Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, July 18, 2011

Nasihat untuk Penghuni Universiti al-Azhar berkenaan Demokrasi




ARRAYAH.INFO, Mesir, 18 Julai 2011 - Satu memo nasihat telah dihantar oleh Hizbut Tahrir Mesir untuk al-Azhar asy-Syarif berkenaan “Piagam al-Azhar”.

بسم الله الرحمن الرحيم

Hizbut Tahrir Mesir telah mengutuskan delegasi untuk bertemu dengan Syeikh al-Azhar guna menyerahkan Memo Nasihat berkaitan dengan “Piagam al-Azhar”.

Hal itu terjadi pada tanggal 3 Julai 2011. Akan tetapi beliau tidak menemui delegasi, dan beliau meminta setiausahanya untuk mengambil penjelasan delegasi.

Selama waktu menunggu, delegasi berbicara dengan para pegawai di sana seputar piagam dan nasihat tersebut.

Kemudian mereka memberikan memo nasihat kepada sejumlah ulama di al-Azhar. Mereka juga menyerahkan booklet Demokrasi, Struktur, Perlembagaan dan Khilafah.

Kami juga mengirimkan memo tersebut ke beberapa surat khabar.

5 Sya’ban 1432 H
6 Julai 2011
Hizbut Tahrir Wilayah Mesir

--------------------------------------------

Berikut Teks Memo Nasihat Untuk al-Azhar asy-Syarif Terkait “Piagam al-Azhar”

Rasulullah saw bersabda:

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ :لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

“Agama itu adalah Nasihat.” Kami (para sahabat) katakan: “untuk siapa?” Rasul saw menjawab: “untuk Allah, kitabNya, RasulNya, para imam (pemimpin) kaum Muslim dan kaum Muslim umumnya” (Hadis Riwayat Muslim)

Saudara yang terhormat/yang mulia Dr. Ahmad ath-Thayyib Syeikh al-Azhar.
Saudara-saudara yang terhormat para Ulama al-Azhar yang mulia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Amma ba’du

Berbagai media massa yang terbit di Mesir menceritakan Piagam al-Azhar asy-Syarif. Dan segera saja parti-parti liberal dan demokrasi, sebelum berbagai lembaga rasmi negara yang lain, memberikan sokongannya. Disamping itu, piagam tersebut juga mendapat reaksi dari berbagai sektor bahawa piagam al-Azhar membangun asas bagi karakter sivil negara.

Hizbut Tahrir merupakan bahagian dari umat dan berjuang bersama dan di tengah umat. Hizbut Tahrir melakukan aktiviti politik sebagai sebuah taklif syar’i. Kami menemukan bahawa di dalam piagam tersebut terdapat sesuatu yang menyalahi Islam, membuat Allah SWT murka, iaitu sokongan dan bantuan Anda untuk dibangunkan negara bangsa yang perlembagaannya demokratik modern, dan dukungan terhadap penegasan atas keterikatan terhadap berbagai perjanjian dan keputusan antarabangsa.

Hal itu belum disaksikan oleh masyarakat luar dari al-Azhar asy-Syarif sampai pada masa rejim yang telah usang sekali pun. Kerana semua itu, menjadi keharusan bagi kami untuk membebaskan diri di hadapan Allah SWT, kami harus menyampaikan memo nasihat ini kepada Anda sekalian.

Kami memohon kepada Allah agar melapangkan dada Anda sekalian dan membukakan hati Anda dan hati orang lain melalui Anda sehingga Anda mendapat kemenangan dengan kebaikan dunia dan akhirat. Setiap orang dari kami berharap agar Anda merenungkannya, dan perkara tersebut adalah perkara yang agung. Memo itu kami ringkas sebagai berikut:

1. Sesungguhnya negara yang syar’ie bagi kaum Muslim adalah Daulah Khilafah baik dalam bentuk, sebutan dan sistem pemerintahan. Kaum Musim tidak mengenal yang lain sejak masa Rasulullah SAW sampai dihancurkan oleh penjajah barat kafir di Istanbul melalui tangan Mustafa Kemal “Ataturk” tahun 1924 M. Hanya Khilafah sajalah yang wajib dikembalikan kewujudannya untuk melanjutkan kembali kehidupan Islami dan menaungi kaum Muslim dan non Muslim dengan keadilan dan pemeliharaannya. Khilafah bukan hanya akan menyelesaikan permasalahan-permasalahan Mesir saja, akan tetapi permasalahan dunia seluruhnya. Kurikulum yang masih terus diajarkan di sekolah-sekolah Tsanawiyah al-Azhariyah menyatakan wajibnya Khilafah dan wajibnya mengangkat seorang imam yang adil. Rasulullah saw bersabda:

… ثُمَّ تَكُوْنُ خِلاَفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَتَ
“Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian”. Kemudian Beliau diam

2. Demokrasi adalah istilah barat. Akidahnya adalah pemisahan agama dari negara. Demokrasi adalah sistem pemerintahan di dalam ideologi kapitalisme. Demokrasi ertinya adalah pemerintahan rakyat, untuk rakyat, dan dengan legislasi rakyat. Sumber demokrasi semuanya adalah manusia. Demokrasi tidak memiliki hubungan sama sekali dengan wahyu atau agama. Demokrasi yang dicadangkan oleh barat kafir ke negeri-negeri kaum Muslim sebagai sistem pilihanraya, sebenarnya tidak demikian. Akan tetapi pilihanraya itu hanya bagian kecil dari demokrasi. Demokrasi tidak lain adalah menjadikan kekuasaan berbagai hukum menjadi milik manusia dan bukannya milik Rabbnya manusia seperti yang dinyatakan oleh Islam. Kerana itu, demokrasi adalah sistem kufur yang tidak memiliki hubungan sama sekali dengan Islam baik dari dekat maupun jauh. Demokrasi bertentangan dengan hukum-hukum Islam secara total dalam global dan rinciannya, dalam sumber yang menjadi asalnya, akidah yang darinya demokrasi itu terpancar, dalam dasar-dasar yang menjadi asas berdirinya dan dalam idea-idea serta sistem-sistem yang didatangkannya. Kerana itu, haram mengambilnya, menerapkannya atau mendakwahkannya. Kami sampaikan kepada Anda booklet tentang demokrasi yang menjelaskan rincian hal itu.

3. Perlembagaan yang tegak berlandaskan demokrasi ini adalah asas negara sivil sekuler yang memisahkan agama dari negara. Ini jelas dalam perundang-undangan dan pasal-pasal perlembagaan yang dahulu menjadi dasar berdirinya rejim yang telah usang dan menjadi dasar berjalannya Dewan Tinggi Tentera saat ini. Lihat misalnya pada undang-undang parti politik yang ditetapkan dengan Undang-Undang nombor 12 tahun 2011. Di dalamnya Dewan Tinggi Tentera merubah dan mengganti pasal Undang-Undang nombor 40 tahun 1977 tentang sistem parti politik dengan pasal baru yang di antaranya menyatakan, “ketiga, parti dalam doktrin-doktrin, program-program, pelaksanaan aktiviti atau pemilihan kepemimpinan atau anggotanya tidak boleh berlandaskan pada asas-asas keagamaan …“. Siapa saja yang menasihati dan mencermati undang-undang ini dan pasal-pasalnya akan menemukan bahawa undang-undang itu mengukuhkan sistem demokrasi yang memisahkan agama dari politik jauh lebih banyak dari yang dilakukan oleh rejim sebelumnya. Contoh lain adalah Undang-Undang nombor 11 tahun 2011 tentang perubahan sebahagian hukum Undang-Undang Jenayah nombor 58 tahun 1937 pasal 267 diubah menjadi, “siapa yang menggauli perempuan tanpa kerelaannya dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup” …! “ertinya seolah-olah yang merupakan tindakan jenayah adalah jika menggauli perempuan tanpa kerelaan perempuan itu!”. Apakah Anda rela dengan hal itu wahai orang yang memiliki keilmuan agung? Bukankah itulah demokrasi yang dikehendaki barat untuk kita? Sungguh hal itu bererti terang-terangan menolak Islam dari hukum secara total. Lalu bagaimana al-Azhar dengan piagamnya mendukung asas-asas ini dan negara sivil demokrasi itu, padahal Allah SWT berfirman:

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ
dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. (Surah al-Maidah [5]: 49)

Kami sampaikan ke hadapan Anda sekalian, Perlembagaan yang Islami, sempurna dan terperinci, setiap pasalnya diikuti dengan sebab-sebab yang mewajibkannya (dalil-dalilnya). Perlembagaan Islami tersebut boleh langsung diterapkan.

4. Adapun penegasan atas keterikatan dengan perjanjian-perjanjian dan berbagai keputusan antarabangsa, maka hal itu merupakan pengakuan yang jelas dari al-Azhar asy-Syarif yang Anda wakili terhadap Israel, dibangunnya berbagai hubungan dengan Israel, dan pemberian suplay gas alam kepada Israel. Padahal Israel menduduki Masjid al-Aqsa dan tanah islami di sekitarnya yang diberkahi yang wajib dibebaskan. Keterikatan tersebut juga bererti penerimaan terhadap semua keputusan-keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan lembaga-lembaganya yang jahat terhadap kaum Muslim di berbagai penjuru dunia, khususnya keputusan-keputusan Majlis Keamanan yang dikendalikan oleh Amerika dan negara-negara besar.

5. Sesungguhnya syariat satu-satunya yang kita wajib terikat dengannya, merujuk kepadanya dan menerapkannya adalah syariah Allah. Haram bagi kita untuk terikat, bertahkim atau merujuk kepada pengesahan dan keputusan-keputusan antarabangsa yang terus-menerus memerangi Islam siang dan malam.

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (Surah al-Maidah [5]: 50)

6. Sungguh, umat Islam di Mesir telah mengorbankan darah mereka dan mereka melakukan revolusi untuk menjungkalkan rejim usang yang menyebarkan kerosakan di muka bumi dan membinasakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan; dan mereka ubah rejim tersebut sejak dari akarnya berikut peribadi-peribadi, bentuk, sebutan, perlembagaan, hukum-hukum dan berbagai perundang-undangannya, untuk mengembalikan keamanan, keadilan, kemuliaan dan kehidupan terhormat kepada penduduk Kinanah seluruhnya sebagaimana dahulu pada masa daulah Khilafah Rasyidah pertama. Bukan untuk diganti dengan rejim serupa yang tegak di atas asas-asas demokrasi sekular yang memisahkan agama dari negara, tetap mempertahankan isi dan hanya berubah bentuk dan cara serta memuji Amerika yang dia dan keturunannya, negara Yahudi, menimpakan kepada kita kezaliman, kehinaan, kemiskinan dan kerendahan.

Kerana itu, Anda sekalian wajib menarik diri dari hal itu dan menghapus piagam tersebut. Sebab, di dalamnya terdapat penyesatan manusia yang melihat disertai kepercayaan kepada al-Azhar dan ulamanya. Itulah pernyataan intelektual yang agung. Para ulama adalah pewaris para Nabi. Dan lebih dari itu, Anda sekalian mengetahui semua hukum-hukum syara’ dan dalil-dalilnya. Masalahnya tidak terbatas pada hal itu saja. Hendaklah Anda sekalian menuntut Dewan Tinggi Tentera untuk mendeklarasikan daulah Khilafah Rasyidah yang kedua. Maka Anda sekalian dan mereka akan mendapat kemenangan dengan kebaikan dunia dan akhirat. Pemimpin itu datang dan pergi, sedangkan syurga dan neraka adalah kekal. Janji Allah akan kemenangan dan pemberian kekuasaan adalah terjamin. Dan sungguh Allah pasti memuliakan agama ini. Pada hari itu bergembiralah kaum Mukmin dengan pertolongan Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللَّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah an-Nisa’ [4]: 59)

Ya Allah kami telah menyampaikan, ya Allah saksikanlah.

2 Sya’ban 1432 H
3 Julai 2011 M
Hizbut Tahrir Wilayah Mesir


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...