Bersediakah Ambiga menahan amuk pendekar Melayu 9 Julai ini?
Alhamdulillah. Saya diizinkan Allah SWT untuk berkesempatan menghadirkan diri ke majlis Perjumpaan dan Mesyuarat Guru-Guru Silat Malaysia yang dianjurkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di Kampung Baru semalam. Memang teruja benar apabila melihat tok-tok guru silat sekali lagi berkumpul demi kepentingan bangsa di Kelab Sultan Sulaiman itu.
Menurut Tok Guru Omar Din, pertemuan ini adalah kali kedua yang berjaya mengumpulkan ratusan guru-guru silat seluruh Malaysia sejak 40 tahun yang lalu. Jika dulu mereka bertemu untuk menubuhkah PESAKA, kini mereka bertemu untuk sama-sama membuat keputusan untuk berhadapan dengan petualang negara – Kotor 2.0, pada Sabtu, 9 Julai ini.
Sedang saya bersemangat mendengar tempikan dan jeritan pendekar itu berapi-api berucap, saya tiba-tiba rasa sebak dan termenung seketika mengenangkan ucapan salah seorang Guru Utama yang datang dari Melaka, negeri kelahiran saya dan Laksmana Tun Tuah.
Menurut beliau, ayahandanya pernah memberitahu bahawa kita pertamanya telah dicabar oleh kaum Cina sehingga tercetusnya tragedi berdarah, 13 Mei 1969. Ekoran kejadian itu, bangsa Melayu bersatu padu dan kumpulan-kumpulan silat di seluruh negara memainkan peranan penting ketika itu. Malah, ada di antara mereka yang terpaksa diharamkan oleh pihak berkuasa.
Namun alhamdulillah, luka itu berjaya disembuhkan dengan perpaduan kaum yang lebih erat selepas itu. Negara Malaysia kembali aman tenteram di dalam suasana masyarakat majmuk. Tok-Tok Guru persilatan kembali kepada kehidupan normal mereka seperti sedia kala.
Namun selepas itu, negara dikejutkan pula oleh peristiwa di Kampung Medan yang melibatkan pergaduhan perkauman di antara Melayu dan India. Mujurlah ia tidak melarat sebagaimana tragedi 13 Mei. Namun, sempat jugalah kumpulan-kumpulan silat Melayu ini menghadiahkan “buah-buah” mereka ketika itu. Melayu dicabar pula oleh kaum India.
Bagaimanapun, alhamdulillah, sekali lagi pihak berkuasa berjaya meredakan amukan pendekar-pendekar Melayu ini yang marahkan kaum India ketika itu. Malaysia kembali aman dan makmur, pesat membangun bersama arus kemodenan tanpa sebarang krisis perkauman yang dahsyat. Setiap bangsa dan kaum yang tinggal di Malaysia saling menghormati antara satu sama lain.
Namun kejadian yang bakal berlaku kali ini agak berlainan situasinya. Kali ini ada pengkhianat berbangsa Melayu sendiri yang mencabar bangsanya sendiri. Melayu khianat cabar Melayu tulen! Inilah yang paling ditakuti oleh Tok-Tok Guru Silat kita ini. Mereka tidak takut berdepan dengan pengkhianat itu, namun status bangsa mereka telah sedikit sebanyak menyedihkan mereka. Mereka bertanya, “apa sudah jadi pada bangsa Melayu kini?”
Pada saya mudah saja jawapannya. Mereka itu adalah Melayu pembelot! Mereka bersekutu dengan musuh Islam, musuh bangsa dan musuh Tanah Melayu untuk memporak perandakan negara ini. Mereka tidak hormatkan lagi Raja-Raja Melayu kerana mereka kini “berajakan kuasa politik” yang mereka kejar selama ini. Melayu pengkhianat itu sanggup memperalatkan bangsa mereka sendiri demi untuk mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka, “biar Melayu itu bertikam sesama sendiri, asalkan aku menang jadi Perdana Menteri”!
Namun, kesedihan dan kekecewaan itu tidak lama apabila mengenangkan bahawa yang bakal ditentang itu adalah petualang negara, sekutu komunis, sekutu kafir harbi Ambiga! Tok-Tok Guru Silat Melayu itu sebulat suara berikrar untuk menjadi benteng keamanan negara pada 9 Julai ini. Bagi mereka, petualang bangsa yang hadir menyertai perhimpunan Kotor 2.0 patut beri pengajaran sepatutnya!
Malah, Tok-Tok Guru Silat ini juga rela mati untuk menghalang perhimpunan yang diketuai Ambiga ini. “Perang”, itulah yang ditegaskan oleh pendekar-pendekar kita ini. Membujur lalu melintang patah, pantang pendekar Melayu mundur selangkah, alang-alang genggam bara api biar sampai jadi arang! Mereka bersedia untuk mati pada 9 Julai ini..!!!
Apabila suasana jadi begitu, saya terus terbayang. Seumur hidup saya, saya tidak pernah mengalami kejadian dahsyat sebagaimana tragedi 13 Mei dahulu. Darurat! Dan apakah kali ini saya akan mengalaminya buat pertama kali? Apakah sejarah tragedi 13 Mei akan berulang kali kedua di Tanah Melayu ini? Wallahua’alam, kita tunggu 9 Julai nanti…
No comments:
Post a Comment