Giliran Chua Tian Pula Ditahan
Kita bersyukur, sangat bersyukur - pada kali ini Polis dan pihak
kerajaan semakin bertegas dan tidak lagi tunduk dengan sebarang
provokasi Anwar Ibrahim atas nama "kuasa rakyat" - sedang mereka telah
tewas dalam pilihan raya yang lalu. Saya percaya dan yakin, tidak lama
lagi semakin ramai para pemimpin pembangkang akan tersungkur satu demi
satu atas segala dosa yang telah mereka lakukan di negara ini. Sasaran
kita mudah - heret mereka ke mahkamah dan hukum mereka demi keamanan dan
kesentosaan rakyat Malaysia. Rakyat memberi kemenangan kepada BN bukan
hanya untuk memajukan negara ini sahaja, bahkan kami juga mahu para
pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim disumbat ke penjara semula.
Mereka telah begitu banyak merosakkan keamanan dan kesejahteraan rakyat
di negara ini.
KUALA LUMPUR, 23 Mei — Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut hari ini dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan. Difahamkan kedua-duanya ditahan secara berasingan dalam tindakan keras polis hari ini. Ini adalah siasatan ketiga polis mengenai hasutan semenjak pilihan raya 5 Mei. Yang pertama adalah aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang didakwa di bawah Akta Hasutan di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini.

No comments:
Post a Comment