Allah SWT berfirman:
"Dan ceritakanlah (hai Muhammad
kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)
di dalam Al-Qur'an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan Kami
telah mengangkatnya ke martabat yang
tinggi." (QS. Maryam: 56-57)
Nabi Idris a.s. ialah salah seorang rasul dan nabi yang diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Nabi Idris merupakan rasul kedua daripada 25 rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam.
Abdullah Bin Abbas meriwayatkan[perlu rujukan] bahawa Nabi Idris mempunyai paras rupa yang menarik, susuk tubuh tegap, tinggi, berjanggut lebat dan bersifat pendiam.
Nama "Idris" (Bahasa Arab: إدريس) telah dihuraikan mungkin sebagai perkataan asal untuk maksud "penghurai."[1]
Menurut tradisi Islam, Rasul dikira mempunyai fungsi atau tugas
menyampaikan , menghuraikan sesuatu perkara mistik dengan tujuan
mendapatkan penerimaan umum. Menurut sumber Muslim terkemudian,
kira-kira kurun ke-8, mula merujuk Idris kepada dua nama iaitu "Idris"
dan "Enoch," dan sumber lain menetapkan "Idris' adalah nama yang tepat
bagi Enoch dan ia digelar Idris dalam bahasa Arab kerana kesetiaannya mempelajari kitab suci dari moyangnya Nabi Adam a.s. dan Seth."[2]
Oleh itu, terdapat juga sumber lain yang terkemudian menerangkan samada
Idris bermaksud "penghurai" atau mempunyai maksud lain yang berdekatan
dengan tugas penghurai. Penafsir klasik bagi Al-Quran misalnya tafsir Al-Baizawi, mengatakan ia digelar Idris dari perkatan Arab dars, bermaksud "untuk mengarahkan," daripada ilmunya tentang misteri ketuhanan."[3]
Kisah Nabi Allah Idris a.s
Tidak banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris di dalam Al-Quran
mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi. Di
dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam
surah Maryam ayat 56 dan 57 dan dalam surah Anbiya ayat 85 dan 86:
"Dan ceritakanlah { hai Muhammad kepada mereka , kisah } Idris yang
terdapat tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang
sangat membenarkan dan seorang nabi. 57 - Dan Kami telah mengangkatnya
ke martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 }
"Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli;
semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. Dan Kami masukkan mereka
dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah
dari orang-orang yang soleh." { Anbiya : 85 - 86 }
Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam a.s.
putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam
A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi
setelah Adam dan Syith. Menurut Ibnu Kathir dalam Qhisasul Anbiya'
mengatakan bahawa Nabi Idris a.s sempat bertemu dengan Nabi Adam. Ini
menggambarkan bahawa enam generasi dapat bertemu diantara satu sama
lain.[4]
Nabi Idris dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu
kemahiran serta mencipta peralatan yang digunakan manusia sekarang ini
seperti penulisan, matematik, astronomi,
dan lain-lain lagi. Menurut sebuah kisah, terdapat satu masa di mana
kebanyakan manusia telah melupakan tuhan, dan bumi telah dihukum dengan kemarau.
Walaubagaimanapun, Nabi Idris a.s. telah berdoa ke hadrat Allah s.w.t.
dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan turunnya hujan.
Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia
berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah
Allah serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya
agar menyelamatkan diri dari seksaan di akhirat dan kehancuran serta
kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.
Syariat yang dibawa adalah Jihad iaitu memerangi Pengikut Qabil yang
melakukan kerosakan di muka bumi pada waktu itu. Baginda adalah pelopor
kepada Jihad, mengerakan pasukan tentera berkuda dan ada yang berjalan
kaki. Allah memberi kemenagan kepada Baginda.
Menurut sebuah buku The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris ialah nama Arab bagi Enoch. Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sehingga beliau diangkat ke langit.
Satu kepercayaan yang tidak dipastikan kesahihannya mengatakan bahawa
piramid telah dibina sebagai merujuk kepada Nabi Idris a.s., kerana di
kawasan itulah di mana beliau diangkat ke langit.
Nabi Idris putra dari Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Shiyth bin Adam a.s.
Kisah Nabi Idris. As
Idris atau Nabi
Idris a.s. (Arab: إدريس ) adalah salah seorang rasul yang merupakan
putra Adam yang pertama kali diberikan hak kenabian oleh Allah setelah
Adam sendiri dan Shiyth a.s. (Set menurut Yahudi dan Nasrani). Dalam
Alkitab, Idris dikenal dengan nama Henokh.
Nabi
Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam, putra dari Yarid bin
Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Shiyth bin Adam a.s. yang menjadi
keturunan pertama yang diutus menjadi nabi setelah Adam dan Shiyth.
Menurut kitab tafsir, beliau hidup 1.000 tahun setelah Nabi Adam wafat.
Nabi Idris
dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta
kemampuan untuk menciptakan alat-alat untuk mempermudah pekerjaan
manusia, seperti pengenalan tulisan, matematika, astronomi, dan lain
sebagainya. Menurut suatu kisah, terdapat suatu masa di mana kebanyakan
manusia akan melupakan Allah sehingga Allah menghukum manusia dengan
bentuk kemarau yang berkepanjangan. Nabi Idris pun turun tangan dan
memohon kepada Allah untuk mengakhiri hukuman tersebut. Allah
mengabulkan permohonan itu dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan
ditandai turunnya hujan.
Nabi Idris
diperkirakan bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk menegakkan
agama Allah, mengajarkan tauhid, dan beribadah menyembah Allah serta
memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikutnya supaya selamat dari
siksa dunia dan akhirat.
Menurut buku
berjudul The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris adalah
sebutan atau nama Arab bagi Enoch, nenek moyang Nabi Nuh. Beliau
dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai manusia pilihan Allah sehingga Dia
mengangkatnya ke langit. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan
bahwa Nabi Idris wafat saat beliau sedang berada di langit keempat
ditemani oleh seorang malaikat. Beliau hidup sampai usia 82 tahun
1. Nabi Idris Kedatangan Tamu
Nama Nabi Idris
as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris,
kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi
Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum
untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya
sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang
menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris
masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan.
Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat
Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi
Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as.
mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah
tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris,
lalu beliau menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda
beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang
menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati
makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai
tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat
itu menolaknya.
Nabi Idris terus
melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu
sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat
itu.
Kemudian beliau
berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk
melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah
Wahai Nabi Allah Idris.”
Maka berjalanlah
keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan
hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka
Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.: “Wahai Idris, adakah tuan
izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun
menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan
makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
2. Malaekat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris atas permintaannya.
Kemudian Malaikat
Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh
mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka
bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya
itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa.
Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?” “Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”
“Wahai Idris,
selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh
makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka
bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat
Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut
nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan
saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan
dahsyatnya sakaratul maut itu.”
Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”
Lalu Allah SWT
mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka
dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan
kematian ketika itu.
Di waktu Malaikat
Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan
perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah
menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya,
dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
3. Malaekat Izrail membawaNabi Idris ke Syurga dan ke Neraka
Kemudian Malaikat
Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku,
bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang
dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu
kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya lakukan
terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya
lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai Malaikat Maut, saya
mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh
berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT
lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu.
Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari
Allah SWT.”
Akhirnya Allah
SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam
Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris
as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa
musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa,
kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh
berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.
Setelah merasa
puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi
Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya
mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa
masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah
disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun
dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat
membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.”
Jawab Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian pergilah
mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka
berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat melihat
pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam
kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya.
Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang
mengalir dan lain-lain.
Kemudian Nabi
Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan
pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah
tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku
memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan
kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”
Maka Malaikat
Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya
untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun
masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu
pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada
di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut,
aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah
Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut
memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana
Allah SWT telah berfirman bermaksud:
“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
Nasihat dan pengajaran
Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah : ~- Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kepada kemenangan.
- Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat daripada Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
- Apabila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.
- Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
- Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan pujian kepada Allah.
- Janganlah iri hati kepada orang-orang yang bernasib baik , kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati nasib baiknya.
- Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
- Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.
No comments:
Post a Comment