Pemuda bakal dibunuh Dajjal sudah lahir?
Dalam satu wawancara di youtube, dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang akan dibunuh oleh Dajjal. Kemudian tidak ada lagi orang lain yang akan dapat dibunuh oleh Dajjal. Benarkah itu bayi dan bakal pemuda yang dibunuh Dajjal? (Biodata ringkas Dajjal)Dalam hadis agak panjang tentang Dajjal, diceritakan Dajjal itu akan menemui ramai orang, mengajak semua orang menurutinya, dari satu negeri ke satu negeri. Dalam riwayat Bukhari dan beberapa riwayat lain (Fath al-Bari jilid 13 ms 145 dan selepasnya, no hadis 7132), …
apabila Dajjal hampir sampai ke Madinah dan terus hendak masuk, tiba-tiba didapatinya Malaikat menunggu di pintu masuk/terowong dengan pedang terhunus. Dajjal berhenti di luar Madinah dan keluar kepadanya seorang lelaki pada hari itu dari Madinah. Lelaki itu adalah sebaik-baik lelaki dan sehabis-habis soleh dan bertaqwa kepada Allah.
Apabila ia melihat Dajjal di luar Madinah, ia berkata kepada Dajjal itu: ‘Hei Dajjal! Aku naik saksi bahawa engkau itu Dajjal yang diceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW.’ Dajjal berkata: ‘Hei laki-laki! Kamu mesti taatkan aku atau aku belah engkau menjadi dua.’ Lelaki itu berkata: ‘Wahai sekalian manusia! Inilah dia Dajjal yang pembohong. Bila didengar oleh Dajjal perkataan itu, ia berkata kepada orangnya: ‘Apa pendapat kamu jika aku bunuh orang yang membantah aku ini, kemudian aku hidupkan dia balik, adakah kamu syak tentang dakwaan bahawa aku adalah tuhan?’ Jawab pengikut Dajjal: ‘Kami tidak syak, bahkan kami makin yakin.’
Dajjal membunuh lelaki itu, kemudian dihidupkannya kembali. Inilah yang disabdakan oleh Nabi SAW:
‘…Kemudian Dajjal itu menyeru seorang lelaki yang sangat muda. Disuruh lelaki itu mengaku Dajjal bahawa dia adalah tuhan. Ia enggan, lalu dipancung dengan pedang, dipotong dua hingga mati. Diserunya lelaki yang mati itu supaya bangkit, lalu hidup ketika itu juga. Dipanggilnya datang kepadanya. Maka orang muda itupun datang dengan berseri-seri wajahnya. Dajjal itu berkata kepada lelaki itu: ‘Hei laki-laki! Adakah engkau percayakan aku?’ Jawab lelaki itu. Demi Allah! Tidaklah engkau terlebih pandai dari aku pada hari ini.’ Kemudian dia berkata: ‘Tidak ada lagi seorang pun yang akan terbunuh selepas ku ini. Wahai sekalian mnausia! Inilah Dajjal yang pembohong itu. Sesiapa yang taatkannya, maka ia berkekalan di dalam api neraka, dan sesiapa yang tidak menurutinya, maka ia tinggal berkekalan di dalam syurga.’
Dajjal meninggalkan lelaki itu, dan kemudian ia masuk ke Syam, dalam keadaan Dajjal menyeru manusia menurutinya, ketika itulah Nabi Isa turun…hingga akhir hadis (Bahr al-Mazi j15 ms 196)
Komentar:
1. Lelaki yang dikatakan dibunuh oleh Dajjal sebagai lelaki terakhir itu keluar dari Madinah, bukannya Palestin. Adakah ini bermakna bayi yang baru lahir ini sampai masanya ia akan tinggal atau berada di Madinah? Madinah pula dikatakan sudah mempunyai 7 terowong sebagai jalan masuk seperti dalam beberapa riwayat hadis. Inikah terowong-terowongnya yang disebut hadis itu?
2. Lelaki yang bakal dibunuh Dajjal ini bukan Imam Mahdi. Seingat saya ketika mempelajari hadis akhir zaman daripada arwah Dr Walid al-Aani, pakar hadis berasal dari Iraq yang pernah mengajar di Universiti Yarmouk, Jordan sebelum kematiannya mengatakan Imam Mahdi muncul di Mekah. Orangramai akan berbaiah kepadanya ketika musim haji.
3. Jika benar bayi yang dikatakan bercakap itu lelaki tersebut, bererti kemunculan Dajjal juga begitu hampir. Menurut beberapa riwayat, Dajjal sudah ada di sebuah pulau seperti hadis Tamim ad-Dari semenjak zaman Nabi SAW. Cuma dalam beberapa riwayat Dajjal akan muncul di Isfahan, Iran atau Khurasan. Pengikutnya yang paling ramai pula di kalangan orang Yahudi.
Kata arwah guru saya itu: ‘Orang Yahudi akan beramai-ramai pada akhir zaman nanti berkumpul di Isfahan, Iran.’ Soalnya, polisi luarnegeri Iran sekarang cukup anti-Yahudi. Bilakah sebenarnya peristiwa ini, dan benarkah tentang bayi ini? Wallahua’lam bissawab.
Pesanan terakhir Rasulullah SAW untuk umat akhir zaman.
Wahai
manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun
ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah
ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai
suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah
suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya
yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak
menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui
Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan
riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa
untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai
manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga
mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka
keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam
suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah
lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah
mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai
manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan,
dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah
Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang
pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal
solah.
Ingatlah,
bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh
itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai
manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan
tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan
betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang
lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
beberapa perkara penting tentang Dajjal seperti di bawah. Saudara boleh merujuk kepada kuliah tafsir surah al-Kahfi yang
saya telah uploadkan di ruangan koleksi ceramah dan kuliah, serta
beberapa siri kuliah (akan diupload kemudian insyaAllah) dari kitab
Bahr al-Mazi tentang Dajjal yang saya sampaikan di sebuah masjid di
Kemaman ini.
Dari segi bahasa, ia berasal dari ad-Dajl
iaitu menyelubungi. Dinamakan orang yang sangat pembohong sebagai Dajjal
kerana ia menyembunyikan kebenaran dengan menzahirkan kebatilan.
Beberapa perkara asas yang perlu diketahui tentang Dajjal ialah:
-Adakah ia Ibn Sayyad atau selainnya? Dan jika Dajjal itu ialah selain Ibn Sayyad, adakah ia telah muncul di zaman Nabi SAW atau belum?
-Bila ia keluar?
-Kenapa ia keluar?
-Dari mana ia keluar?
-Apa ciri-cirinya?
-Apa yang ia dakwakan?
-Apakah fenomena yang berlaku ketika munculnya sehingga pengikutnya begitu ramai?
-Bilakah ia binasa dan siapakah yang membunuhnya?
Menjawab soalan-soalan di atas:
Pertama: Dalam Kitab ‘al-I’tisam’ ketika dihuraikan hadis Jabir bahawa Ibn Sayyad itulah Dajjal. (Ibn Sayyad ialah seorang kanak-kanak lelaki Yahudi yang mempunyai ciri-ciri Dajjal, menjawab balik jawapan Nabi dengan biadab. Hadis berkenaan dengannya sangat terkenal dan boleh dibaca dlm kitab-kitab Hadis)
Kedua: Hadis Fatimah binti Qais tentang kisah Tamim ad-Dari yang dikeluarkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu telah muncul semenjak zaman Nabi SAW lagi. Ia ditahan di satu pulau.
Ketiga: Hadis an-Nawwas yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu keluar ketika orang Islam membuka Qonstantinopel.
Keempat: Sebab keluarnya ialah kerana ia marah terhadap satu perkara. Ini di sebut di dalam hadis Ibn Omar dari Hafsah yang driwayatkan oleh Muslim.
Kelima: Keluarnya dari Timur. Dalam satu riwayat yang dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dari hadis Abu Bakar ia keluar dari Khurasan. Dalam riwayat lain oleh Muslim ia keluar dari Isfahan.
Keenam: Sifatnya ialah bermata satu dll
Ketujuh: Ia mendakwa pada awalnya iman, baik, kemudian nabi, dan kemudian Tuhan. Ini di sebut dalam riwayat yang dikeluarkan oleh atTabrani dari Sulaiman bin Shihab.
Kelapan: Ia binasa selepas munculnya di bumi dan memasuki semua tempat melainkan Mekah dan Madinah. Ia menuju Bait al-Maqdis. Nabi Isa turun lalu membunuhnya.
Abu Nuaim mengeluarkan ketika menerangkan tentang Hassan bin Atiyyah, katanya: Tidak terlepas dari fitnah Dajjal melainkan 12, 000 lelaki dan 7 ribu wanita. Wallahua’lam. (Ibn Hajar al-Asqalani j 13 ms131)
Kesimpulan dari hadis tentang Dajjal:
Sesungguhnya Tuhan kamu tidak bermata satu, Crescent News (KL) Sdn Bhd, cet 1, 2007 ms 126)
Beberapa perkara asas yang perlu diketahui tentang Dajjal ialah:
-Adakah ia Ibn Sayyad atau selainnya? Dan jika Dajjal itu ialah selain Ibn Sayyad, adakah ia telah muncul di zaman Nabi SAW atau belum?
-Bila ia keluar?
-Kenapa ia keluar?
-Dari mana ia keluar?
-Apa ciri-cirinya?
-Apa yang ia dakwakan?
-Apakah fenomena yang berlaku ketika munculnya sehingga pengikutnya begitu ramai?
-Bilakah ia binasa dan siapakah yang membunuhnya?
Menjawab soalan-soalan di atas:
Pertama: Dalam Kitab ‘al-I’tisam’ ketika dihuraikan hadis Jabir bahawa Ibn Sayyad itulah Dajjal. (Ibn Sayyad ialah seorang kanak-kanak lelaki Yahudi yang mempunyai ciri-ciri Dajjal, menjawab balik jawapan Nabi dengan biadab. Hadis berkenaan dengannya sangat terkenal dan boleh dibaca dlm kitab-kitab Hadis)
Kedua: Hadis Fatimah binti Qais tentang kisah Tamim ad-Dari yang dikeluarkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu telah muncul semenjak zaman Nabi SAW lagi. Ia ditahan di satu pulau.
Ketiga: Hadis an-Nawwas yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Dajjal itu keluar ketika orang Islam membuka Qonstantinopel.
Keempat: Sebab keluarnya ialah kerana ia marah terhadap satu perkara. Ini di sebut di dalam hadis Ibn Omar dari Hafsah yang driwayatkan oleh Muslim.
Kelima: Keluarnya dari Timur. Dalam satu riwayat yang dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dari hadis Abu Bakar ia keluar dari Khurasan. Dalam riwayat lain oleh Muslim ia keluar dari Isfahan.
Keenam: Sifatnya ialah bermata satu dll
Ketujuh: Ia mendakwa pada awalnya iman, baik, kemudian nabi, dan kemudian Tuhan. Ini di sebut dalam riwayat yang dikeluarkan oleh atTabrani dari Sulaiman bin Shihab.
Kelapan: Ia binasa selepas munculnya di bumi dan memasuki semua tempat melainkan Mekah dan Madinah. Ia menuju Bait al-Maqdis. Nabi Isa turun lalu membunuhnya.
Abu Nuaim mengeluarkan ketika menerangkan tentang Hassan bin Atiyyah, katanya: Tidak terlepas dari fitnah Dajjal melainkan 12, 000 lelaki dan 7 ribu wanita. Wallahua’lam. (Ibn Hajar al-Asqalani j 13 ms131)
Kesimpulan dari hadis tentang Dajjal:
- Dajjal ialah seorang Yahudi
- Disebut juga sebagai al-Masih ad-Dajjal
- Dajjal hanya bermata satu kerana matanya yang sebelah buta
- Ramai pengikutnya Yahudi
- Dajjal akan menguasai dunia untuk satu tempoh masa dengan izin Allah dan mendakwa dirinya Tuhan
- Bakat ilusi dan tipudayanya tersangat hebat yang tidak pernah disaksikan sebelumnya
- Ia akan dibunuh di sebuah kampung bernama Bab al-Lud di Bait al-Maqdis
- Kedatangan Nabi atau Raja Bani Israel di akhir zaman yang dikenali al-Masih
- Al-Masih ini didakwa akan mewujudkan Kerajaan Tuhan di dunia atau ‘Kingdom of God on Earth’ dan membinasakan semua agama lain
- Penduduk kerajaan Tuhan di Dunia adalah semata-mata bangsa Yahudi yang mengikut agama Judaisme (Kebanyakan anggota Illuminati yang merupakan golongan pemodal elit antarabangsa adalah orang Yahudi yang beraliran mistik Kabbala dan bertuhankan Lucifer. Simbol mewakili Lucifer ialah mata satu yang bermaksud ‘Tuhan Lucifer’ melihat semuanya. Freemasson (kuda tunggangan Illuminati) juga menggunakan simbol mata satu ini. Aliran Yahudi Kabbala mendapat publisiti meluas di media antarabangsa sejak akhir-akhir ini berikutan penganutan bintang terkemuka penuh kontroversi AS, Madonna yang menjadi pengikut setia dan menyebarkan dakyahnya)
- Terdapat satu aliran mistikal di kalangan umat Yahudi yang percaya kepada kemunculan Tuhan Lucifer yang bermata Satu. Mempunyai tipu ilusi yang tiada tolok banding (ingat Hollywood dan media maya)
Sesungguhnya Tuhan kamu tidak bermata satu, Crescent News (KL) Sdn Bhd, cet 1, 2007 ms 126)
No comments:
Post a Comment