Ini tidak menjadi kudis pada Najib
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kebimbangannya terhadap kemelut dihadapi dalam Umno dan mereka tidak lagi relevan kepada rakyat, kata Gabungan Ketua Cawangan Malaysia
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini secara rasmi menjadi penaung kepada kumpulan penentang dalam Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dalam usaha mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Perkara itu diumumkan GKCM dalam satu kenyataan sejurus pertemuan dengan Dr Mahathir semalam.
"GKCM melakar satu lagi sejarah dalam gerakan mereka apabila Tun Mahathir mengisytiharkan secara rasmi untuk menjadi penaung kepada GKCM dan bekerjasama dalam program-program yang dianjurkan gabungan ini.
"Tun menyatakan pendiriannya ini ketika pertemuannya dengan 21 orang Jawatankuasa GKCM pusat yang diadakan di pejabatnya di Yayasan Al Bukhari di Kuala Lumpur," kata GKCM dalam satu kenyataan hari.
Dengan kerjasama ini, Dr Mahathir juga akan bersama-sama menyertai program kumpulan itu dan menyusun strategi dalam usaha menyelamatkan parti utama kaum Melayu itu.
Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir juga melahirkan rasa bangga dengan keberanian yang ditunjukkan GKCM dan kemajuan dicapai kumpulan iti walaupun baharu sahaja ditubuhkan.
"Tun melahirkan rasa bangganya terhadap kemajuan yang dicapai GKCM dalam masa yang amat singkat.
"Kehadiran GKCM berjaya mengimbangi golongan yang banyak merosakkan parti," katanya.
Selain itu, Dr Mahathir juga menyifatkan GKCM sebagai pengimbang pada ketika Umno sedang bergolak dan dapat membantu untuk menguatkan parti itu.
Pergerakan GKCM bermula November tahun lepas dalam usaha memaksa Najib melepaskan jawatan susulan skandal kewangan dan beberapa keputusan kontroversi menyaksikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal tersingkir daripada Kabinet kerana lantang mengkritik pentadbirannya. – 13 Februari, 2016
Sunday, 14 February 2016
TUN MAHATHIR DI BELAKANG OPERASI DEMOKRASI (GKCM) PECAHKAN UMNO
Bolehkah pucuk pimpinan UMNO memandang sepi terhadap kebangkitan Gerakan
Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang akan mengumpul kekuatan semua
cawangan UMNO yang menolak kepimpinan Najib untuk menjalankan operasi
demokrasi berstratiji bagi menggulingakan Najib.
Ahli- ahli cawangan atau akar umbi UMNO pastinya akan mudah menyertai
cawangan Malaysia yang tidak lagi memerlukan pengesahan keahlian mereka
kerana mereka sudah pun menjadi ahli yang sah.
Tentunya bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir bersetuju untuk menjadi
penaung kepada gerakan ini setelah membuat perhetongan yang semasaknya
akan keberkesanannya dan juga implikasi dari segi Perlembagaan UMNO.
Ini boleh dianggap sebagai suatu gerakan teratur dalam UMNO untuk
menyingkirkan Datuk Seri Najib menerusi hak demokrasi ahli UMNO seperti
hak demokrasi yang dimiliki oleh Presiden UMNO untuk menggunakan
parti untuk menumpaskan Tan Sri Muhyiddin,Mukhriz Mahathir dan beberapa
orang lagi pemimpin UMNO yang menentangnya.
Gerakan ini akan melahirkan parti dalam parti menerusi demokrasi dan
akan dapat menggerakan langkah yang berkesan dalam menyatukan semua
cawangan yang menjadi api dalam sekam UMNO sekarang.
Berbanding dengan penubuhan Semangat 46 yang dijuarai oleh Tengku
Razaleigh yang gagal untuk gulingkan Tun Mahathir kerana datang dari
kepimpinan tertinggi tetapi GERAKAN ini datang dari akar umbi UMNO yang
tidak percaya pada Najib dan ketika keraguan rakyat pada kredibiliti
Najib terus membara di seluruh negara.
Najib berjaya mengawal kesetiaan bahagian-bahagian UMNO tetapi
cawangan-cawangan UMNO hanya menanam tebu di tepi bibir terhadap ketua
bahagian.Saya bercakap dengan banyak ahli UMNO cawangan.Mereka
berpegang kepada ajaran Allahyarham Nik Aziz Tok Guru Pas" beri wang
ambil" tapi sokongan dalam pilihanraya umum kelak hak masing-masing.
Cawangan -cawangan UMNO ini sedang menunggu untuk menyertai suatu
gerakan yang benar-benar meyakinkan mereka untuk menamatkan
pemerintahan Najib dan dengan Tun Mahathir mengambil tanggungjawab di
belakang gerakan ini maka tentunya akan sedikit sebanyak meyakinkan
mereka.
Keadaan akan lebih mengancam jika gerakan ini disertai oleh Tengku
Razaleigh, Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz Mahatir dan lain-lain pemimpin
UMNO yang masih bepengaruh dalam UMNO yang telah disingkirkan oleh
Najib
Perpecahan besar pastinya akan berlaku dalam UMNO jika Datuk Seri Najib
gagal untuk mencegah gerakan ini dengan pantas yang akan merebak menjadi
suatu kebangkitan dalaman dalam UMNO.
Bagaimanapun Tun Mahahtir meanggap ini sebagai suatu gerakan penyatuan
semula yang akan membantu parti yang hilang kepercayaaan ahli dan
masyarakat umum terhadap UMNO yang dilanda masalah kepimpinan yang
meruncing. Mahathir percaya hanya dengan pengunduran Najib akan
memulihkan UMNO.
Kepada Tun Mahathitr inilah peluang terakhir baginya untuk menyelamatkan
UMNO dan beliau tidak akan menyokong gerakan ini jika tidak nampak
chahaya dihujung terowong.
No comments:
Post a Comment