Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah? tanya Datuk Saifuddin
Datuk Saifuddin Abdullah |
KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Ruhollah Khomeini.
Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.
"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian,
komunis, Hindu?
"Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.
Seorang lagi bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim juga menyatakan rasa hairan dengan alasan KDN tersebut, yang disifatkannya sebagai "karut".
"Apa dah jadi? Apa salah kalau saya kagumi Khomeini? Atau (pejuang hak sivil golongan kulit hitam) Martin Luther (King Jr) atau (tokoh falsafah Cina) Confucius.
"Bukan berti saya tukar agama atau akidah. Karut," tulisnya.
Petang tadi
Kementerian Dalam Negeri, KDN, mengadakan sidang media tergempar dan
mengemukakan 10 bukti mengesahkan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu
sebagai pengikut dan pengamal fahaman Syiah.
Baca di sini.
Mursyidul Am
PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula menggesa kerajaan menangkap pengikut
dan ketua Syiah. Namun beliau percaya, kerajaan bukan ingin menyerang
Syiah tetapi parti pembangkang.
Klik di sini.
Mat Sabu pula
menafikan beliau pengikut Syiah dan mengancam akan mengambil tindakan
undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi, klik di sini.
Setakat ini media hanya memaparkan 10 bukti terbabit tetapi tidak pula mencatatkan tindakan bakal diambil terhadap Mat Sabu.
Jika Mat Sabu bukan pengikut fahaman Syiah, kita bakal melihat beliau menyaman Zahid?
Saya ingin melihat tindakan, bukan hanya sekadar cakap cakap sahaja. It goes to KDN dan Mat Sabu.
No comments:
Post a Comment