Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, January 21, 2016

PENDEDAHAN perkara sebenar disebalik isu tolak Mukhriz


PENDEDAHAN perkara sebenar disebalik isu "Pakatan Haram Ahmad Bashah" tolak Mukhriz

SHAH ALAM - Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid hari ini mendedahkan perkara sebenar disebalik sidang media Umno negeri itu yang menarik sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mendedahkan perkara itu, katanya, sebelum sidang media itu, mereka (kepimpinan Umno Kedah dan bahagian) telah dipanggil untuk menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan.

"Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah.

"Sebaik sampai langsung tiada mesyuarat mesyuarat taklimat, sebaliknya saya dan beberapa pemimpin lain diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media, sedangkan kami tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bersama hampir keseluruhan kepimpinan Umno Kedah semalam.

Katanya lagi, tidak semestinya kehadiran beliau di situ menyokong tindakan itu, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara sebenar.

"Saya amat berharap kepada kepimpinan Umno agar semua kembali rasional dalam membuat keputusan.

"Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kit sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera," katanya.
 
DS Mukhriz Mahathir memegang 2 jawatan tertinggi di Kedah iaitu :

1. Pengerusi UMNO negeri Kedah
2. Menteri Besar Kedah

Sebagai Pegerusi UMNO negeri, kita rujuk Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan negeri hendaklah dilantik oleh Presiden yang mereka memegang jawatan masing-masing selama tempoh Majlis Tertinggi tetapi boleh berhenti atau diberhentikan oleh Presiden pada bila-bila masa.
Untuk jawatan Menteri Besar Kedah pula, kedudukan Mukhriz Mahathir hanya boleh ditentukan menerusi undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri atau kuasa pada Jemaah Pemangku Sultan Kedah.


Oleh kerana tiada sidang DUN Kedah sekarang, kuasa membuat keputusan berkaitan kedudukan Mukhriz tertakluk di bawah Jemaah Pemangku Sultan Kedah kerana Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah ketika ini memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb. 
(1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam.
Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Dalam masa yang sama, politik ini ibarat viscous cycle tetapi dalam masa yang sama, seperti satu trend di mana kepimpinan UMNO tidak lagi menggunakan saluran dalaman parti untuk mengemukakan permasalahan.    

Akibatnya, akan timbul pelbagai spekulasi yang tidak enak tentang parti UMNO dan pakatan pembangkang akan tepuk tangan keriangan kerana rakyat tidak lagi fokus kepada betapa teruk dan tidak efesiennya Pembangkang.

Ironinya, ahli-ahli parti diminta dan dimomokkan supaya menghormati kepimpinan, tidak menegur secara terbuka dan menggunakan saluran dalaman parti

 

1 comment:

  1. Alahai Datuk Maznah Hamid. Yang mana satu rambutan yang mana satu pulasan, Adakah ini jawapan atau alasan???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...