2009 Dan 2012, Umno Murtad Dan Ikut Nafsu
Fatwa 'ikut dan' yang dibuat oleh
Nik Aziz pada 2009 dan 2012 jelas dapat dilihat pada rakaman video
dibawah, pada tahun
2009 Nik Aziz mendakwa Umno sebagai menolak agama sekaligus menggantikan
dengan nafsu.
Manakala pada tahun 2012 Nik Aziz mendakwa Umno membuang Islam dan turut
memurtadkan Umno.
Wartawan: Tadi Tok Guru menyebut, kalau
Murtad bermakna memperlekehkan Islam, dan Umno
memperlekehkan Islam, adakah Tok Guru secara tak langsung menjatuhkan
hukuman murtad keatas Umno.
Nik Aziz: Tak kira siapa pun, tak kira Tok Guru sekalipun kalau
murtad, murtadlah, usahkan Umno, Tok Guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan secara hati dia
betul Islam tak guna sekarang, dia murtad. walaupun takder
mufti bagitahu, takder kadi, tapi kalau dia
tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak berguna sekarang,
dia murtad.
Wartawan: Pada pandangan Tok Guru Umno Memperlekehkan Islam ?
Nik Aziz : Tak perlekeh apa dia buang Islam.
(Kejahatan secara persepsi berserta putar alam Nik Aziz mempercendulkan
Islam adalah terlalu jelas bagi mereka yang berfikir dan menghayatinya.)
KEPADA TUAN GURU NIK AZIZ . ISLAM KAH PAS JIKA SOKONG/BERSAMA DAP DENGAN PLURALISMA DAN BUKAN NEGARA ISLAM ATAU HUDUD. DAH TERANG LAGI BERSULUH...
Lim Kit Siang Bongkar Pluralisma
Adalah Agenda DAP-PAS-Pakatan
The basis of DAP reaching out, engaging and co-operating with PAS in Pakatan Rakyast is not on Islamic state or hudud, but on the principles of promoting democracy, pluralism, cultural diversity, human rights, women’s rights and development in Malaysia.
Translation: Asas DAP mendekati, melibatkan diri dan bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyast bukan negara Islam atau hudud, tetapi atas prinsip menggalakkan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan pembangunan di Malaysia.
Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya.
"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.
Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin Pas itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.
"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.
Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin Pas," katanya.
Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.
"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.
No comments:
Post a Comment