PENDEDAHAN PEMBOHONGAN MAT SABU MUNAFIK
“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre. Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi akan dibuat pada Jumaat ini.Di bawah pula adalah kenyataan 'live' Mat Sabu yang menceritakan 'kecederaan' beliau. Di minit 1:27 hingga 2:23 Mat Sabu berkata :-
Saya naik motor dan berlaku perlanggaran HEADS-ON dengan pihak polis dan saya jatuh dan mereka menangkap saya. Berlanggarlah...berlanggar ertinya mereka langgarlah motorsikal saya naik itu.
Lepas itu saya DiPAPAH oleh pihak polis bawa ke balai polis Jinjang. Sana ada doktor menunggu dan merawat saya. Doktor itu mensyorkan saya ke HKL bahagian Emergency dan buat Xray dan sebagainya. Kemudian dilepaskan saya dan di bawa saya balik ke lokap.
Saya duduk begini tak sakit kalau berjalan memang sakit. Ligamen dia rosak sikit dan mengambil masa dua tiga minggu untuk sembuh.
Di dalam video itu, Mat Sabu menuduh pihak polis zalim berada di tahap dunia ketiga dan tidak langsung bersifat bertamadun.
Tetapi hairan, pihak polis yang dihina oleh pemimpin PAS itu juga yang memapah beliau bila terjatuh, menyediakan seorang doktor di Balai Polis Jinjang untuk memeriksa beliau dan menghantar beliau ke HKL untuk rawatan lanjutan!
Dan merujuk kepada kenyataan 'live' Mat Sabu, beliau tidak pun menyebut akan dibedah dan kaki 'dimasukkan besi' seperti yang dilaporkan!
1. Yang pasti, 3 tulang besar kaki, tulang femur (tulang peha), tulang tibia dan tulang fibula tidak patah kerana Xray di HKL tidak menunjukkan patah. (rujuk kenyataan Mat Sabu)
2. Jika ada, Mat Sabu sudah pasti terlantar di hospital dan tidak mungkin akan dapat duduk dengan agak selesa di atas kerusi roda!
3. Tetapi beliau sempat lagi ke Pulau Pinang semalam, berceramah dan menginap di Hotel Traders!
4. Lutut dan kepala lutut? Jika benar kepala lutut (patella) dan lutut patah, Mat Sabu akan meraung kesakitan yang amat jika dapat duduk! Dan lutut tidak akan di balut begitu ringkas seperti dalam foto tersebut!.
5. Pokoknya, jika ada sebarang bahagian kaki yang patah dan 'memerlukan pembedahan memasukkan besi', Mat Sabu atau sesiapa pun tidak mungkin akan dapat bergerak, duduk atau pun berjalan!
6. Ligamen rosak? Mungkin tetapi cara lutut di balut menunjukkan ligamen yang rosak itu hanya cedera ringan sahaja! Tidak mungkin ligamen dan meniscus di dalam lutut Mat Sabu cedera teruk kerana beliau boleh melipatkan kaki beliau.
7. Yang ada ialah orthoscope, satu alat untuk memeriksa keadaan dalam lutut seseorang. Itu pun jika seseorang itu sangat memerlukan pemeriksaan yang dipanggil invasive procedure.
8. Dan kecederaan 'ligamen rosak sikit' seperti yang dikatakan oleh Mat Sabu, tidak memerlukan pemeriksaan orthoscope itu!
(Pembohongan dan Fitnah Oleh Timbalan Presiden Pas Mat Sabu Munafik)
KEBENARAN YANG HAQ MENAFIKAN PEMBOHONGAN DAN FITNAH MAT SABU MUNAFIK
Pendedahan Sebenarnya Dari PDRM , Mat Sabu Munafik Kantoi,
(Penjelasan PDRM Tentang Pembohongan Mat Sabu Munafik)
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mengalami kecederaan akibat dilanggar oleh kenderaan pasukan keselamatan pada 9 Julai lalu, tetapi kerana “jatuh sendiri.”
Menurut Salleh, berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian iaitu di Sri Bukit Persekutuan secara jelas Mohamad mengalami kecederaan bukan disebabkan dilanggar Land Rover tetapi terjatuh selepas motorsikal diboncengnya hilang kawalan lalu jatuh.
Pihak polis turut menayangkan rakaman CCTV pada sidang media, mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki polis langsung tidak “menyentuh” motosikal yang dibonceng Mohamad.
“Kita nak menjawab tohmahan yang dilemparkan Mat Sabu (Mohamad tentang dia dilanggar land rover polis, Mat Sabu memboncengkan sebuah motosikal dengan diiringi sebuah lagi motosikal dan kita mengekori Mat Sabu yang mahu menuju ke ibu negara.
“Tetapi apabila tiba di Jalan Mahameru (yang ditutup) dia mengikut jalan lain dan polis terus mengekorinya, kita ada mengeluarkan arahan, namun tidak dipedulikan sehingga sampai di Sri Bukit Persekutuan.
“Di sana, motosikal yang diboncengnya telah membuat satu pusingan U, melanggar bahu jalan lalu terlanggar bahagian tepi kanan kereta Waja (milik polis) lalu terjatuh,” kata Salleh pada sidang media yang diterangkan bersama rakaman CCTV itu.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua buah Waja mengekori Mohamad.
Kata Salleh, rakaman CCTV itu membuktikan Mohamad tidak dilanggar Land Rover seperti mana yang didakwa.
“Dia tidak langgar (polis), tiada pelanggaran yang berlaku... kita tidak langgar tapi kita tolong dia (selepas terjatuh).
“Tapi Mat Sabu kata dia dilanggar sedangkan hasil siasatan mendapati motosikal langgar bahu jalan, hilang pertimbangan dan terus melanggar bahagian tepi kanan kereta polis,” katanya.
Mohamad sebelum ini mendakwa beliau dilanggar Land Rover milik polis dan terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialami.
Jelas Salleh, pihaknya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.
“Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan.
“Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment