Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, August 17, 2012

Nasaruddin Lebih Mulia Disisi Allah Manakala Karpal Singh anti hudud dan anti Islam mulia disisi PAS



Karpal Singh Mulia Disisi Pas Dan Nasaruddin Lebih Mulia Disisi Allah  

GelombanG KicK

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost' untuk mempertahankan agama saya. 
Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan Syariah ALLAH SWT, namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh. 
Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.


Isu Pertemuan Di Makkah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. 
Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di Makkah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas YAB Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. 
Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah. Nasaruddin Mat Isa
Ketegasan serta pendirian Nasaruddin itu adalah satu landasan fikir bagi umat Islam terutamanya penyokong-penyokong Pas yang masih buta, jika Pas terpimpin dengan pemimpin-pemimpin yang berpendirian sedemikian dan lantang bertindak balas terhadap kenyataan biadap DAP, maka itulah yang disebut sebagai perjuangan Islam yang akan mendapat pertolongan dari Allah,  namun jika sebaliknya itu hanyalah perjuangan parti yang mementingkan kepentingan duniawi dan hanya berharap pertolongan daripada DAP.

"Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Muhammad Rasulallah dan orang yang bersama dengannya, bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (ummat Islam).” (Q.S. al-Fath: 29).

Namun kerana ketamakan kuasa Pas telah membelakangkan segala-galanya termasuk Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada orang-orang Islam, Pas juga selesa berhukum dengan hukumnya sendiri didalam maksud kesesatan yang jelas lagi nyata, Pas akan memusuhi sesiapa sahaja yang tidak mentaati kafir karibnya, kerana kafir itu dijadikan penghulu bagi mereka memperoleh segala kesenangan dunia...Anda Mampu Mengubahnya...

Monday, August 13, 2012

Nik Aziz Bersetuju Haram Sokong DAP

Jika Karpal Dan DAP Terus Biadap Nik Aziz Bersetuju Haram Sokong DAP

GelombanG KicK

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara Islam termasuk hukum hudud supaya tidak bersikap biadap  seperti mengeluarkan perkataan ‘cacian’.

Nik Aziz turut menjelaskan, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam, tapi hal itu tidak bermakna Karpal boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang biadap berkaitan Islam.

“Saya setuju, biar dia (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan biadap sampai mencaci,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pelaksanaan hukuman hudud memberi kesan langsung kepada masyarakat berbanding pelaksanaan hukuman yang dipraktikkan sekarang.

“Mengikut undang-undang sekarang, jika kes dadah, pesalah dikenakan hukuman gantung sampai mati tetapi jika hudud mereka dikenakan potong tangan.

“Jika gantung mereka hanya dibawa ke kubur tetapi jika potong tangan seluruh manusia akan mengambil pengajaran dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri,” katanya.

Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu beliau langsung tidak menyanggah pandangan yang dihukumkan oleh Ulamak dari Kelantan Abdullah Saamah yaitu haram menyokong DAP, dan Mufti Perak juga turut senada dalam penghukuman tersebut.

Tidak seperti lain-lain isu yang mana Nik Aziz akan lantang menyanggah apa-apa pendapat Ulamak yang berbeza dengan Pas  terutamanya dengan Tan Sri Harussani, isu ini nampaknya Nik Aziz sedar dan lebih memahami kemudaratan yang akan menimpa umat Islam sekiranya menyokong DAP, cuma atas dasar politik dan kerjasama dengan DAP Nik Aziz tidak memperincikan isu ini secara mendalam.

Jika pandangan seperti itu dibuat, sekurang-kurangnya ia menyedarkan DAP akan kesatuan umat Islam yang utuh jika membabitkan kebiadapan terhadap Islam, namun malang sekali, pemimpin Pas yang lain lebih mempertahankan DAP daripada mempertahankan Ulamak dan Islam, sehingga Presiden Pas sendiri menghalalkan apa sahaja yang diungkapkan oleh DAP atas alasan DAP bukan Islam.

Dari itu kesimpulan boleh dibuat bahawa menyokong DAP adalah haram hukumnya berdalilkan kenyataan penolakan hukum hudud secara biadap oleh Karpal Singh dengan mengatakan 'langkah mayat beliau dahulu kalau nak laksanakan hukum hudud' , disamping tindakan pemimpin-pemimpin DAP yang dilihat jelas cuba mempertikaikan hak-hak orang Islam atau dengan kata lain berideologi komunis.
Bagi pemimpin Pas yang tak reti-reti lagi dan jelas bersikap hipokrit seperti Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa yang lain dengan menuduh secara membabi buta bahawa Perdana Menteri dan Umno menolak hudud, hentikanlah kenyataan politik jumud itu kerana rakyat bukannya bodoh, atau sila tonton video mengenai hukum hudud pada rakaman perbahasan dua sidang DUN di Kelantan dan Terengganu sepertimana yang ada dibawah...Anda Mampu Mengubahnya... 




 

Haram bagi umat Islam menyokong DAP - Tan Sri Harussani


SHAH ALAM – Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.

Menurut Maszlee, kenyataan itu mencetuskan provokasi dan mungkin membuka jalan kepada ekstremis bangsa serta golongan subversif menumpahkan darah ahli-ahli DAP.

Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2012/08/haram-bagi-umat-islam-menyokong-dap-tan.html#ixzz23Uz9t366

Saturday, August 4, 2012

6 perkara Allah sembunyikan~~ ''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :'

 


''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah
 

Tuesday, July 31, 2012

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah Pas: Rakyat berhak tentukan hudud, bukan Karpal.. Hanya Kata2

Rakyat berhak tentukan hudud, bukan Karpal

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU – Biarkan pelaksana hukuman hudud ditentang keras Pengerusi DAP Karpal Singh, Pas Kelantan menegaskan hanya rakyat berkuasa menentukan dasar kerajaan termasuk pelaksanaan undang-undang Islam.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, situasi itu berlaku melalui sistem demokrasi khususnya pilihan raya.
“Dalam soal ini, rakyat memainkan peranan utama, contohnya, Pas tidak bersetuju perjuangan menegakkan negara sekular, tetapi kita hendak halang macam mana sebab rakyat yang menentukan perkara itu,” katanya kepada pemberita.
Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini biarpun mengakui Islam agama rasmi negara mengikut perlembagaan.
Dalam kenyataan itu, Karpal berkata, kenyataan itu adalah pendirian DAP bukan pandangan peribadinya.
Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah itu menegaskan Pas akan tetap berjuang secara berterusan menegakkan syariat Islam biarpun terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan dasar perjuangan parti itu.
“Bagi memperjuangkan agenda Islam seperti yang Pas bawa ini pun rakyat yang boleh menentukan kejayaan ia. Tetapi kita tidak akan berhenti memperjuangkan Islam, semata-mata sebab ada orang yang tidak bersetuju. Di sini usaha kita ialah berterusan memberi penjelasan kepada rakyat dan biar rakyat membuat keputusan,” katanya.
Mohd Amar yang dilantik sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa teknikal hudud Kelantan menyifatkan penentangan daripada Karpal itu bukan suatu perkara yang luar biasa memandangkan Umno sendiri tidak menyukai pelaksanaan hukum itu di negara ini.
Malah beliau berkata, MCA turut menolak undang-undang Islam itu dengan menyuarakan hasrat akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), sekiranya Umno menyokong hudud.
“Dari segi politik bukan satu benda yang pelik sebab MCA sendiri pun menentang undang-undang hudud dan bila Adun Kemelah mencadangkan supaya Johor melaksanakan undang-undang hudud, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menggunakan istilah keras, jadi saya rasa lebih teruk lagi dari DAP,” katanya.
Bagaimanapun Mohd Amar berkata, Pas menghormati pendirian DAP tersebut dan tidak menjangkakan DAP boleh menerima secara terbuka memandangkan berkemungkinan tidak memahami sepenuhnya tentang hukum tersebut.

Lajim Memang Tunggu Kena Pecat

Lajim kena letak jawatan dalam kerajaan


Lajim Memang Tunggu Kena Pecat

KILL
POLITIK lanun macam Lajim Ukin bukan susah sangat nak dibaca.  Dia letak semua jawatan dalam UMNO tapi kekal jawatan ahli dan Timbalan Menteri kerana menunggu untuk dipecat.  Nanti adalah alasan untuk dia mencaci Perdana Menteri semahu-mahunya.
Hakikatnya, tidak ada Perdana Menteri dalam dunia yang akan kekalkan jawatan ahli kabinetnya yang menyokong pembangkang.  Kalau Anwar jadi Perdana Menteri pun dia tidak akan lantik Ibrahim Ali sebagai Timbalan Menteri, umpamanyalah.
Ini logik yang budak darjah 6 pun boleh fikir.
Kita penyokong UMNO tidak ada masalah kalau Lajim keluar macam cara orang ada otak.  Kita penyokong UMNO tidak akan demo depan rumah Lajim mintak dia kosongkan kerusi kerana menang atas tiket BN (bukan individu), macam mana yang berlaku kepada ramai ahli Parlimen PKR yang keluar parti sebelum ini.
Pergilah, kita tak kesah.  Tapi kita naik menyampah dengan permainan politiknya yang tak  padan dengan umur, tua tapi masih tak sedar diri.  Nak tunjuk bagus tak bertempat.
Dunia tahu, Malaysia tahu, rakyat Sabah tahu, Lajim nak jadi Ketua Menteri Sabah, period.  Datuk Seri Najib tidak ada alasan untuk serahkan jawatan itu kepadanya kerana dia bukan ADUN tapi Ahli Parlimen dan Ketua Menteri sekarang bekerja dengan bagus, apa alasan nak buang?
Moral cerita disini, Perdana Menteri tidak ada masalah dengan Lajim.
Jadi Lajim perlu cipta alasan kenapa dia perlu bermusuh dengan Perdana Menteri, dan apa lagi alasan terbaik melainkan dipecat dari jawatan Timbalan Menteri?  Begitu juga UMNO, Lajim perlu cari alasan untuk burukkan UMNO selepas bersama dengan Pakatan haram nanti.
Kalau tidak, rakyat akan menilai Lajim tidak ada maruah (walaupun memang dia tidak ada maruah), hipkorit dan seumpamanya.  Orang bijak pernah berkata, “Yang penting bukan betul-betul ada maruah atau tidak, tapi penilaian orang kepada kita, sama ada bermaruah atau tidak”.
Pendek kata pandangan orang tu yang penting.
Ini penting sebab rakyat Beaufort dan Lajim sendiri tahu Najib banyak bantu projek pembangunan di parlimen tersebut.  Lajim tidak boleh menafikannya, atau buta-buta sahaja dia digelakkan rakyat kawasan itu, mana boleh.
Dari orang bertanya dan Lajim tidak ada kata-kata untuk menjawab, maka memang diatur begitu, letak semua jawatan dalam UMNO tapi kekal jawatan Timbalan Menteri dan ahli UMNO menunggu dipecat, sebab Lajim dan Anwar tahu, pemecatan adalah alasan yang cukup bagus untuk mengecam Perdana Menteri dan UMNO selepas ini.
Eh, mestilah sebut nama Anwar, ini musibat putar alam nombor satu.  Lajim tidak ada akal pembelit sehebat Anwar untuk rencana semua perkara macam ini, hanya Anwar yang pandai.  Lagipun, tahun 1994 dulupun Lajim dah kenal permainan Anwar, kalau tidak macam mana pulak PBS boleh tumbang tak sampai 2 minggu lepas menang pilihanraya negeri?
Semuanya sebab putar belit Anwar dan Lajim (dan 2 yang lain) sebagai bonekanya.
Dan kini dia jadi boneka lagi, apa yang nak hairan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...