksi Muhyiddin !
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment