PERTEMUAN NAJIB-HADI
PERTEMUAN
atau disebut bibit-bibit Perpaduan UMNO-PAS yang ditunjukkan semasa
Majlis Multaqa Alumni Al-Azhar semalam telah membelah sinar Bahagia di
atas langit Malaysia. Umat Islam bersyukur melihat dua pemimpin besar
umat Islam dan orang Melayu di Malaysia bergandingan, bersatu padu dan
berekonsiliasi.
Namun,
percayalah musuh-musuh Islam tidak akan gembira dengan gandingan ini.
Memang sudah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa musuh-musuh Islam tidak
akan redha, tidak akan gembira dan tidak akan membenarkan perpaduan
seperti ini berlaku.
Lihatlah
wajah tenang, bahagia dan syahdu kedua-dua mereka. Lihatlah kegembiraan
TG Hj Hadi, Lihatlah Keikhlasan DS Najib. Lihatlah kedua-dua wajah
mereka berseri-seri, bercahaya kerana telah bertemu Persaudaraan Islam,
telah bersemuka Ukhuwah, telah bertemu titik persefahaman. Maka akan
berterusanlah bibit-bibit persaudaraan ini bertambah semakin kukuh di
masa hadapan.
|
Lihatlah dengan mata hati, Lihatlah dengan kegembiraan, Lihatlah Kebahagian ini.
|
Namun
begitu, apakah kamu fikir orang-orang kafir akan gembira dengan
Perpaduan dan Persaudaraan umat Islam? Adakah kamu menyangka orang-orang
kafir akan berdiam diri? Lihatlah Hj. Hadi dituduh, diburuk-burukkan
dan dihina sedemikian rupa di atas? Lihatlah pula kedua-dua wajah
pemimpin Islam di bawah, walau mereka tahu akan muncul hina cerca ke
atas mereka, namun begitu pertemuan diteruskan, perpaduan diteruskan.
Sesungguhnya, benarlah firman SWT bahawa orang-orang kafir tidak akan
redha ke atas kalian sehingga kalian menuruti kehendaknya !
|
Hj
Hadi dan DS Najib berjalan seiringan memasuki dewan. Islam itu
seiringan. Mereka bergandingan. Islam itu bergandingan. Mereka bersatu.
Islam itu bersatu. Apakah kamu tidak gembira?
|
DS Najib berucap dengan tenang. Itulah Islam, agama yang penuh dengan ketenangan.
|
TG
Hj. Hadi juga berucap dengan tenang dan meyakinkan. Islam itu agama
keyakinan yang penuh dengan keyakinan. Perpaduan itu adalah salahsatu
keyakinan.
|
Alhamdulillah. Takbir Takbir Takbir !