Mengapa Saya Dikatakan Timbalan Pengerusi SPR - Wan Ahmad
PASIR MAS, 6 Mei 2012 - Ahli UMNO Cawangan Kubang
Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR,
Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga
dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar.
Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa
usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad
pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan
jawatan.
Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah
digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR
yang dikeluarkan pada 27 April lalu.
Sambil menegaskan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab,
beliau melahirkan rasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh
sebagai ahli UMNO atas dasar nama yang sama dengannya.
"Sebenarnya, ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor itu adalah saya dan nombor kad pengenalan itu milik saya," kata Wan Ahmad.
Sebelum itu, kenyataan media PKR turut menggunakan maklumat nombor kad
pengenalan yang sama dengan peniaga kedai makan Pasir Mas ini dalam
desakan agar Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan atas dasar
Datuk Wan Omar adalah ahli UMNO.
Malah nombor keahlian UMNO, kod cawangan, kod DUN dan kod bahagian yang
dikeluarkan oleh kenyataan media PKR itu juga menggunakan maklumat dari
peniaga kedai makan Pasir Mas tersebut.
Datuk Wan Omar juga pernah menafikan dakwaan PKR bahawa beliau adalah
ahli UMNO sekaligus menuntut Setiausaha Agung PKR itu memohon maaf
secara terbuka.
Saifuddin turut mempertahankan dakwaannya dengan alasan sudah mengemukakan bukti kepada umum.
Asyik kantoi je pakatan pembangkang ni...
Hari-hari fitnah UMNO/BN...
Lepas tu kantoi...
Hish... Puak pembangkang ni bankrap isu la weh...
Pity them...
Hari-hari fitnah UMNO/BN...
Lepas tu kantoi...
Hish... Puak pembangkang ni bankrap isu la weh...
Pity them...
Hello pencacai pakatan, sampai bila anda mahu terus di tipu?
Hello Rakyat Jelata ! Tolak politik kotor pembangkang ini !
No comments:
Post a Comment