Saman Husam Mula Membelit Lehernya
Husam Musa adalah satu-satunya ahli
politik di Malaysia yang ada kes saman hingga berpuluh-puluh di serata
mahkamah di seluruh Malaysia. Semua kes samannya melibatkan Husam
menyaman musuh-musuh politiknya.
Husam adalah jenis manusia yang
menggunakan mahkamah sebagai pentas politiknya.
Jika sebelum ini Husam ghairah menyaman
orang, tetapi kini saman-saman Husam mula membelit lehernya sendiri
terutamanya yang melibatkan samannya terhadap blogger.
Saman Husam terhadap blogger bermula
dengan saman terhadap pengendali blog RBF Online, di mana akhirnya
menyaksikan Husam tewas dalam saman berkenaan apabila hakim Mahkamah
Tinggi Kota Bharu pada 2012 memutuskan Husam gagal membuktikan fitnah
yang dibuat oleh lelaki yang diheret oleh Husam ke mahkamah bagi satu
kes skandal balak.
Saman Husam yang kedua terhadap blogger
adalah kepada pengendali blog Kickdefella berhubung artikel yang
menuduh Husam seorang pembohong.
Saman terhadap Kickdefella adalah saman
yang amat mencabar Husam. Husam ingat tindakannya menyaman Kickdefella
sebagai ugutan dan gempak yang akhirnya akan menyaksikan Kickdefella
akan duduk di depan media memohon maaf kepada Husam. Ternyata Husam
silap percaturan. Kickdefella membeli saman yang dijual oleh Husam tanpa
rasa gerun dan takut. Ini kerana beliau mempunyai cukup bukti untuk
bertarung dengan Husam.
Kickdefella berjaya dalan permohonannya
untuk memindahkan kes berkenaan dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu ke
Mahkamah Tinggi Kuantan walaupun dibantah oleh Husam.
Kes mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Kuantan pada 19 Disember 2012.
Husam yang sepatutnya menaiki pentas
saksi pada hari berkenaan tidak muncul di mahkamah. Peguamnya memberi
alasan Husam ada tugasan penting di Kelantan. Manakala seorang
pengikutnya yang berada dalam mahkamah memberitahu salah seorang orang
awam yang berada dalam galeri mahkamah bahawa Husam berada di Kuala
Lumpur. Namun begitu dua orang ‘body guard’ Husam yang sentiasa
mengiringi Husam ke sana sini berada di mahkamah pada hari itu.
Di sini timbul keraguan, betulkah Husam
berada di Kelantan atau Kuala Lumpur sedangkan dua ‘body guard’ beliau
yang sentiasa berada di kiri kanannya berada di Mahkamah Kuantan ?
Tidak mustahil Husam berada di Kuantan
pada hari berkenaan namun dia enggan ke mahkamah kerana mencari jalan
untuk menangguhkan kes kerana keterangan dua saksinya sebelum itu tidak
memihak kepadanya.
Ternyata Husam seorang pengecut. Beliau
berani saman orang untuk membuktikan kepada penyokong-penyokong PAS dia
seorang berani dan bersih. Namun apabila perbicaraan bermula beliau
mencari helah untuk menangguhkan kes.
Saman Husam terhadap Kickdefella adalah
saman yang benar-benar mencabarnya kerana Kickdefella bakal mengheret MB
Kelantan, Timbalan MB dan Exco Kelantan ke mahkamah bagi membicarakan
soal Bazar Tok Guru yang mana ketiga-tiga mereka terlibat dalam perkara
berkenaan.
Itulah yang membuatkan Husam bertambah
bingung dan samannya kini mula membelit lehernya.
Kes saman ketiga Husam terhadap blogger
adalah kepada seorang lelaki yang dituduh pengendali blog Papa Gomo.
Kali ini Husam mengsapinakan seberapa ramai blogger-blogger pro BN yang
dikenali dengan kos beribu-ribu ringgit bagi setiap orang untuk menjadi
saksi bagi pihaknya.
Turut disapina adalah Menteri
Pertahanan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang Husam katakan mengenali
blogger Papa Gomo. Husam dengan penuh bangganya pada satu sidang media
di Kota Bharu minggu lepas menjemput semua pihak media hadir ke Mahkamah
Tinggi Kota Bharu pada 6 Januari 2012 , iaitu hari perbicaraannya.
Tujuannya untuk memalukan Zahid Hamidi.
Namun apa yang dirancangnya tidak
menjadi kenyataan. Mahkamah membuat keputusan mengenepikan sapina Husam
terhadap Zahid. Husam malu besar dengan pihak media dan sehingga kini
dia masih menyepikan diri.
Semalam juga menyaksikan satu lagi kes
saman Husam didengar di Mahkamah Kota Bharu. Saman yang melibatkan
beliau terhadap Pengarah Pelajaran Kelantan. Di saat sebelah pihak
Pengarah Pelajaran Kelantan bersedia untuk memulakan perbicaraan, Husam
tiba-tiba menarik balik samannya itu. Itulah Husam, waktu nak saman atau
saman orang berkokok berderai-derai. Sampai masa perbicaraan tidak
hadir ke mahkamah dan tarik balik saman.
Kebanyakkan kes saman Husam dikendalikan
oleh seorang peguam yang bernama Hisham Fauzi. Peguam berkenaan
memegang jawatan dalam Pas dan difahamkan beliau juga adalah seorang
ahli majlis PBT di Kelantan. Manakala Husam pula seorang yang mempunyai
kuasa yang agak besar di Kelantan termasuk meluluskan tanah dan balak.
Di sini timbul soal kepentingan.
Seperti yang kita tahu kos untuk
sesuatu perbicaraan di Mahkamah Tinggi mencecah puluhan ribu ringgit.
Husam mempunyai puluhan kes saman di mahkamah. Dengan gaji yang
diterimanya mampukah Husam membayar peguam untuk puluhan kesnya yang
satu kes mencecah kos puluhan ribu ringgit ? Mampukah peguam Hisham
Fauzi mengedalikan puluhan kes Husam dengan fisabilillah ?
Adakah kos guaman dibayar dengan projek ?
Tidak mustahil perkara itu berlaku.
Jika tidak bersedia untuk berdepan
dengan mainan politik adalah lebih baik Husam jangan lagi menceburi
dalam politik. Akhirnya kini kita semua dapat melihat satu persatu kes
saman Husam mula membelit lehernya.
No comments:
Post a Comment