Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, May 14, 2012

JATI MEMAUT HATI ORANG KELANTAN : Dr Hasan Ali Buat Abang Mat Sabu Tersipu-sipu Di Kelantan

 

Malapetaka Untuk PAS Di Kelantan


Seperti orang yang sengaja mencari pasal, Dr Hasan Ali melepasi sempadan negerinya Selangor lantas berucap di pentas ceramah di benteng terakhir PAS, Kelantan.

Kehadiran yang dilaporkan adalah seramai 3,000 orang ke ceramahnya di Pasir Puteh Kelantan pada 12 Mei 2011.





 

Ceramah Hassan Ali


Ramai pemimpin PAS masih berpendapat Kelantan adalah tiang seri pengarang jantung hati PAS, rakyatnya setia sehidup semati kekal bersama PAS dan kebangkitan semula pengaruh UMNO serta pemimpinnya walau secuit pun tidak mampu menggugat keteguhan sokongan rakayt Kelantan kepada Nik Aziz selaku pemimpin PAS tersohor. 

Itu kata pemimpin PAS yang saban hari aktif dengan dakyah mendokrinkan khalayak umum melalui ceramah politik siang malam tanpa henti dan dek kerana yakin dokrin tersebut telah mendarah daging dalam jiwa raga umat, mereka menjadi takbur dan lupa diri bahawa pembalikan hati dan fikiran manusia tetap juga di dalam kekuasaan Allah s.w.t.

Ambil contoh dua peristiwa berikut yang berlaku hanya dalam jangka waktu lebih sebulan sahaja. Perbandingan kedua-duanya membuktikan tak selamanya PAS berupaya mengongkong pemikiran rakyat Kelantan khususnya penyokong mereka sendiri.
Pada 12 Mei 2012 lepas bertempat di Pasir Puteh Kelantan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali dalam siri jelajah roadshownya berjaya menarik perhatian lebih 3,000 orang hadirin yang turut dihadiri oleh ramai penyokong dan ahli PAS Pasir Puteh.
Sekalipun banner dan poster pemberitahuan majlis banyak yang ghaib tiba-tiba dua tiga hari sebelum majlis berlangsung, namun majlis tetap berjalan dengan jayanya.

Berbeza sekali dengan majlis ceramah yang di hadiri Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang suatu ketika dulu biasanya mampu menggamit perhatian tidak kurang empat lima ribu pendengar pada satu-satu majlis, namun akhir-akhir ini penampilan Mat Sabu dan ramai pemimpin PAS semakin suram sambutannya dari kalangan rakyat Kelantan.

Misalnya pada 29 Mac 2012 lepas, Mat Sabu dan beberapa pemimpin Pas Pasir Puteh telah mengadakan ceramah perdana di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh namun kehadirannya agak mendukacitakan.

Kehadiran di ceramah Dr Hasan ternyata berkali ganda, berbanding ceramah Mat Sabu yang telah berlangsung 2 bulan terdahulu.





Meskipun pernah dilabelkan sebagaikan berperangai tak senonoh oleh Mursyidul Am PAS Nik Aziz, namun ternyata bahawa rakyat di Kelantan telah menghukum Mat Sabu berperangai lebih tak senonoh dari Dr Hasan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...