Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, December 24, 2012

Dakwaan Ismail Mina tidak berasas tentang amalan syirik

NOOR AZURA SAHRIL
24 Disember 2012
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan wujudnya amalan syirik dalam parti itu sambil menyifatkan dakwaan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad sebagai tidak berasas sama sekali.

Menurutnya, Pas tidak pernah mengamalkan ajaran syirik selain menafikan wujud penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan ahli dan pemimpin.

"Saya telah lama mengenali beliau (Ismail Mina), namun sebelum ini tidak pernah pula beliau berkata demikian. Tetapi sejak berkawan dengan parti lawan, pelbagai kenyataan pula yang timbul," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mustafa, dakwaan yang dibuat Ismail Mina itu mengambarkan beliau tidak tahu apa-apa mengenai Pas.

"Semua orang boleh bercakap pelbagai perkara, tetapi hal ini tidak akan menjejaskan Pas sama sekali," katanya.

Dalam pada itu,mengulas akan hasrat Ismail Mina untuk bertemu dan menjelaskan dakwaannya kepada kepimpinan parti, Mustafa berkata, beliau tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Sebelum ini Ismail Mina dalam laporan portal berita, mendakwa wujud amalan syirik dalam Pas kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme.

Susulan dakwaan tersebut, Ketua Penerangan Pas, Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu menyerahkan perkara tersebut kepada sayap ulamanya untuk tindakan lanjut termasuk bertemu dengan Ismail.

Ismail telah menyatakan kesediaan untuk bertemu dan menjelaskan dakwaan itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi berkata, adalah baik untuk Ismail Mina bertemu dan menjelaskan dakwaannya bagi mengelakkan kekeliruan.

"Meskipun dalam Pas dakwaan Ismail Mina itu tidak berlaku, tetapi beliau perlu memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-dakwaan-ismail-mina-tidak-berasas-1.114943

1 comment:

  1. Nak jumpa pemimpin PAS dan beri penjelasan? Hahaha simpan je la tenaga tu. Jumpa rakyat lagi berfaedah. Orang dungu, bodoh sombong, ditegur berbuih mulut jah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...