Hampir tiga minggu yang lepas kami telah berpesan kepada Faekah Husin
agar berundur secara baik atau kami yang undurkannya. Kami juga berpesan
kepada Khalid Ibrahim agar berpada-pada dalam mempertahankan Faekah.
Pesanan dari kami boleh dilihat di sini.
Namun sehingga ke hari ini tidak nampak tanda-tanda yang Faekah akan
berundur. Sepertimana yang kami katakan, sejak berbulan-bulan yang lepas
kami telah terima beberapa bahan mengenai penyelewengan dan salah laku
Faekah. Namun kami menyimpannya untuk kegunaan di hari depan. Mana yang
dirasakan perlu untuk dilepaskan, kami akan lepaskan dulu. Soal
penyelewengan dan salah laku bukan sahaja melibatkan Faekah, malah turut
melibatkan rakan baik Faekah, Arfaeza Aziz, bekas wartawan malaysiakini
yang bertugas sebagai setiausaha akhbar MB Selangor. Mereka bergerak
dalam satu kumpulan seramai 3 orang. Seorang lagi adalah Rohany Talib
selaku ketua pentadbir MBI.
Kesemua salah laku yang melibatkan mereka bertiga telah berada di tangan
kami dan kami akan dedahkan berperingkat-ringkat. Ketiga-tiga mereka
juga berkuasa penuh dalam menguruskan geran Selangorku. Kuasa mereka
dalam menguruskan geran berkenaan mengalahkan kuasa exco. Semuanya akan
didedahkan tidak lama lagi.
Sebagai membuktikan pesanan kami kepada Faekah sebelum ini bukannya satu
pesanan kosong, hari ini kami tampilkan satu lagi pendedahan.
Seseorang setiusaha politik adalah penjawat awam atau kakitangan
kerajaan yang berstatus kontrak. Tidak kira samada kontrak atau pun
tetap seseorang kakitangan kerajaan perlu patuh kepada dan mengikuti
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Seseorang kakitangan kerajaan
tidak dibenarkan bekerja di dua tempat. Tidak boleh menerima gaji atau
elaun tetap bulanan dari pihak lain. Jika mereka dilantik menduduki
mana-mana ahli lembaga pengarah ianya tidak menjadi masalah kerana
jawatan tersebut tidak memberikan elaun tetap bulanan.Sepertimana
jawatan Faekah di UNISEL sebagai ahli lembaga pengarah, ianya tidak
menjadi masalah atau melanggar peraturan sebagai kakitangan awam.
Namun sungguh mengejutkan apabila Faekah telah dilantik sebagai Penyelia
Jabatan Khidmat Sokongan Menteri Besar dengan dibayar elaun tetap
sebanyak RM 5000 sebulan yang dinamakan Imbuhan Elaun Tanggungjawab yang
dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).
Kami sengaja menggelapkan bahagian kepala surat dan bahagian tandatangan
di surat berkenaan. Kami mahu melihat ada pihak yang akan mengaku
beliau bertanggungjawab mengeluarkan surat itu atau mahu menafikannya.
Adakah Faekah juga akan mengaku menerima elaun tetap bulanan tersebut
sepertimana yang beliau mengaku berhubung suratnya yang kami dedahkan
sebelum ini ?
Walaupun sedang berdepan dengan kesalahan moral yang serius berhubung
surat sokongannya terhadap syarikat milik anak saudaranya, Faekah masih
tidak malu untuk bercakap tentang kesalahan orang lain. Minggu lepas
bukan main kepalang lagi Faekah menyerang Ahli Parlimen Tanjong Karang
berhubung papan tanda yang dipasang di Tanjung Karang. Faekah berkata
Noh Omar Noh memang tidak tahu untung dan tidak sedar diri.“Sudahlah
dibina secara haram, reka bentuk dan keperluan lain pun gagal dipatuhi.
Noh menjadikan Tanjung Karang umpama pekan koboi dengan melakukan apa
sahaja tanpa merujuk kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya. Ikuti
laporannya di sini.
Hari ini kami ingin bertanya Faekah, apakah dia sedar diri dan tahu
untung ? Sudahlah mengada-ngada mengalahkan wakil rakyat dan Exco ,
kemudian menerima gaji tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan dan
melanggar peraturan sebagai kakitangan awam. Tidak merasa malukah ?
Faekah sering menghentam BN dan UMNO berhubung isu rasuah dan
penyelewengan. Jika Faekah seorang yang bersih, jujur dan telus dia akan
menolak apa yang ditawarkan kepadanya kerana ianya menyalahi peraturan
yang ditetapkan. Perangai Faekah saling tak tumpah dengan perangai
pencuri yang berpura-pura mengejar pencuri. Itulah wajah-wajah
orang-orang PKR, PAS serta DAP. Siang malam mereka menuduh orang lain
jahat, sedangkan merekalah kepala jahat. Apa yang dilaungkan mereka
selama ini hanya untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap kerja
jijik mereka.
Selain dari menjawat jawatan setiausaha politik dan Penyelia Jabatan
Khidmat Sokongan Menteri Besar, Faekah juga adalah ahli lembaga pengarah
UNISEL. Jika dicampur kesemua pendapatannya mencecah belasan ribu
ringgit sebulan. Belum lagi dikira ‘hasil-hasil’ yang lain yang akan
kami dedahkan kemudian. Pendek kata wang gaji dan elaun-elaun yang
diterimanya sebulan mengalahkan wakil rakyat dan Exco. Sedangkan dia
tidak ada kawasan yang perlu dijaga. Wakil rakyat dan Exco perlu menjaga
kawasan masing-masing.
Episod akan datang kami akan dedahkan sesuatu yang lebih hebat lagi yang melibatkan Faekah dan Arfaeza.
Sumber: Sel13.com
No comments:
Post a Comment