Thursday, May 23, 2013
21 Hari Untuk Melihat Petisyen Kebenaran Dakwaaan Pembangkang
Menurut penganalisa politik, Prof Madya Dr. Shamsul Adabi Mamat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), inilah masanya untuk Pakatan Pembangkang membuktikan segala dakwaan dan bantahan mereka terhadap keputusan PRU 13 dengan mengikut saluran yang betul.
“Kita tahu bahawa begitu banyak isu yang dimainkan oleh pembangkang di mana antara dakwaan mereka ialah tentang isu dakwat, isu blackout yang berlaku ketika pengiraan undi, pengundi hantu dan juga penipuan kertas undi.
“Undang-undang telah membenarkan mana-mana parti politik untuk menyatakan bantahan mereka dalam masa 21 hari selepas pewartaan. Pakatan Pembangkang sepatutnya mengemukakan apa saja bukti bagi membenarkan dakwaan mereka berlakunya penyelewengan ketika hari mengundi,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Dengan itu menurut beliau, tidak perlulah lagi pembangkang mengadakan siri-siri demonstrasi yang melanggar undang-undang seperti yang berlaku hari ini.
“ Inilah sistem perundangan yang sepatutnya pembangkang patuhi. Bagi saya, inilah yang sepatutnya dilakukan oleh pembangkang dan bukannya dengan mengajak rakyat ke jalan raya,” jelasnya.
Tambahnya lagi, sekiranya Pakatan Pembangkang gagal untuk mengemukakan bukti atau pun sengaja tidak mahu mengikut saluran undang-undang yang sedia ada, ini membuktikan bahawa pembangkang sememangnya tidak berminat untuk mengikut saluran undang-undang negara.
“Sekiranya kepimpinan pembangkang tidak memberikan sebarang bukti bagi bantahan mereka dalam tempoh ini, maka ia menyerlahkan lagi niat sebenar kepimpinan pakatan yang lebih berminat untuk menghuru harakan keadaan dengan demonstrasi jalanan.
“Ia juga secara tidak langsung memperlihatkan bahawa pembangkang sebenarnya memang berniat untuk mengajak rakyat ke jalan raya dan melanggar undang-undang, demi kepentingan politik mereka dengan membelakangkan undang-undang negara,” ujarnya. -MediaUMNO
Label:
PRU13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment