Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, December 12, 2013

ANWAR "HAPPY" AJE DI AMERIKA DISEBALIK PENGUNDI PKR DERITA BANJIR


 Anwar Ibrahim juga pernah memuji-muja isterinya Wan Azizah ditempat yang sama, saksikan video klip 
 
Sana sini cerita banjir yang masih teruk terutama di Pahang dan Terengganu.

Pembangkang masih bising mendakwa kerajaan tidak bertindak cepat membantu mangsa-mangsa banjir walaupun media saban waktu tunjuk mangsa banjir terima bantuan.






Mereka agaknya sudah buta dan tidak nampak pemimpin negara diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sama-sama meranduk air berjumpa mangsa banjir.

Paling sensasi cerita ahli Parlimen PKR Kuantan Fuziah Salleh yang bawa usul supaya kerajaan isytihar darurat kerana Kuantan banjir teruk.

Selain Kuantan, kawasan ahli Parlimen PKR Indera Mahkota yang diwakili Datuk Fauzi Abdul Rahman juga teruk terjejas.

Fauzi adalah Pengerusi PKR negeri Pahang manakala Fuziah pula Naib Presiden parti itu.

Kalau ikut hukum politik, mereka orang besar dalam parti dan diketahui kalangan pemimpin-pemimpin PKR, Fauzi dan Fuziah antara orang kesayangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sepatutnya, Ketua Umum PKR itu berada di Kuantan dan Indera Mahkota membantu dua ahli parlimennya dan penduduk yang sedang ditimpa musibah.

Namun, kelibat Ketua Pembangkang itu tidak kelihatan.

Rupa-rupanya apabila diteliti akaun media sosialnya, Anwar sedang bercuti apabila disiarkan gambar beliau dan anaknya menaiki kereta api ke Washington DC.
anwarnatalia-285x300
Beliau dipercayai keluar negara 6 Disember sehari selepas Dewan Rakyat ditangguhkan.

Semalam menerusi twitter juga, Anwar memuat turun gambar beliau bersama seorang pelajar universiti, Natalia yang memberikan topi universiti kepada ‘uncle Anwar’.

Rakyat boleh nilai sendiri apakah tuduhan pembangkang kononnya pemimpin kerajaan termasuk pemimpin UMNO lebih sayangkan parti kerana kebetulan terpaksa menghadiri di Perhimpunan Agung UMNO dan membiarkan mangsa banjir betul atau tidak dengan membandingkan apa dibuat Anwar bukan sahaja ketika rakyat susah malah wakil rakyat PKR juga terkial-kial memerlukan bantuan untuk jaga air muka dengan pengundi masing-masing.

Fauzi buka tabung bantuan banjir dan menerusi facebook beliau, adalah juga bantuan yang diterima serta gambar kanak-kanak menyediakan bungkusan untuk mangsa banjir.

Fuziah pula sempat menjenguk mangsa banjir dan khabarnya beri ratusan bungkusan bantuan yang mustahil cukup dengan bilangan mangsa banjir.

Mungkin ramai tidak tahu kawasan Kuantan yang teruk terjejas adalah Sungai Isap Perdana dan Sungai Isap Damai.Mangsa-mangsa sepatutnya di tempatkan di Sekolah Menengah Sungai Isap Murni tetapi kerana pengurusan bantuan tidak teratur, ramai yang berpindah ke Sekolah Menengah Bukit Angin dan Sekolah Menengah Sungai Isap.
anwar-ihsanxx
Kedua-dua dewan sekolah itu dalam kawasan Parlimen Paya Besar dan wakil rakyatnya Datuk Abdul Manan Ismail.

Menurut Manan, seramai 2,800 mangsa di tempatkan di S.M Bukit Angin dan 1,500 lagi di S.M Sungai Isap.

Sebilangan besar adalah mangsa-mangsa banjir dari Isap Perdana dan Isap Damai – dalam kawasan Parlimen Kuantan.

Namun kata Manan, bantuan diberikan tanpa mengira mereka dari mana atau sokong siapa.

Malah Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli bukan sahaja melawat mangsa banjir di situ tetapi bersama-sama menyediakan makanan selain dibantu anggota tentera dan petugas UMNO serta BN.

Jelaslah, ketika musibah ianya bukan bahan politik tetapi pembangkang dan penyokong tegar mereka memilih untuk mempolitikkan apa sahaja asalkan kerajaan nampak buruk.

Sebab itu juga Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Thajudden Abdul Wahab membidas pihak tertentu termasuk Fuziah yang mempolitikkan isu banjir dengan mendakwa kerajaan lambat memberikan bantuan.

Menerusi kenyataan kepada Agendadaily, beliau menjelaskan banjir di Kuantan bermula 2 Disember dan Fuziah hanya membawa perkara itu ke Dewan Rakyat pada 4 Disember.

Pada waktu Fuziah mengutarakan usul berkenaan, pasukan tindak balas telahpun beroperasi selama dua hari bagi mengeluarkan mangsa untuk dipindahkan ke pusat pemindahan dan mangsa yang berjaya diselamatkan adalah seramai 13,460 orang di kawasan Kuantan sahaja.

Manakala, pemindahan seluruh negara setakat jam 12 malam, 4 Disember adalah melibatkan seramai 21, 253 orang.

“Sebenarnya, ini memberi gambaran bahawa YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan tidak turun ke padang sewaktu banjir mula berlaku serta tidak mengikuti perkembangan banjir dikawasan Parlimen Kuantan yang beliau wakili,” ujar Thajudeen.

Fuziah juga patut tahu, sebelum negara menghampiri musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut 2013/2014, MKN telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) pada 24 September 2014 sebagai langkah persediaan awal.


Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan sebanyak 4 hingga 5 episod hujan lebat akan berlaku dalam tempoh sehingga bulan Mac 2014.

Episod hujan lebat yang menyeluruh selama 3 hingga 7 hari akan menyebabkan risiko berlakunya banjir.

“Melihatkan keadaan ini, MKN telah mengarahkan supaya agensi serta aset pengurusan banjir diletakkan dalam keadaan bersiap-sedia dengan wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri turut serta dijemput berkongsi maklumat mengenai persediaan jentera pengurusan banjir serta ramalan keadaan cuaca,” tegas beliau.

Dalam kes di Kuantan, rekod cerapan hujan dari 1 hingga 3 Disember adalah sebanyak 900 mililiter dan tiga kali ganda daripada jumlah cerapan sepanjang bulan Disember bagi tahun 2012 iaitu 330 mililiter sebulan.

Faktor ini, ditambahkan dengan fenomena air pasang besar telah menyebabkan air naik dengan mendadak.

Menurut Thajudeen, negara pernah mengalami situasi banjir yang lebih buruk dan menyeluruh di seluruh negara melibatkan lebih daripada 230,000 mangsa yang berpindah pada tahun 2010, selain daripada 140,000 mangsa pada tahun 2006 dan 100,000 mangsa pada tahun 2005.

Namun, pembangkang mengambarkan situasi semasa banjir sekarang seolah-olah Kerajaan tidak berdaya menguruskan sedangkan mangsa terbabit ketika ini berjumlah sekitar 50,000 orang iaitu jauh lebih sedikit.

Selain itu, Thajudden menegaskan, semua pihak perlu berganding bahu bagi membantu jentera pengurusan bencana di peringkat tempatan bukan mencampur aduk dengan poilitik.

Di akhir kenyataan MKN itu, beliau berharap sesiapa yang berberbuat demikian faham dengan maksud “Good deeds should be spotlighted and not laserred”.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...