Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, February 14, 2016

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) : Desak Datuk Seri Najib Razak Letak Jawatan.

                                           Dr Mahathir kini penaung kumpulan penentang dalam Umno.
                                                               Ini tidak menjadi kudis pada Najib

                                    

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kebimbangannya terhadap kemelut dihadapi dalam Umno dan mereka tidak lagi relevan kepada rakyat, kata Gabungan Ketua Cawangan Malaysia


Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini secara rasmi menjadi penaung kepada kumpulan penentang dalam Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dalam usaha mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.



Perkara itu diumumkan GKCM dalam satu kenyataan sejurus pertemuan dengan Dr Mahathir semalam. 

"GKCM melakar satu lagi sejarah dalam gerakan mereka apabila Tun Mahathir mengisytiharkan secara rasmi untuk menjadi penaung kepada GKCM dan bekerjasama dalam program-program yang dianjurkan gabungan ini. 

"Tun menyatakan pendiriannya ini ketika pertemuannya dengan 21 orang Jawatankuasa GKCM pusat yang diadakan di pejabatnya di Yayasan Al Bukhari di Kuala Lumpur," kata GKCM dalam satu kenyataan hari.


Dengan kerjasama ini, Dr Mahathir juga akan bersama-sama menyertai program kumpulan itu dan menyusun strategi dalam usaha menyelamatkan parti utama kaum Melayu itu. 

Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir juga melahirkan rasa bangga dengan keberanian yang ditunjukkan GKCM dan kemajuan dicapai kumpulan iti walaupun baharu sahaja ditubuhkan.

 "Tun melahirkan rasa bangganya terhadap kemajuan yang dicapai GKCM dalam masa yang amat singkat.

"Kehadiran GKCM berjaya mengimbangi golongan yang banyak merosakkan parti," katanya. 

Selain itu, Dr Mahathir juga menyifatkan GKCM sebagai pengimbang pada ketika Umno sedang bergolak dan dapat membantu untuk menguatkan parti itu.

Pergerakan GKCM bermula November tahun lepas dalam usaha memaksa Najib melepaskan jawatan susulan skandal kewangan dan beberapa keputusan kontroversi menyaksikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal tersingkir daripada Kabinet kerana lantang mengkritik pentadbirannya. – 13 Februari, 2016
 

Sunday, 14 February 2016

TUN MAHATHIR DI BELAKANG OPERASI DEMOKRASI (GKCM) PECAHKAN UMNO

Bolehkah pucuk pimpinan UMNO memandang sepi terhadap kebangkitan Gerakan Ketua Cawangan  Malaysia (GKCM) yang akan mengumpul kekuatan semua cawangan UMNO yang menolak  kepimpinan Najib untuk menjalankan operasi demokrasi berstratiji bagi  menggulingakan Najib.
Ahli- ahli cawangan  atau akar umbi UMNO pastinya akan mudah  menyertai cawangan Malaysia yang tidak lagi memerlukan pengesahan keahlian mereka kerana mereka sudah pun menjadi ahli yang sah.
Tentunya bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir bersetuju untuk menjadi penaung  kepada gerakan ini setelah membuat perhetongan yang semasaknya akan keberkesanannya dan juga implikasi dari segi Perlembagaan UMNO.
Ini boleh dianggap sebagai suatu gerakan teratur dalam UMNO untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib menerusi hak demokrasi  ahli UMNO seperti hak demokrasi  yang dimiliki oleh Presiden UMNO   untuk menggunakan parti untuk menumpaskan  Tan Sri Muhyiddin,Mukhriz Mahathir dan beberapa orang lagi pemimpin UMNO yang menentangnya.
Gerakan ini akan melahirkan parti dalam parti  menerusi demokrasi dan akan dapat menggerakan langkah yang berkesan dalam menyatukan semua cawangan yang menjadi api dalam sekam  UMNO sekarang.
Berbanding dengan penubuhan Semangat  46 yang dijuarai oleh Tengku Razaleigh yang  gagal untuk gulingkan  Tun Mahathir kerana  datang dari kepimpinan tertinggi tetapi GERAKAN  ini datang dari akar umbi UMNO yang tidak percaya pada Najib dan ketika  keraguan  rakyat pada kredibiliti Najib terus membara di seluruh negara.
Najib berjaya mengawal kesetiaan  bahagian-bahagian  UMNO tetapi   cawangan-cawangan UMNO hanya  menanam tebu  di tepi bibir terhadap ketua bahagian.Saya bercakap dengan banyak ahli  UMNO cawangan.Mereka berpegang kepada ajaran Allahyarham Nik Aziz Tok Guru Pas" beri wang ambil" tapi sokongan dalam pilihanraya umum kelak hak masing-masing.
Cawangan -cawangan UMNO  ini sedang menunggu untuk menyertai  suatu gerakan yang benar-benar  meyakinkan mereka untuk menamatkan pemerintahan Najib  dan dengan Tun Mahathir mengambil tanggungjawab di belakang gerakan ini  maka tentunya akan sedikit sebanyak meyakinkan  mereka.
Keadaan akan lebih mengancam  jika gerakan ini disertai oleh Tengku Razaleigh, Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz Mahatir dan lain-lain pemimpin UMNO yang masih bepengaruh dalam UMNO yang telah disingkirkan oleh Najib 
Perpecahan besar pastinya akan berlaku dalam UMNO jika Datuk Seri Najib gagal untuk mencegah gerakan ini dengan pantas yang akan merebak menjadi suatu kebangkitan dalaman dalam UMNO.
Bagaimanapun Tun Mahahtir meanggap ini sebagai suatu gerakan  penyatuan semula yang akan membantu parti yang hilang kepercayaaan ahli dan masyarakat umum terhadap UMNO yang dilanda masalah kepimpinan yang meruncing. Mahathir  percaya hanya dengan  pengunduran Najib   akan memulihkan UMNO.
Kepada Tun Mahathitr inilah peluang terakhir baginya untuk menyelamatkan UMNO dan beliau tidak akan menyokong  gerakan ini jika tidak nampak chahaya dihujung terowong.
 

Saturday, February 13, 2016

UMNO PARTI SOGOK2, ANGGUK2, GELENG2... ADAKAH BENAR?


UMNO bukan parti anguk-anguk, geleng-geleng

 
Kepercayaan akar umbi sememangnya merosot terhadap kepimpinan UMNO bukannya terHadap UMNO.

Sememangnya diakui parti keramat ini memang ada masaalah. Tetapi bagaimana kita mendepani masalah tersebut agar masih mendapat kepercayaan masyarakat Melayu.

Ketuanan Melayu mematangkan untuk kita menepis onak dan duri dalam mengharungi liku-liku dalam menyelesaikan perlbagai muslihat sepak terajang Politik.

UMNO harus mendepani Isu-isu semasa dengan bijak agar jangan dilihat seperti melindungi sesuatu yang nampak jelas menjurus kepada permasaalahan yang berpanjangan.

Perkara ini lama kelamaan akan menghakis kepercayaan masyarakat amnya dan ahli UMNO khasnya.

Kita sebagai peneraju kerajaan yang sedia ada janganlah seolah-olah membenarkan perlakuan-perlakuan yang dianggap tidak normal kepada pentadbiran negara.

Masyarakat akan menilai sejauh mana kebenaran dan amanah yang diberikan dapat dijaga dengan betul.

Kepercayaan masyarakat amat diperlukan kerana merekalah yang akan menentukan parti manakah yang layak menjadi wakil mereka pada masa akan datang.

Budaya anguk-anguk, geleng-geleng bukan budaya UMNO. Pucuk pimpinan UMMO harus sedar perkara ini jika masih mahu menjadi kuasa memerintah akan datang.

Masyarakat akan menilai sejauh mana kerajaan sedia ada memerintah dan urus tadbir negara. Kerana masyarakat mahukan sebuah negara dan kerajaan yang aman damai.

Di samping itu, tiada melibatkan salahlaku yang seperti terang-terangan dibolehkan. Sedangkan perkara itu tidak dibolehkan dan menjadi salah jika diamalkan oleh orang lain.

Dipercayai sekiranya kemelut ini dapat diatasi dengan segera. Seperti amalan biasa. Sesiapa yang sedang disiasat atau terlibat dengan sesuatu pertuduhan jalan terbaik adalah dinasihatkan bercuti.

Dilihat itulah jalan terbaik. Selepas perkara atau permasaalahan tersebut selesai. Jika tiada kes atau kesalahan maka sambunglah kerja tersebut. Jika merasakan sememangnya ada unsur-unsur salahlaku sebaiknya undur diri dengan kadar segera.

Perkara ini perlu dilakukan demi mematuhi kedaulatan Perlembagaan negara. Semua perkara ini demi mengelakkan pelanggaran salah laku yang lebih besar.

Dicatat oleh Hitam Pedu 


Ahli UMNO mesti bebaskan diri daripada sogokan pendapat - Khaled Nordin
KHALED: "Menyogok-nyogok itu bukan budaya UMNO. Mengiya-iyakan secara membuta tuli itu juga bukan budaya UMNO. - Gambar Fail 


Anggota UMNO mesti membebaskan diri daripada sogokan pandangan yang menjadikan mereka seolah-olah budak-budak yang diajar hanya menerima dan tidak mempersoalkan salah betul sesuatu perkara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia merupakan satu bentuk diktator minda dalam amalan berfikir jika anggota UMNO menerima bulat-bulat pandangan dan maklumat secara paksaan dan sogokan.

"Menyogok-nyogok itu bukan budaya UMNO. Mengiya-iyakan secara membuta tuli itu juga bukan budaya UMNO.

Mengangguk-angguk dan menggeleng-geleng tanpa prinsip itu juga bukan budaya UMNO," katanya berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Felda Lok Heng Timur, di sini hari ini.

Perasmian mesyuarat itu dilakukan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata, jika menyogok juga adalah amalan UMNO maka adalah mustahil untuk Malaysia boleh merdeka, mampu keluar daripada pelbagai krisis tanpa perlu mengikut telunjuk orang luar dan maju dengan cara tersendiri selama ini.

"Ia juga tidak akan menjadikan kita matang, sekadar pak turut fikiran orang sejak kecil. Kita akan jadi hamba akal orang lain. Akal kita akan hanya sekadar hiasan," katanya.

Beliau berkata, disebabkan faktor itu, UMNO perlu mempunyai perubahan politik yang progresif dan kematangan demokrasi dalam menerima apa juga pandangan.

Menurutnya, perubahan itu termasuk mempunyai ciri, budaya dan amalan untuk membuka seluas-luasnya ruang bagi pencerahan, menghargai pandangan anggota, belajar dari yang terbaik dan bersedia untuk menegur dan ditegur.

"Hanya jika UMNO bersedia melakukan anjakan begini, maka UMNO melalui apa yang saya panggil "Dekad Pencerahan".
Dekad yang bukan sekadar memberikan dinamisme baharu kepada UMNO tetapi lebih penting membina kembali kewibawaan UMNO sebagai sebuah parti yang progresif dan mendukung pemikiran Islam berkemajuan," katanya.

Turut hadir pada perasmian itu Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Md Jais Sarday dan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi Datuk Daing A Malek Daing A Rahman.
 

Friday, February 12, 2016

INTIPATI UCAPAN TSMY DI PAGOH 10.02.2016

Kerajaan Pula Tidak Mempunyai Wang Yang Cukup - Tan Sri Muhyiddin
INTIPATI UCAPAN TSMY DI PAGOH
10 Februari 2016

1. Negara kita telah mencipta banyak kejayaan. Perdana Menteri terdahulu bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat pelbagai kaum juga berusaha gigih untuk memajukan negara.

2. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini negara kita dirundung masalah. Perasaan ketakutan semakin meresap. Orang hendak bercakap pun kena tengok baik-baik. Seolah-olah kebebasan telah hilang.

3. Situasi politik hari ini tidak berapa menentu. Ada orang cakap kalau esok diadakan pilihanraya BN akan kalah.

4. Ekonomi negara kita juga semakin teruk. Harga barang semakin mahal. GST 6% tetapi harga barang naik 20% hingga 30%.

5. Mengenai kejatuhan matawang, PM kata mana-mana negara pun matawang jatuh. Tetapi negara kita jatuh lebih teruk berbanding negara-negara lain. Ini kerana wujudnya sentimen negatif terhadap Malaysia. Rasuah berlaku amat luar biasa.

6. Saya bercakap atas dasar hak dan kebenaran. Kerana itu saya dibuang. Bukan kerana saya buat apa-apa kesalahan tetapi kerana saya bercakap terus-terang. Bukan depan cakap lain, belakang cakap lain.

7. RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi PM tidak salah. Kalau begitu pegawai-pegawai kerajaan pun boleh terima duit berjuta-juta masuk ke dalam akaun peribadi atas nama derma. Ini tidak betul.

8. Kerajaan pula tidak mempunyai wang yang cukup. Perbelanjaan untuk rakyat terpaksa dipotong. Bajet 2016 dinilai semula.

9. Orang sudah tidak percaya kepada kerajaan. Mereka tiada keyakinan lagi. Pelabur mahu datang ke Malaysia pun tunggu dulu. Ini kerana faktor ekonomi yang tidak menentu dan rasuah yang berterusan.

10. Imej negara kita makin hari makin menurun. Ada orang Malaysia yang pergi ke luar negara malu hendak mengaku dari Malaysia.Takut orang tanya dari mana PM Malaysia dapat banyak duit. Ada orang kata derma. Ada pula yang kata 'pelaburan'. Tidak tahu mana satu yang betul.

11. Ada orang parti beritahu saya mereka juga tidak tahu apa hendak buat. Samada hendak pilih BN atau tidak dalam pilihanraya nanti. Mereka kata disebabkan masalah peribadi Najib, BN boleh kalah.

12. Rakyat kena pilih antara parti dan individu. Sebahagian ahli parti berada dalam dilema. Ramai orang kata kepada saya jangan fikir pasal parti lagi Tan Sri. Tetapi fikir pasal negara. Negara sedang menjunam dan mesti diselamatkan.

13. Kita tidak mahu negara kita rosak, hancur, rakyat miskin. Kalau perbuatan pemimpin menyebabkan negara kita rosak, kita mesti buat sesuatu.

14. PM mesti bertanggungjawab. Turun ke bawah. Tanya berapa ramai rakyat yang sokong dia. Balik fikir. Jangan asyik terima saja yang orang lain cakap yes sir, yes sir, semuanya baik-baik belaka.

15. Rakyat mesti berani bercakap yang benar. Beritahu PM perkara-perkara tidak betul yang dibuat.

Tidak Perlu Menjadi Pemimpin Umno untuk Merasai Denyut Nadi Rakyat


Angkara @NajibRazak Rakyat Kedah Tolak BN, PRU 14



Bekas Wanita Umno Langkawi, Ainina Saadudin mendakwa insiden bendera BN yang dipasang secara terbalik di Kedah sebagai isyarat ‘kalih’ namun ia bukan bermaksud rakyat negeri itu menentang BN kerana menyokong parti lain.

Menurutnya, perkara itu menjadi saksi kepada pemimpin BN hari ini bahawa prinsip ‘cash is king’ (duit adalah raja) boleh dicabar di negeri tersebut.

“Hari ini seluruh Kedah memasang bendera BN terbalik kerana mereka mahu menumbangkan Najib (Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak). Seluruh Kedah mahu Najib berhenti daripada terus memusnahkan nilai dan sistem kemanusiaan bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia,” katanya dalam kemas kini status di Facebook, hari ini.

Setelah seminggu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, situasi politik Umno dan BN kini berhadapan pula dengan protes ahli-ahlinya yang didakwa sengaja menggantung bendera BN dalam keadaan terbalik di sepanjang jalan utama.

Difahamkan, tindakan protes itu dibuat sebagai tanda penolakan akar umbi terhadap pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baharu.

Dalam pada itu, Ainina menegaskan bahawa beliau bukan penyokong kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu meskipun dilihat seperti membelanya.

“Malah Datuk Seri Mukhriz pernah menegur cara saya berucap dalam ucapan penangguhan di mesyuarat agung perwakilan Wanita Umno Bahagian Langkawi 8 Ogos 2015 lalu.

"Saya tidak memerlukan restu Datuk Seri Mukhriz untuk menegur Presiden kerana saya bukan pemimpin Umno. Saya rakyat marhaen. Rakyat marhaen sudah hilang sabar dengan Presiden Umno.

“Jadi, saya tidak perlu ‘consent’ dari Datuk Seri Mukhriz untuk bercakap benar bagi didengari Presiden Umno. Saya hanya bercakap bagi mewakili rakyat marhaen lain seperti saya,” katanya.

Tambahnya, tidak perlu menjadi pemimpin Umno untuk merasai denyut nadi rakyat sebaliknya menjadi rakyat biasa menjadikan dirinya lebih mulia daripada pemimpin-pemimpin yang hanyut dalam buaian kuasa dan mabuk dalam kilauan materia
l.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...