PANAS!! JERANTUT DALAM BAHAYA!! DATO SRI NAJIB SILA BACA!! INI KISAH BENAR!!
Kesempatan ini PPJ
ingin memaparkan berkenaan beberapa isu yang perlu diambil perhatian
oleh MB Pahang dan Dato Sri Najib. Ahli-ahli umno sendiri di Jerantut
sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi, ianya berkaitan isu jalanraya
yang tidak sempurna di Daerah Jerantut ini.
Untuk perhatian PM, Jerantut berhadapan kesulitan untuk Barisan Nasional memenangi pru 13 ekoran kemudahan infrastuktur seperti jalan merupakan isu yang terpenting di Jerantut. Walaupun baru-baru ini PM telah memilih Jerantut untuk mengumumkan durian runtuh buat warga Felda tetapi bagaimana pula dengan nasib rakyat diluar bandar yang terpaksa akur dengan berhadapan dengan kemudahan jalanraya yang sangat daif.
Orang umno sendiri sudah muak dengan kerenah pemimpin umno Jerantut yang tidak mengutamakan tuntutan rakyat. Pemimpin umno sepatutnya bersyukur dengan walaupun dengan perkhidmatan yang diberikan di Jerantut agak lemah namun rakyat di Jerantut tetap akur dan menghormati kepimpinan yang di ketuai pucuk pimpinan umno iaitu Dato Sri Najib yang merupakan pemimpin nombor 1 negara yang bersal dari Pahang.
Namun peranan yang dimainkan oleh wakil-wakil di Jerantut tidak sama dengan saranan kerjaan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Rakyat di Jerantut mengharapkan sesuatu perubahan dapat dilakukan oleh PM berkenaan nasib rakyat Jerantut yang berhadapan dengan dilema masalah pimpinan dibahagian umno dan juga wakil rakyat di kawasan Jerantut yang tidak menunjukkan perkhidmatan yang baik.
Rakyat Jerantut kini berharap satu tindakan drastik perlu diambil oleh PM untuk mengelakan implikasi yang buruk dikemudian hari.
Antara faktor kelemahan BN di Jerantut adalah faktor kesilapan PM memilih wakil calon yang bertanding dimana tidak memilih dikalangan pemimpin umno yang benar-benar faham erti perjuangan umno yang sebenar. Kesilapan PM meletakan calon di Kawasan Jerantut ini merupakan satu tindakan yang boleh membahayakan kedudukan umno di Jerantut.
disini PPJ paparkan aduan rakyat:-

Saya adalah pengguna tetap jalan yang menghubungkan Bandar Jerantut ke
Kuala Tahan. Keadaaan jalanraya yang berlubang dan berlopak dari Simpang
Masjid Besar Jerantut hingga ke jalan Felda Padang Piol telah
menyebabkan banyak masalah. Selain merosakkan kenderaan ia turut
membahayakan nyawa penduduk.Ini ditambah dengan keadaan jalanraya yang
bengkang bengkok dan berlumpur .Jalanraya menjadi bertambah teruk
apabila tiba musim hujan..Lopak dan lubang semakin besar dan amat
merbahaya kepada semua kenderaan terutama penunggang motosikal
lebih-lebih lagi apabila memandu pada waktu malam dalam keadaan hujan.
Lebih parah lagi apabila pokok tumbang yang menghalang laluan jalanraya
sewaktu berlaku sebarang kecemasan seperti terdapat wanita yang ingin
bersalin , serangan jantung mengejut atau kecederaan parah yang
memerlukan rawatan segera. Ini kerana hospital yang terdekat hanya
terletak di Bandar Jerantut .Ini telah menyebabkan pesakit lambat
mendapatkan rawatan yang akhirnya boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Selain tebing yang tinggi jalan ini juga berbukit-bukau dan tidak
mempunyai sistem saliran atau longkang yang sempurna menyebabkan
jalanraya mudah rosak.Rizab jalan yang sempit dimana terdapat gaung
disebelah kiri dan bukit yang tinggi disebelah kanan jalan telah
meyukarkan pemanduan.Sewaktu berselilih dengan kenderaan besar
terutamanya lori balak,lori tangki minyak ,lori kontena, lori simen,
lori yang membawa jentera berat seperti bulldozer, bas menyebabkan
kenderaan hilang kawalan dan telah berlaku beberapa kes kenderaan
terjunam ke dalam gaung akibat keadaan jalanraya yang telah disebutkan
seperti diatas.
Sejak ia dibuka lebih 30 tahun dahulu,jalan ini masih tidak banyak
berubah selain hanya ditampal sahaja apabila berlaku kerosakan. Ia juga
tidak dinaiktaraf seperti jalan utama di kawasan pelancongan yang lain.
Padahal jika di teliti , jalan ini adalah jalan utama yang menghubungkan
Bandar Jerantut ke Kuala Tahan atau lebih dikenali sebagai Bandar Taman
Negara / National Park.Ini tentunya membawa imej yang buruk khasnya
kepada penduduk setempat dan Malaysia amnya.
Ini kerana jalnraya ini adalah satu-satunya jalan darat yang membawa
masuk pelancong tempatan mahupun pelancong asing ke Taman Negara.Ia
turut menjejaskan perkembangan sektor pelancongan dan ekonomi penduduk
setempat.Jalanraya yang sepatutnya menjadi pintu masuk kepada
perkembangan ekonomi sesebuah tempat seharusnya menjadi keutamaan pihak
yang terbabit untuk memastikannya berada dalam keadaan yang memuaskan
dan baik.
Sehubungan itu, saya amat berharap jika pihak berwajib tidak dapat
membina satu lebuhraya ,sekurang-kurangya keadaan jalanraya yang
bengkang bengkok, berlopak,berlumpur,sempit dan merbahaya ini dapat
diperbaiki dan mendapat perhatian dan tindakan segera dari pihak
berwajib.
Saya amat kecewa dengan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas
penyelenggaraan jalanraya dan amat berharap agar permasalahan ini
mendapat perhatian dan tindakan segera dari pihak berwajib.Kami juga
adalah pembayar cukai jalan selain cukai pendapatan,cukai perkhidmatan
,cukai tanah,cukai pintu,cukai jualan, dan lain-lain cukai.
Akhir kata,saya memohon dan sangat-sangat berharap agar aduan ini
mendapat perhatian & tindakan segera dari pihak yang berwajib.Oleh
sebab telah berlaku kemalangan baru-baru ini , jalan tersebut telah
ditampal sedikit sebanyak tetapi ia seperti melepaskan batuk di tangga
& hanya diletak signboard jalan rosak.
Sekian terima kasih.
jalan Jerantut - Benta yang mengalami rosak teruk (gambar Benar berlaku)
No comments:
Post a Comment