Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, October 29, 2016

KERAMAT 1MDB MENGATASI KERAMAT PARTI UMNO

Kenyataan Pandikar Amin yang tidak menolak kemungkinan tiga bekas menteri yang menyentuh isu berkaitan 1MDB dalam ucapan membahaskan Bajet 2017 iaitu Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Husni Hanadzlah, telah melanggar sumpah kerahsiaan sebagai anggota kabinet.

Kata beliau, ketiga-tiga mereka telah mengangkat sumpah menyimpan rahsia sewaktu menjadi menteri sebelum ini dan tidak sewajarnya mendedahkan sesuatu perkara berkaitan keputusan kabinet, walau di dalam Parlimen sekali pun.

Menurutnya lagi, jika pun sesuatu tindakan tidak diambil dalam persidangan Dewan Rakyat, bekas-bekas menteri itu mungkin berdepan tindakan perundangan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau Akta Hasutan.
 
Pemimpin akar umbi Umno di Parlimen Tambun kesal dengan tindakan wakil rakyatnya Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dilihat begitu lantang mengkritik kerajaan sehingga melanggar sumpah kerahsiaan.

Menurut sumber itu yang hanya bersetuju bercakap jika identitinya dirahsiakan, segelintir anggota Umno Bahagian Tambun juga 'keliru' dengan kenyataan yang dilemparkan bekas menteri kewangan kedua itu berhubung pengurusan 1MDB.

"Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau mengenai 1MDB bercanggah dengan beberapa penerangan yang beliau lakukan di peringkat akar umbi sebelum ini.
"Kenyataan beliau mengenai isu itu amat berbeza semasa di dalam dan setelah berada di luar kerajaan," kata sumber itu.
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkali-kali menegaskan beliau tidak takut dipecat kerana bersikap kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun perdana menteri. 
  Persoalannya timbul sama ada beliau akan dipecat, lebih-lebih lagi selepas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berjaya disingkirkan kumpulan pro-Najib.

Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan penyertaan Muhyiddin dalam acara Deklarasi Rakyat yang menuntut pengunduran Najib yang diketuai pengkritik nombor satu Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika itu berlaku, apakah ia dikira jalan buntu kepada masa depan politik Muhyiddin atau suatu permulaan kepada perlawanan baru oleh timbalan presiden Umno yang digantung tugas itu?

Umno sekali lagi mengambil tindakan memecat ketua cawangannya kerana dipercayai mensabotaj parti dan menegur kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Bekas ketua cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan, Syed Saifuddin Syed Harman,58, telah menerima surat daripada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 2 Jun lalu.

Syed Saifuddin melahirkan rasa terkilannya setelah 30 tahun bersama Umno beliau diperlakukan sedemikian, dakwanya, tindakan pemecatan itu dilakukan tanpa memberinya peluang untuk dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti.
"Saya rasa terkilan pemecatan ini dibuat tanpa merujuk kepada lembaga disiplin parti.

Bila Datuk Seri Shafie Apdhal dipecat dari Umno kerana terlibat bercakap isu 1MDB dan derma RM2.6 billion yang dikaitkan Datuk Seri Najib Razak, maka pimpinan PKR antara yang menyambut dia umpama wira. Ini amat pelik dan penuh hipokrasi kerana bila saya sendiri bercakap soal korupsi Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR saya dipecat dan dituduh memburukkan imej parti dan memecah belahkan parti. Maka apa beza PKR dengan Umno dalam perkara ini ?http://chegubard.blogspot.my

Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa dipecat kerana kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Razak dalam isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.

Katanya disebabkan kritikan itu disuarakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau dipecat sebagai Menteri Besar Kedah.

“Sesungguhnya alasan sebenar tindakan ini diambil ke atas saya ialah kritikan yang telah saya suarakan terhadap Perdana Menteri seperti yang beliau sendiri akui.

“Kritikan yang dimaksudkan adalah mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang “derma” RM2.6 bilion dan meningkatnya bebanan sara hidup rakyat akibat dari Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Kesengsaraan rakyat dari bebanan ini bertambah parah apabila skandal tersebut melibatkan penyelewengan wang rakyat sebegitu banyak,” katanya.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...