KEPADA SAUDARA-SAUDARA KU SAMA ADA TAKSUB PADA PAS , PKR , UMNO ... APA JUA PARTI YANG BERTERASKAN BANGSA MELAYU BERTUNJANGKAN AGAMA ISLAM UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT. HAYATILAH CARA YANG MULIA DALAM BERDAKWAH, MENYAMPAIKAN KEBAIKAN ATAU MENUNTUT HAK KEDUNIAAN DAN AKHIRAT. INSYALLAH , KITA BERUBAH DARIPADA GANAS KEPADA KESABARAN SEJATI
DIRIWAYATKAN, Abu Darda’ melihat orang sedang berkerumun sambil memukul serta mencaci maki seorang lelaki. Abu Darda’ kemudian menghampiri kumpulan ramai itu lalu bertanya: “Apa hal sampai begini jadinya? Mereka yang berkerumun itu menjawab: Ini lelaki yang sudah melakukan dosa besar.
Abu Darda berkata lagi: Apakah tindakan kamu jika dia terjatuh ke dalam sebuah perigi? Adakah kamu semua akan mengeluarkannya? Mereka menjawab: Ya, sudah tentu kami akan mengeluarkannya.
Kemudian Abu Darda berkata: Jika begitu, janganlah kamu mencaci dan memaki serta memukulnya. Sebaliknya tutuplah aibnya, bimbinglah dia dan bersyukur kepada Allah yang sudah memelihara kamu dari perbuatan dosa itu.
Mendengar nasihat Abu Darda’, mereka kembali mengemukakan pertanyaan: Adakah kamu tidak membencinya? Lantas Abu Darda’ menjawab: Aku membenci perbuatannya. Namun jika kemudian dia tidak lagi melakukannya maka dia adalah saudaraku. Mendengar kata-kata Abu Darda’ yang penuh berhemah itu, lelaki yang dipukul itupun menangis dan bertaubat kepada Allah.
Ini satu contoh baik yang seharusnya setiap pendakwah amalkan kerana ia selari perintah Allah dalam firman yang bermaksud: “Serulah kepada Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahas dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” (Surah An-Nahl, ayat 125)
Seseorang pendakwah semesti sentiasa berusaha mendidik diri sendiri dengan akhlak murni. Dia juga perlu bermuhasabah diri supaya menjadi pendakwah yang dihormati kerana keperibadian serta ilmu dimiliki.
Pada suatu ketika, Ibnul Muqaffa’ ditanya: “Siapakah yang mengajarkan adab dan sopan santun yang luhur ini kepadamu? Lalu Ibnul Muqaffa’ berkata: Diriku sendiri. Kemudian dia ditanya lagi: Mana mungkin seseorang itu boleh mengajarkan sopan santun kepada dirinya sendiri tanpa berguru!
Ibnul Muqaffa memberi penjelasan: Mengapa tidak? Jika aku melihat sesuatu kebaikan pada diri seseorang, aku akan pergi menemuinya. Sedangkan jika aku melihat suatu keburukan, aku akan menghindarinya. Dengan demikian, aku telah mendidik diriku sendiri.”
Begitu proses memelihara diri dengan nilai akhlak yang baik dan operasi mendidik diri seharusnya berterusan sepanjang hayat apatah lagi seandainya dia seorang pendakwah. Modus operandi seseorang pendakwah hendaklah bertapak dalam asas akhlak mulia.
Tanpa pembinaan akhlak yang unggul dan tanpa menonjolkan nilai mulia diri kepada khalayak awam, maka visi dan misi untuk melaksanakan dakwah secara efektif kurang berkesan.
Kita lihat bagaimana kaedah Rasulullah SAW dalam dakwah Baginda yang tidak pernah luntur memperagakan harga diri yang mulia sehingga mampu mencairkan hati orang ingkar dan keras penentangannya terhadap Islam.
Pada suatu hari ada perarakan jenazah orang Yahudi lalu di depan Rasulullah SAW dan sahabat. Melihat itu, Nabi SAW segera berdiri sebagai tanda hormat. Sahabat berasa hairan lalu bertanya: “Bukankah mayat itu seorang Yahudi yang bukan Muslim? Lalu Nabi SAW menjawab: Walaupun bukan Muslim, dia adalah makhluk Allah juga.”
Juga kisah berikut yang jelas menonjolkan peribadi Nabi SAW yang mulia. Diriwayatkan di suatu sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap hari selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya: “Wahai saudaraku, jangan kamu mendekati Muhammad, dia itu orang gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.”
Namun, setiap pagi Nabi SAW datang kepadanya dengan membawa makanan tanpa berucap sepatah kata pun kepadanya. Setiap kali Baginda menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu tanpa diketahui oleh pengemis itu siapa yang menyuap.
Selepas Nabi SAW wafat, tiada lagi orang yang sudi membawakan makanan dan menyuapkan kepadanya. Suatu ketika Abu Bakar mengunjungi rumah anaknya, Aisyah, isteri Nabi SAW seraya bertanya: “Wahai puteriku, apakah kebiasaan kekasihku Muhammad yang belum aku kerjakan?
Lihatlah bagaimana anggunnya akhlak Rasulullah SAW dan pesonanya kaedah dakwah sehingga perbuatan mengunjungi pengemis Yahudi tidak diketahui orang walau sahabat paling hampir.
Hebatnya peribadi Rasulullah SAW. Di akhir kisah tadi dikatakan bahawa pengemis buta Yahudi itu memeluk Islam selepas mengetahui orang yang biasa membawa dan menyuapkan makanan kepadanya adalah Rasulullah SAW.
Begitu cara Nabi SAW yang tidak pernah kering dengan lontaran warna kemanusiaan dan tidak pernah gersang nilai akhlak mulia. Pendakwah yang ingin mengajak insan lain berada dalam landasan benar dan jalan lurus sewajarnya meniti jalan suci yang pernah ditempuhi Nabi SAW.
Oleh Mohd Rizal Azman Rifin
No comments:
Post a Comment