ASAL-USUL
Dajjal adalah seorang manusia dari
keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia
sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya
Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan
kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini
lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga
halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan
gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang
perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada
pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun
Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin.
Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk
halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke
dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa
keciltidak diketahui dgn jelas.
SIFAT FIZIKALNYA
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah
kanan, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka.
Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis
Sahih Muslim)Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam
Hadis Rasulullahsaw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda;
Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal.
Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.Dan
tandanya yg paling ketara sekali ada duaertama: Buta mata kirinya dan
kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol
keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua
matanya adalah cacat.Kedua:
Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca
oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut
hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal
setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda
yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
LOKASINYA
Menurut riwayat yang sahih yang
disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawaDajjal itu sudah wujud sejak
beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor
binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi
terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku).
Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia
menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah
permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur
bukan di Barat.
RIWAYATNYA
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan
cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu,
hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan
sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama
seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan
kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada
disebutkan:Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan
tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama
empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya
seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih
tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu
kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti
setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja
(iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti
mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap
sembahyang..”Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita
mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari
seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka
hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas
sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu
Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu
Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg
panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang
pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan.
Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
DOKTRIN AD-DAJJAL
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah
swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya
beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada
bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan
Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang
selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang
sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan
tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran
dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian.
Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan:
Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi
subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil
pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu
bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan
kesusahan.
Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan
memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya
dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.Dalam
hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan
oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi
menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir,
bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan
makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan
Neraka:Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama
syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan
menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat
yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga
itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan
Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:Kepantasan yg dimaksudkan ini
tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita
mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan
oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut
sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami
bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas
muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti
kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang
kencang.” H.R MuslimNamun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki
dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al
Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk
memperkukuhkan kedudukannya:Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu
Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai
lagi anak cucu Adam a.s.
Sekian Wasallam
Sila Klik Artikel di bawah Untuk Kupasan Lanjutan Perihal DAJJAL
No comments:
Post a Comment