Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, October 19, 2013

KALIMAH ALLAH: KESAN PENDIRIAN PR...APA BEZA MASJID DAN GEREJA JIKA ALLAH ITU SAMA

Inilah kesan apabila kita memberi ruang kepada orang politik seperti Anwar Ibrahim dan sekutunya bercakap soal agama Islam maka tidak heranlah mereka bertindak bijak seolah-olah mereka tahu serta sesuka hati bercakap tanpa memikirkan kesannya.
Lebih menakutkan apabila orang yang sudah terpesong akidah politiknya turut menyokong dan bertindak mempengaruhi mereka yang mulai keliru akhirnya fatwa pemimpin mereka yang diguna pakai sedangkan jelas dan terang mereka sedang memerangi Islam.
Klik - Facebooker yang terang cuba menghasut!
PR tegas dengan pendirian mereka bahawa bukan islam boleh menggunakan Kalimah Allah walaupun pada 14 oktober lalu,Mahkamah Rayuan menetapkan Gereja Katolik tidak dibenarkan menggunakan Kalimah Allah dalam apa jua urusan keagamaan mereka.
Mungkin barangkali PR terlalu terdesak hingga cuba meraih sokongan bukan Islam demi sokongan dan undi.
ADC ingin meninggalkan persoalan... apa beza masjid dan gereja andai seseorang itu muslim dan seorang lagi non muslim mempunyai tuhan yang sama iaitu Allah..?
Jom dengar apa kata Ustaz Kazim bercakap soal kalimah Allah...mohon yang menonton ini timbulkan segera kesedaran dan keinsafan dalam diri.




A086 
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
(Az-Zukhruf 43:86) |
 
A087 
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
(Az-Zukhruf 43:87)
 
A088 
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
(Az-Zukhruf 43:88
 
A089 
 (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! "
(Az-Zukhruf 43:89)

Friday, October 18, 2013

Pemuda PAS Pulau Pinang demo bantah PR benar bukan Islam guna Kalimah Allah..


Sehingga kini tidak diketahui apakah status bekas Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, adakah beliau masih merupakan seorang ahli PAS atau sudah dipecat tidak diketahui.

Ini kerana menurut Zainulfaqar Yaacob, Pemuda Pas Pulau Pinang di bawah Yusni Md Piah serta Afnan Hamimi Taib hingga ke hari ini masih berdalih mengenai status beliau...

Jadi tak salahlah aku gunakan tajuk Pemuda PAS Pulau Pinang demo Pakatan Rakyat benarkan bukan Islam guna kalimah Allah..

Ni laporan dari Faqar..

KALIMAH ALLAH: BEKAS KP PAS PINANG DEMO ANTI PR

Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Hafiz Nordin melancarkan sekali lagi demontrasi anti Pakatan Rakyat di Masjid Simpang Enam, Komtar sejurus selesai solat fardhu Jumaat petang tadi.

Sebelum ini, beliau bersama Datuk Dr Hasan Mohd. Ali (bekas Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Pengasas JATI) melancarkan kempen 'Save Kalimah' Allah, iaitu kempen mesra Umno yang melarang bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.

Difahamkan, demontrasi kali ini sebagai menyokong ketetapan Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar dwi mingguan The Herald mengunakan kalimah Allah.

Dalam perkembangan lain, Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS sebelum ini berpendirian, harus bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagaimana dirujuk pada penunjuk al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Pendirian sama turut dipegang oleh Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP ~ Zainulfaqar Yaacob

Demo diadakan oleh Hafiz Nordin sambil memijak gambar pemimpin Pakatan Rakyat..

KALIMAH ALLAH ANWAR IBRAHIM TETAP PENDIRIAN ORANG BUKAN ISLAM BOLEH MENGGUNAKAN ......



Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menegaskan yang kalimah Allah hanya boleh digunakan jika merujuk kepada Tuhan Yang Esa bukannya Tuhan bersifat Trinity sebagaimana yang dipercayai oleh orang Kristian.

''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.

''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya,"


''Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah.


''Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini,"


Demikian ditegaskan oleh beliau dari Mekah ketika dihubungi oleh Utusan. Walaupun sibuk dengan ibadah Haji, beliau masih mahu mengulas panjang lebar supaya mesejnya jelas.

Aqidah Anwar, Biar Allah yang Tentukan!

Meskipun Pakatan Rakyat (PR) sepakat kalimah Allah boleh digunakan semua pihak termasuk golongan bukan Islam, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (gambar) bagaimanapun menolak perkara itu dan menegaskan perkataan Allah adalah eksklusif untuk Islam sahaja. Agama-agama lain jelasnya tidak berhak menggunakan kalimah Arab itu kerana Allah merujuk kepada Tuhan Yang Satu, bukannya berbilang Tuhan. ''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya," katanya dipetik dari Utusan Malaysia. 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam menegaskan pendirian pembangkang itu konsisten dalam isu kalimah Allah, selagi ia tidak disalahgunakan oleh penganut agama lain. "Pakatan Rakyat (PR) kekal konsisten dengan pendirian kami dahulu. "Cuma sekarang kami menggesa supaya semua pihak bertenang dan menggunakan kebijaksanaan dalam menangani isu ini," kata Anwar dalam sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Pada 8 Januari lalu, PR mencapai pendirian penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan dan menegaskan kalimah berkenaan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat. 
Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Lim dan Anwar. Haron, bagaimanapun dalam kenyataannya, meminta semua pihak bersiap sedia kerana masih terdapat satu lagi mahkamah yang boleh mendengar tuntutan tersebut iaitu Mahkamah Persekutuan. ''Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah. 
''Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini," katanya. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh Isnin lalu memutuskan akhbar mingguan Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka sebagai rujukan kepada Tuhan. – 18 Oktober, 2013. 
 

Thursday, September 26, 2013

Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Ust. Azizan

Yang di-Pertuan Agong ziarahi jenazah Ustaz Azizan

 

POKOK SENA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat menziarahi jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak di Dewan Kompleks PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, jam 4.05 petang tadi.

Tengku Bendahara Kedah turut menziarahi jenazah Allahyarham pada jam 3.50 petang.

Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan para pemimpin PAS di semua peringkat.

Orang ramai turut berpusu-pusu memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah disembahyangkan sebaik selesai solat Asar. -HD


 


AlFatihah..... Ribuan Tunai Solat Ustaz Azizan .

POKOK SENA: Ribuan rakyat  hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.
Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS,  Ustaz Dato' Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.
Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di pekarangan Muassasah Darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.  
Ustaz Azizan  kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di sisi ahli keluarganya dan pemimpin PAS Pusat dan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.
Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.
Allahyarham meninggalkan dua  isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie dengan 14  anak. ~harakahdaily

Sunday, September 22, 2013

TARIKH KEMATIAN CHIN PENG 15 SEPTEMBER BUKAN 16 SEPTEMBER ?!!!

UPDATE ! TARIKH KEMATIAN CHIN PENG BUKAN 16 SEPTEMBER ?!!!

Kematian bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang sebelum ini dilaporkan pada 16 September menimbulkan keraguan berikutan desas-desus mengatakan tarikh kematian itu sebenarnya telah dirancang.



Dipercayai pemimpin PKM itu meninggal dunia di Hospital Bangkok di Thailand pada petang Ahad (15 September).

Bagaimana pun menurut sumber, kematiannya telah dilaporkan pada awal pagi Isnin (16 September) di mana ketika rakyat negara ini menyambut Hari Malaysia pada hari tersebut.

"Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia.

"Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang hidup dalam buangan di Thailand dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bangkok pada awal pagi 16 September lalu akibat sakit tua.

Sepanjang mengepalai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman telah dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya bagaimanapun akan cuba bekerjasama dengan hospital di Bangkok bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diterima mengenai tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu.

Sumber turut memberitahu bahawa Chin Peng sempat menulis wasiat yang dipamerkan di Kuil Wat That Thong yang mengandungi hasratnya untuk diingati sebagai orang yang berani dan mahu generasi muda mengikut jejak langkahnya dalam 'memperjuangkan idealisme".

"Apa yang diwasiatkan oleh Chin Peng itu sangat berbahaya dan boleh mengundang ancaman kepada negara lebih-lebih lagi generasi muda mudah terpengaruh kononnya apa yang diperjuangkan itu adalah benar sedangkan perjuangannya amat kejam dan bertentangan dengan nilai kemanusiaan," kata sumber itu.

Kuil tersebut akan menjadi lokasi persemadian terakhir bagi bekas setiausaha agung PKM itu sebelum upacara pembakaran mayatnya yang dijadualkan pada petang Isnin ini - UM
Di bawah adalah kenyataan Khairul Azwan Harun, calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tentang isu Chin Peng kepala komunis :


Video : Chin Peng komunis

Sila baca artikel ini : Dosa Chin Peng & Perjanjian Haadyai Yang Tidak Diketahui Oleh Rakyat



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...