Akhbar The Wall
Street Journal (WSJ) menafikan dakwaan Peguam Negara Tan Sri Mohamad
Apandi Ali bahawa wang yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan ‘derma’ daripada
keluarga diraja Arab Saudi.
Editor
kewangannya, Ken Brown berkata demikian ketika ditemu bual oleh
rangkaian televisyen ABC News Australia pada 12 Februari lalu.
"Laporan kami
telah berbulan-bulan menunjukkan bahawa wang itu bukannya dari Arab
Saudi, tetapi melalui sekumpulan syarikat dan akaun-akaun bank yang
berkaitan dengan 1MDB.
"Dan awak juga
tahu, sehingga kini, laporan kami belum dipersoalkan lagi dan kami
mempunyai banyak bukti untuk menyokongnya," katanya kepada wartawan ABC,
Beverley O'Connor
Brown yang juga
adalah Ketua Biro Hong Kong WSJ, mengulangi pendirian akhbar itu bahawa
wang yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib memang berasal
daripada 1MDB.
Mengulas
cadangan Apandi baru-baru ini untuk meningkatkan hukuman ke atas mereka
yang membocorkan rahsia negara, Brown percaya tindakan itu adalah
berkaitan dengan cubaan oleh kerajaan Malaysia untuk menutup segala
skandal itu.
"Ini tidak
mengejutkan dan ia dibuat selepas cubaan oleh kerajaan untuk mengatakan
wang yang dimasukkan ke akaun bank perdana menteri adalah dari Arab
Saudi.
“Hakikatnya, tiada siapa yang mempercayainya, mereka dibidas teruk kerana berbuat demikian.
Jadi sekarang mereka tampil dan berkata semua orang tidak boleh bercakap mengenainya," katanya.
Shahbudin Husin: Najib MESTI Berani SAMAN BERGANDA WSJ
Shahbudin
Husin menyatakan Najib sudah tiada pilihan melainkan menyaman The Wall
Street Journal bagi membuktikan kebenaran yang wang RM1.6 bilion
benar-benar wang derma dan bukannya dari 1MDB.
"Sempena
40 tahun penceburannya dalam politik yang bakal diraikan Sabtu ini,
Najib hakikatnya tiada pilihan lain selain melakukan saman berganda
terhadap WSJ bagi mempertahankan dirinya." tulis beliau di blog
shahbudindotcom.blogsot.com.
Beliau
juga mempersoalkan bagaimana Najib dan Apandi mampu menepis dakwaan WSJ
yang menegaskan mereka mempunyai banyak bukti sokongan.
"Apa
agaknya yang sedang berputar ligat dalam kotak fikiran Najib Razak
sekarang bila membaca kenyataan terbaru pengarang The Wall Street
Journal ini?"
"Tidur lenakah Apandi Ali malam tadi?"
"Apa
lagi yang mahu mereka lontarkan apabila pengarang kewangan WSJ, Ken
Brown secara terbuka memberitahu dunia bahawa pihaknya menolak andaian
wang RM2,600 juta yang diterima Najib merupakan derma daripada keluarga
Diraja Arab Saudi, sebaliknya dengan yakin menyatakan ia datangnya
daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB." tulis beliau.
"Laporan
kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan datang daripada
keluarga Arab Saudi, tetapi daripada syarikat dan akaun bank yang
mempunyai hubungan dengan 1MDB.
"Dan
seperti anda sedia maklum, laporan kami tidak pernah dipertikaikan lagi
dan kami ada banyak bukti sokongan," tegas Ken dalam wawancara dengan
ABC News Australia.
Shahbudin turut sangsi dengan pendirian Najib dan Apandi dalam mempertahankan wang RM2.6 bilion itu derma Pak Arab.
"Beranikah mereka terus mempertahankan wang itu tetap derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi?"
"Bersediakah
Najib dan Apandi menghadapinya jika WSJ dalam laporannya selepas ini
mendedah satu demi satu bukti-bukti sokongan yang mereka miliki?"
"Pilihan
kini di tangan Najib. Berterus terang dan berlaku jujur dengan
mengiyakan wang itu memang daripada 1MDB barangkali bukanlah pilihan
yang kita harapkan akan dilakukan oleh Najib." ujar beliau.
Najib
sepatutnya berani mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.
Tambahan pula dakwaan terbaru WSJ bahawa wang itu bukan derma tetapi
datang dari 1MDB amat serius dan bercanggah dengan penjelasan Apandi
sebelum ini.
"Hasrat
mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ berkaitan pendedahan
wang RM2,600 juta yang dulunya diheboh-heboh tapi sehingga ini masih
belum menjadi kenyataan mesti disekalikan dengan saman terhadap dakwaan
terbarunya yang mengatakan wang itu datangnya daripada 1MDB."
"Jika
tidak berani mengambil tindakan saman terhadap WSJ, adalah memalukan
bagi 30 juta rakyat Malaysia, lebih 5 juta pendatang asing sedia ada dan
1.5 juta pekerja Bangladesh yang bakal tiba, untuk terus mempunyai
Perdana Menteri yang mempunyai gelaran paling panjang dalam dunia
sebagaimana yang selalu disebut oleh Tokoh Wartawan Negara, A Kadir
Jasin iaitu "Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone
Mohd Najib bin Abdul Razak". kata Shahbudin.
No comments:
Post a Comment