Cabul, Jual Beras Milik Anak Yatim…
Agak menyakitkan hati
apabila mendengar cerita kurang enak mengenai pencabulan dan
penyelewengan lebai-lebai PAS di sebuah pusat perlindungan anak-anak
yatim yang diselenggara di bawah pentadbiran Kerajaan PAS Negeri Kedah.
Bukan sekadar mendengar khabar angin,
saya dan beberapa rakan berkunjung ke rumah mangsa dan mendengar cerita
sendiri dari kalangan orang-orang kampung di sekitar rumah anak yatim
yang terletak di Padang Terap, Kedah itu.
Sebenarnya, isu ini mula timbul dari
seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT)
di Yayasan Al-Bukhari yang hadir ke rumah anak-anak yatim itu membuat
kajian kertas kerjanya.
Setelah seminggu membuat kajian, dia
mendapati berlaku kes cabul dan penyelewengan sumbangan di rumah
anak-anak yatim itu dan menggesa agar pihak dari Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) terbabit datang memantau situasi berhubung aduan anak-anak
yatim itu padanya.
Hasilnya, beberapa kaunselor dari PPD
datang mendapatkan maklumat dan berdasarkan aduan anak-anak yatim itu,
maka dua laporan polis telah dibuat terhadap warden pusat perlindungan
anak-anak yatim tersebut oleh dua orang mangsa.
Setelah isu cabul anak-anak yatim itu
terbongkar, maka semakin kelam-kabutlah pihak pengurusan rumah anak-anak
yatim itu memandangkan ia diuruskan oleh beberapa orang pak lebai yang
sememangnya PAS “totok”.
Lebih menarik, beberapa orang penduduk
kampung di sekitar rumah anak yatim di situ turut tampil menceritakan
dan menyokong cerita anak-anak yatim itu tentang penyelewengan dan
pencabulan yang berlaku.
Menurut mereka, anak-anak yatim yang
malang itu pernah mengadu kepada mereka mengenai pak lebai PAS yang suka
mencabul, memeluk mereka tanpa rela, masuk ke dalam bilik air ketika
mereka sedang mandi dan sebagainya.
Namun, apabila mereka bertanyakan hal
tersebut kepada warden tersebut, anak-anak yatim yang mengadu itu
menjadi mangsa kemarahan pak lebai itu di mana mereka dimaki hamun dan
dimarah dengan kata-kata lucah yang sangat tidak sesuai didengar oleh
remaja bawah umur.
Lebih pelik lagi, pak lebai PAS itu
memilih untuk menjaga asrama puteri di rumah anak yatim itu dan
mengarahkan isterinya untuk menjaga asrama putera! Pelik, bukan? Tapi
itulah pentadbiran oleh Pak Lebai PAS yang sangat dibela oleh pihak
pengurusan rumah anak yatim itu.
Selain itu, para penduduk kampung itu
juga menceritakan bahawa rumah anak yatim itu sering mendapat sumbangan
dan bantuan dari beberapa pihak dan individu, di mana boleh dikatakan
bahawa penghuninya sepatutnya menikmati kehidupan yang selesa.
Sumbangan berbentuk keperluan makanan
seperti beras, gula, milo dan sebagainya sering didermakan ke rumah anak
yatim tersebut. Selain itu, rumah anak yatim itu juga dikatakan
mendapat sumbangan kewangan yang agak kerap dari pelbagai pihak.
Namun begitu, dikatakan bahawa hanya
peruntukan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja yang
direkodkan, manakala sumbangan lain yang dibuat secara terus kepada
rumah anak yatim itu “direkodkan ke dalam kocek” pak lebai PAS itu.
Melalui cerita-cerita anak-anak yatim
itu, mereka sering dihidangkan dengan lauk ikan temenung goreng setiap
hari manakala pak lebai tersebut menikmati hidangan mewah seperti lauk
ayam, daging, udang, ketam dan sebagainya.
Paling teruk, dikatakan bahawa warden itu
membawa anak isterinya memasak dan “bersantap” di rumah anak yatim itu
tanpa rasa bersalah memakan harta anak yatim.
Para penduduk kampung di situ juga
mendedahkan bahawa pak lebai PAS itu pernah menjual sekampit beras
padanya dengan harga RM10 sahaja, dan dipercayai beras tersebut adalah
beras sumbangan dari orang ramai kepada rumah anak yatim tersebut.
Memandangkan isu ini telah terbongkar,
pihak pengurusannya telah bertindak menutup rumah anak yatim tersebut di
mana semua penguninya terpaksa pulang ke rumah saudara mara
masing-masing sebagai “hukuman” membocorkan rahsia dalaman mereka.
Pelbagai pihak yang bertanggungjawab
menguruskan rumah anak yatim itu dikatakan cuba menutup rahsia tersebut
dari pengetahuan masyarakat, namun tidak berjaya apabila beberapa media
telah membuat liputan mengenai pekung PAS Kedah itu, termasuk Sinar
Harian edisi Utara.
Begitulah nasib anak-anak yatim di Kedah
setelah PAS memerintah di negeri itu. Peliknya, Azizan masih berbangga
dan mendabik dada kononnya negeri Kedah sangat “sejahtera” di bawah
pentadbiran PAS.
Persoalannya, mampukah Azizan Razak
berbangga di depan Allah kelak di Padang Mahsyar berkenaan
pentadbirannya yang begitu menzalimi hak-hak anak yatim di Kedah?
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment