Nuklear Buktikan Fuziah Salleh Sebodoh-bodohnya Manusia!
SAYA terpanggil untuk mengulas mengenai perkembangan yang berlaku
berpunca daripada cadangan untuk membangunkan loji memproses nadir bumi,
Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.
Titik tolak kegelisahan ini adalah kewujudan thorium yang terdapat dalam
bahan mentah yang akan diproses. Untuk pengetahuan pembaca, thorium
juga terdapat dalam amang (tahi bijih timah). Di sini saya ingin
menyatakan beberapa fakta yang dipersetujui oleh masyarakat sains
sejagat.
Thorium secara semula jadi mempunyai satu isotop (Thorium 232) dan ia
mempunyai separuh hayat 14 bilion tahun. Ia mereput dan menghasilkan
zarah alfa dan zarah itu mempunyai tenaga empat MeV. Tiada keraguan
tentang fakta-fakta tersebut. Di sini saya ingin menjelaskan apa yang
dimaksudkan dalam pernyataan tersebut.
Separuh hayat selama 14 bilion tahun bererti separuh daripada thorium
yang ada akan mereput dalam masa 14 bilion tahun. Separuh lagi masih
utuh. Kalau Lynas dikatakan akan memproses 22,000 tan galian dan
kandungan thorium adalah 10 peratus, mengikut anggaran Save Malaysia
Stop Lynas (SMSL). Bermakna akan wujud 2,200 tan thorium. Separuh
daripadanya (1,100 tan) akan mereput. Sekiranya reputan berlaku dalam 1
bilion tahun, purata reputan harian adalah tiga miligram (mg). Sekiranya
reputan berlaku dalam 10 bilion tahun, purata reputan harian adalah 0.3
mg.
Kesimpulannya daripada 22,000 tan yang diproses, purata yang mereput
adalah kurang daripada 0.3 mg sehari. Angka 0.3 mg adalah tiga gram
dibahagi dengan 10,000. Adakah amaun ini boleh membunuh atau memusnahkan
alam sekitar?
Fakta seterusnya, zarah alfa yang dipancarkan mempunyai tenaga sebanyak
empat MeV. Zarah ini boleh merentasi udara sejauh 2.5 sentimeter atau
satu inci. Ini bererti udara setebal satu inci sudah cukup menjadi
perisai untuk melindungi kita dari thorium yang mereput. Thorium yang
tidak mereput adalah tidak berbahaya.
Dalam air, sinaran alfa merentasi kurang daripada satu mikron. Angka ini
merujuk kepada satu milimeter dibahagi dengan 1,000 dan ia terlalu
nipis. Zarah alfa dari reputan thorium tidak akan dapat menembusi kulit
kita (andaian bahawa kandungan badan manusia adalah 90 peratus air).
Kalau sinaran itu tak sampai kepada kita dan jikalau sampai pun, ia
tidak dapat menembusi kulit kita, jadi apa masalahnya?
Saya memohon kepada sesiapa yang menulis tentang keburukan thorium,
tolonglah tulis berlatarbelakangkan fakta. Cerita mesti konsisten dengan
fakta sains. Saya mengakui bahawa setiap pembaharuan mempunyai risiko.
Saya bersedia untuk berganding bahu dengan SMSL memantau loji Lynas di
Gebeng dan saya akan menjadi orang pertama untuk menyatakan kepada
khalayak ramai sekiranya ada pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh
piawaian antarabangsa. Akan tetapi saya tidak akan berdiam diri
sekiranya rakyat Malaysia diperbodoh-bodohkan.
Satu fakta lagi yang perlu di nyatakan adalah thorium wujud dalam bentuk
sebatian kimia thorium dioksida, thorium sulfat dan beberapa bentuk
lain. Sebatian ini didapati tidak larut dalam air dan ketumpatannya
adalah sekitar 10 kali ganda ketumpatan air. Mencampurkan sebatian ini
dengan air adalah seperti mencampurkan besi dengan air. Besi terus
mendap ke bawah. Air yang digunakan Lynas di Gebeng akan disimpan
beberapa hari sebelum dilepaskan. Ini bermakna sebatian thorium akan
mendap.
Saya ingin penjelasan daripada SMSL. Sains dan teknologi apa yang boleh
menyebabkan perairan di Laut Cina Selatan menjadi seperti apa yang
berlaku di Fukushima, Jepun? Bagaimanapun, saya mengakui 'habuk'
daripada bijih atau galian dari Australia itu boleh membawa risiko.
Garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menekankan
keselamatan semasa pengangkutan dan pemprosesan berlaku. Saya pasti
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengenakan syarat yang ketat dalam
hal ini.
Dalam wacana ilmiah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 28
Mac 2011, Pengerusi AELB, Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani menyatakan
sekiranya Lynas melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan, AELB akan
mengeluarkan perintah 'Hentikan Operasi'.
Harus diingatkan ketumpatan udara adalah lebih sedikit daripada
ketumpatan gas nitrogen yang berat molekulnya 28 gram (gm) per mol.
Berat molekul thorium dioksida adalah (232 + 32 >264) gm per mol.
Berdasarkan angka 264 gm per mol berbanding 28 gram per mol sudah pasti
habuk thorium dioksida tidak akan wujud lama sebagai habuk dalam udara.
Lebih cepat penurunan kewujudan habuk thorium sekiranya hujan. Kajian
mengenai kanser paru-paru harus dijalankan untuk mengetahui kesan
thorium kepada kesihatan. Kajian darah yang dicemari oleh thorium juga
harus dilakukan sebelum membuat sebarang tuduhan melulu.
Saya tertarik dengan langkah Himpunan Hijau yang berkunjung menemui
Pesuruhjaya Tinggi Singapura pada Mac lalu. Di dalam memorandum yang
diberi, mereka meminta kerajaan Singapura menyatakan kebimbangan
terhadap Lynas. Himpunan Hijau juga menyatakan kebimbangan makanan laut
dari Kuantan yang dihantar ke Singapura akan mengandungi unsur
radioaktif. Ironinya, Perdana Menteri Singapura pernah berhasrat membina
janakuasa nuklear berasaskan bahan api thorium iaitu 'Liquid Fluoride
Thorium Reactor (LFTR)' dengan alasan ia tidak berbahaya dan efisien.
Cadangan itu dimasukkan dalam pelan induk pembangunan tenaga republik
itu. Cuba layari artikel "Thorium for Singapore" di
www.thoriumsingapore.com.
SMSL mahukan zon penampan Lynas adalah 30 kilometer (km) daripada
penempatan penduduk. Oleh kerana susah hendak mencari mana-mana
kedudukan di republik itu yang jauhnya melebihi 30 km dari Malaysia,
saya cabar mereka membuat demonstrasi di sepanjang Selat Tebrau, Johor
bagi menyatakan pendirian membantah janakuasa nuklear tersebut.
Jadi, apakah pendirian Himpunan Hijau sekarang. Masihkah hendak
menyembah pemimpin Singapura untuk menyelesaikan masalah thorium di
Gebeng?
Loji Lynas adalah kilang kimia dan ia sangat kecil jika dibandingkan
dengan janakuasa nuklear yang akan dibina oleh Singapura. Thorium dari
Australia adalah 1,900 bahagian per sejuta (ppm) atau 0.19 peratus
tulen. Nanti di Singapura, thorium yang diguna adalah 100 peratus tulen.
Adakah Himpunan Hijau akan diam seribu bahasa?
Perbuatan mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura adalah paling
melucukan. Saya ingin juga menarik perhatian kepada mereka yang
menggunakan lampu minyak gas. Mentol yang digunakan menggunakan thorium.
Saya ingin tahu apakah pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang
menyokong SMSL setelah mengetahui fakta ini. Lampu minyak gas inilah
yang menerangi kota, desa dan pelbagai jenis kediaman lebih daripada
satu abad. Thorium yang digunakan dalam mentol ini 99 peratus dan
thorium di Gebeng nanti tak sampai satu peratus.
Di laman sesawang pihak Singapura itu kita akan mendapati kata-kata aluan "Welcome to the Future".
Adakah kita akan menolak hakikat ini hanya berdasarkan hujah harga
hartanah di Kuantan akan merudum hingga tiada nilainya. Harga hartanah
di Singapura adalah beratus atau beribu ganda lebih tinggi berbanding
nilai hartanah di Kuantan.
Loji nuklear akan dibina di tengah bandar raya Singapura, sedangkan
Lynas di Gebeng. Kalau menggunakan ukuran 30 km dari kediaman yang
dituntut SMSL, mana Singapura nak cari tempat sedemikian.
Pandangan rakyat dan kerajaan Singapura nampaknya berbeza sekali dengan
pihak pembangkang. Oleh itu, benarkah kita ini lebih maju dalam
pengetahuan sains berbanding dengan mereka?
DR. A. RAHMAN OMAR ialah lulusan Doktor Falsafah (PhD) Fizik Nuklear daripada Kansas State University, Amerika Syarikat.
GERAKAN TIMUR:
Itu penjelasan teknikal, dan ilmiah dari seorang yang
berlatarbelakangkan Fizik Nuklear. Apakah mungkin kita mendengar
penjelasan sebegini dari Fuziah Toron?
Jangan harap...!
Sedang Himpunan Hijau berkiblatkan Singapura, rupanya Himpunan Hijau
menyembunyikan fakta bahawa Singapura itu sendiri mempunyai smber
nuklear.
Apa sebenarnya yang dimahukan oleh Himpunan Hijau, NGO yang dianggotai
oleh kebanyakkan Cina DAP, kecuali Fuziah Toron, sedangkan manfaat yang
besar dan kadar risiko yang rendah oleh LYNAS bakal dinikmati oleh
rakyat Malaysia, khususnya Pahang.
ni bukan gambar dr. abdul rahman.
ReplyDelete