Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, January 22, 2016

6 Tahun Gantungan Kepada PC UMNO Kedah di Alor Setar ? Adakah Benar dan Adil?



9 orang dari Umno Teluk Kemang telah pun dihadapkan ke Tribunal Disiplin atas alasan seseorang ahli Umno itu tidak boleh membuat sebarang Press Conference untuk menyuruh mana2 pemimpin untuk meletakkan jawatan ataupun menunjukkan sikap bahawa tidak ada kenyakinan terhadap kepimpinan seorang pemimpin yang telah dilantik itu.

Jadi apa yang berlaku di Alor Setar malam tadi adalah perkara yang sama.

Kalau 9 orang dihadapkan ke Tribunal Disiplin daripada  Umno Teluk Kemang dan akhirnya mereka telah dijatuhi hukuman gantung hak untuk memilih dan dipilih selama 6 tahun,  GKCM menuntut perkara yang sama supaya Tribunal Umno dan juga Umno mengambil tindakan terhadap mereka ini. Tidak boleh berlaku Double Standard dalam membuat sebarang keputusan tentang Umno.

Apa yang kami mahu di sini adalah KEADILAN DAN KESAKSAMAAN.


Kami mahu 6 tahun juga dijatuhkan kepada semua yang berada di PC di Alor Setar semalam.
MEMORANDUM
GABUNGAN KETUA CAWANGAN MALAYSIA
21 JANUARI 2016


Kami memandang serius kenyataan akhbar yang telah di buat oleh beberapa pemimpin UMNO Kedah di Hotel Grand Alora pada 20 Januari 2016.
Semua Ketua Bahagian kecuali Jerlun , Kulim Bandar Baru dan Padang Terap telah hadir menyatakan pendirian mereka yang telah hilang kepercayaan terhadap YAB Datuk Seri Muhkriz sebagai Menteri Besar Kedah.
Antara petikan kenyataan mereka ialah :
1. Muhkriz yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah gagal menjalankan tanggungjawabnya di negeri tersebut.
2. Beliau gagal dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan parti di negeri Kedah.
3. Sebagai Menteri Besar , beliau juga gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan.
4. Dalam pada itu, Muhkriz turut gagal menyatukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat negeri.
5. Beliau juga gagal membuat perancangan strategik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 nanti.
Kenyataan terancang di hadapan media ini jelas melanggar perlembagaan parti.
Sembilan orang UMNO dari Telok Kemang telah dihadapkan ke Tribunal Displin UMNO pada 2 Disember 2015 kerana menyarankan agar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan mereka dijatuhi hukuman gantung hak ahli selama 6 tahun.
Sehubungan dengan itu, GKCM mendesak agar kesemua Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan Ahli yang hadir untuk membuat kenyataan dan memberi sokongan terhadap sidang media di Hotel Grand Alora pada 20 Januari 2016 dihadapkan ke Tribunal Lembaga Displin UMNO dan seterusnya digantung keahlian mereka selama 6 tahun sama seperti yang berlaku kepada kumpulan Telok Kemang tempohari.
Keadilan dan kesaksamaan dalam UMNO hendaklah dipelihara pada setiap masa. Kami menanti keputusan yang setimpal dari UMNO.
Sekian terima kasih
KAMARULAZMAN HABIBUR RAHMAN
PENGERUSI GKCM
 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua Umno Bahagian di Kedah.

Beliau berkata Ibu Pejabat Umno telah memantau sidang media oleh ketua-ketua bahagian itu di Alor Setar semalam, yang meminta presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti di negeri itu.  
  
"Mereka berharap agar Presiden Umno dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan parti dan kepentingan rakyat negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Justeru itu, tidak timbul isu di mana Setiausaha Agung Umno perlu mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua Umno Bahagian Negeri Kedah tersebut, katanya.

Dalam sidang media tersebut, hampir kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan anggota Parlimen Umno Kedah telah menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. - Bernama 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...