Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, May 30, 2013

GURU CINA MENGHERDIK PELAJAR DENGAN 'MELAYU BODOH', 'MELAYU BABI', 'MELAYU SIAL' & 'MELAYU PUKIMAK' !


Menangnya Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah telah membuatkan para penyokongnya yang terdiri daripada mata sepet, naik tocang dan berasakan mereka sudah menguasai puncak dunia. Sangka mereka, sebarang perbuatan mereka, tiada sesiapa pun yang dapat menghalang. Bahkan mereka menyangkakan, kemenangan Lim Kit Siang dengan majoriti penguasaan Cina di Gelang Patah yang telah dimajukan oleh Kerajaan Melayu, membuatkan mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.

Hari ini satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang guru bernama POH KIM THYE, pengetua sebuah sekolah Cina di Gelang Patah yang telah menghina pelajar-pelajar Melayu di sekolahnya.

Perkara ini telah berlaku beberapa bulan sebelum PRU13. Laporan telah dibuat kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri. Bagaimanapun, sehingga laporan polis itu dibuat, tiada sebarang tindakan daripada PPD mahupun JPN diambil terhadap guru berkenaan.

Apakah sebenarnya Pejabat Pelajaran Daerah berdiam diri memandangkan kepala di PPD itu merupakan penyokong DAP dan Pakatan Rakyat?

Banyak sikap tutup kes membabitkan PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri berlaku di seluruh Malaysia. Ketakutan yang amat keterlaluan atau barangkali juga, sengaja dibuat begitu agar DAP menjadi penguasa sebenar di Malaysia, dilihat sudah menjadi barah yang keterlaluan dalam sistem pendidikan dan pelajaran di negara ini.

Justeru, tidak menghairankan jikalau guru-guru di semua sekolah di Malaysia, menjadi KEPALA HAMLAU yang melihat politik sebagai kerja sampingan mereka, biarpun pada masa yang sama, mereka merupakan GOLONGAN YANG PALING DIMANJAKAN OLEH KERAJAAN.

Gelagat guru bernama POH KIM THYE itu seharusnya menjadi benchmark kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang sekarang ini kembali menggunakan nama pada zaman Anwar Ibrahim sebagai Menterinya iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Terlalu banyak kes seperti ini dipandang sepi dan cuba ditutup oleh PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri. Dan yang lebih menarik ialah apabila membabitkan kenaikan pangkat, puak-puak yang begitu aktif menentang majikan mereka itulah yang akan dinaikkan pangkat terlebih dahulu!!!

Siapa lagi yang berani menegur atau mengambil tindakan terhadap KEPALA-KEPALA DALAM PPD mahupun JPN apatah lagi dalam KPM yang sewenang-wenangnya menjadi apparatus kepada Pakatan Rakyat tanpa menghiraukan tugasan dan tanggungjawab sebenar mereka?


SUMBER

zip seluar Sakinah terbuka – Lagi lagi Sakinah

Kontroversi video zip seluar Sakinah terbuka – Lagi lagi Sakinah

sakinah lNama Sharifah Sakinah memang tidak perlu diperkenalkan lagi selepas kontroversi video separa lucahnya menjadi hangat di kalangan peminat hiburan tanah air.

Kali ini dia tampil dengan video Keek terbarunya, di mana memperlihatkan zip seluar Sakinah terbuka sambil dia mengomel mengenai tabiat sesetengah manusia yang suka memperbesar-besarkan isu yang dianggap remeh.

Berkemungkinan besar Sakinah merujuk kepada kontroversi video-videonya sebelum ini.

Apa-apa pun mari kita ucapkan selamat hari lahir buat pelakon cantik ini kerana Sakinah genap berusia 24 tahun hari ini.

Sejajar denga pertambahan usianya itu, diharapkan adik kepada dramatis Sharifah Shahirah dan Sharifah Norhaslinda ini tidak lagi memuat naik video yang boleh menjejaskan reputasi dan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai.

Ye, kami tahu awak memang gila-gila tetapi cubalah berpada-pada dalam berkongsi video kepada para peminat kerana tidak semua orang yang menyukai apa yang kita buat dan lakukan.

- Maklumat

 

BOIKOT AIR ASIA : Air Asia hidang ayam katok, tak sembelih!


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyiasat semua kemudahan penyajian makanan oleh syarikat-syarikat pembekal kepada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia terutama di sektor Filipina, Thailand dan Hong Kong.

Sebuah gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Liga Lindungi Perlembagaan (Ligan) dalam satu kenyataan berkata, jabatan agama tersebut perlu mengesahkan status pensijilan halal berhubung kemudahan penyajian makanan dalam sektor penerbangan AirAsia di ketiga-tiga negara tersebut.
"Ligan juga meminta Jakim menyiasat kedudukan pensijilan halal oleh badan yang didakwa tidak diiktiraf.


"Kami meminta AirAsia menyatakan secara terang dan jelas tentang dasar syarikat tersebut berkaitan pensijilan halal di dalam mana-mana aspek operasinya, khusus penyediaan makanan," kata kenyataan berkenaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut meminta Jakim membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut yang dipercayai makanan halal dan tidak halal dihidangkan bersama-sama.
 

NGO itu turut meminta Jakim menyiasat pakej-pakej percutian yang dianjurkan AirAsia yang mereka percaya tidak mengambil kira aspek halal walaupun dijanjikan begitu di dalam promosi tersebut.

Menurut kenyataan itu, selagi AirAsia tidak mengeluarkan jawapan rasmi, Ligan menggesa semua pengguna Islam memboikot makanan yang dijual AirAsia di dalam mana-mana penerbangannya.

"Kami juga mengajak dan menasihatkan orang ramai untuk mencemuh AirAsia dalam kalangan kenalan dan masyarakat sehingga syarikat berkenaan memohon maaf berikutan sikap biadab mereka terhadap semua pengguna terutama yang pernah melalui pengalaman pahit dengan syarikat penerbangan itu," tegasnya.


Buy Chinese Last, Buy From Others Boycott Air Asia Hidup Melayu! Allahu Akbar! Pribumi maju!

XAVIER KEMARUK NAK JADI EXCO , ANWAR HALAU WAKIL DR. XAVIER SEMASA MESYUARAT

WAKIL DR. XAVIER DIHALAU KELUAR DALAM MESYUARAT OLEH ANWAR
Akibat kecewa Dr Xavier Jeyakumar digugurkan daripada menjadi exco Kerajaan Negeri Selangor, para penyokongnya menyerbu ke rumah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
 
Difahamkan mereka juga telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Anwar, memujuk agar ADUN Seri Andalas itu diberi peluang satu penggal lagi menjadi exco. 
“Namun mesyuarat itu tidak berhasil kerana PKR telah pun mengenal pasti barisan exco baru untuk penggal kedua di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” .
Mesyuarat tertutup itu agak panas apabila salah satu daripada penyokong-penyokong itu telah diarahkan untuk meninggalkan mesyuarat oleh Anwar.
ANWAR AKHIRNYA TUNDUK DAN TAKUT KEPADA SULTAN
Enam individu terlibat dalam mesyuarat bersama Anwar itu, diketuai oleh ahli majlis Selayang, George Gunaraj dan pengerusi bersama Suaram, K Arumugam.
Difahamkan, dalam penjelasan Anwar, beliau mendakwa nama Xavier digugurkan oleh pihak istana dan bukannya parti. 
Dalam perkembangan berkaitan, pegawai khas Anwar khas, R Suresh Kumar mengkritik Xavier dan penyokong-penyokongnya yang berkumpul di hadapan rumah Ketua Umum PKR.
“Ia adalah sangat tidak profesional dan tidak sihat bagi seorang pemimpin kanan seperti Xavier. Apa-apa isu berkaitan parti perlu dibincangkan di pejabat bukan di rumah pemimpin, ” katanya.
Suresh juga mengakui bahawa beliau akan membuat aduan rasmi kepada parti berhubung kejadian itu.
“Saya akan bertemu dengan jawatankuasa disiplin parti dengan minggu ini untuk membuat laporan terhadap Xavier dan penyokong-penyokongnya yang berkumpul di hadapan rumah Anwar,” katanya.
Enam Melayu dan empat bukan Melayu berasaskan formula 6:4 telah diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjadi exco kerajaan negeri.
Antara enam Exco Melayu, empat daripadanya PAS dan dua PKR, manakala bagi bukan Melayu tiga daripada DAP dan seorang PKR. Enam Exco Melayu itu adalah Dr Daroyah Alwi (PKR/Sementa), Rodziah Ismail (PKR/Batu Tiga), Sallehen Mukhyi (Pas/Sabak), Iskandar Samad (Pas/Chempaka), Dr Halimah Ali (Pas/Selat Kelang) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas/Sijangkang).
Manakala empat Exco bukan Melayu adalah Datuk Teng Chang Khim (DAP/Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (DAP/Seri Kembangan), V Ganabatirau (DAP/ Kota Alam Shah) dan Elizabeth Wong Keat Ping (PKR/Bukit Lanjan).
Daripada komposisi jantina pula, enam lelaki dan empat wanita membarisi exco kerajaan pimpinan Abdul Khalid.
Semalam melaporkan dua exco penggal lepas, wakil PKR digugurkan.
Mereka adalah ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari dan ADUN Seri Andalas Xavier Jayakumar yang digugurkan kerana dipercayai berkaitan dengan prestasi buruk terutamanya membabitkan isu pasir dan air.
“Ini peluang bagi Khalid melepaskan dirinya daripada tuduhan tidak cekap mentadbir Selangor. Isu pasir umpamanya, hasil kerajaan negeri tidak mencapai sasaran manakala kes kecurian terus menjadi-jadi.
“Isu air pula menjadi duri dalam daging. Bagi Khalid, Xavier sebagai exco yang bertanggungjawab gagal menangani masalah air dengan baik,” kata sumber Antarapos.
Turut digugurkan Haniza Mohamed Talha (ADUN PKR Taman Medan) sebagai Timbalan Speaker kerana dilihat rapat dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Tiga exco baru PKR yang kesemuanya wanita membayangkan Abdul Khalid mahu meminimakan pengaruh Timbalan Presiden PKR yang juga Ketua PKR Selangor, Azmin Ali.
ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad diramalkan bakal dilantik Timbalan Speaker dan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang oleh ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh. Nik Nazmi dan Dr Daroyah disebut-sebut sebagai orang yang rapat dengan Azmin.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, calon tewas di Parlimen Kulim Bandar Baharu dilaporkan bakal berjumpa Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat berkaitan status jawatannya.
Sumber rapat Pejabat Menteri Besar Selangor menyatakan akan ada satu rombakan bakal dilakukan terhadap pentadbiran kerajaan negeri ini.
Ia bagi memberi laluan kepada Saifuddin untuk dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab menjaga hubungan politik parti komponen Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.
Perkara sama turut disebut oleh Anwar baru-baru ini bahawa Saifuddin akan dilantik sebagai ‘political liaison’ atau pegawai perhubungan politik dalam kerajaan negeri Selangor.
Difahamkan Saifuddin dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan hal ehwal politik dalaman negeri sekaligus membantu Abdul Khalid.
 

DEB .... Orang Melayu Berjihad Kuasai Ekonomi Malaysia ! BOIKOT BARANGAN CINA DAP


SAYA secara peribadi tidak mengenali Dr. Rais Saniman. Beliau dikenali sebagai seorang tokoh tersohor dalam bidang ekonomi pembangunan.

Malam kelmarin saya sempat bersama beliau. Sempat berjabat tangan dengan beliau dan bersembang pendek di satu majlis ilmu di ibu negara.

Dalam usia pertengahan 70-an fikiran beliau masih tajam, kritikal dan rasional. Jiwanya cukup kental.

Dr. Rais bukan calang-calang orang. Beliau adalah salah seorang anak Melayu yang bertanggungjawab mengadun dan membentuk satu polisi -- yang gagal difahami dan dijelaskan sehingga kini -- dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB atau NEP dalam bahasa Inggeris).

Ia adalah satu dasar yang disifatkan oleh bangsa Cina Malaysia sebagai telah atau sampai bila-bila akan mendiskriminasikan orang bukan Melayu, terutamanya mereka, di negara ini.

Orang Cina terutamanya, menganggap bahawa polisi itu, yang dilaksanakan pada 1970 akibat peristiwa 13 Mei 1969, telah meletakkan mereka sebagai warganegara kelas kedua atau lebih teruk kelas ketiga.

Tapi benarkah? Benarkah orang Cina selama ini didiskriminasikan oleh kerajaan Melayu Malaysia melalui dasar itu?

Benarkah orang Cina seperti nasib orang kulit putih di Zimbabwe yang ditindas oleh Mugabe atau orang kulit hitam di Afrika Selatan dipinggirkan dalam kemunduran dan kehampaan semasa zaman Apartied dahulu?

Apakah orang Cina Malaysia kebuluran akibat DEB? Adakah mereka ketinggalan dalam bidang pendidikan akibat dasar itu? Apakah mereka dinafikan hak untuk mendirikan sekolah ibunda sendiri? Apakah semua perniagaan dikuasai oleh orang Melayu akibat dasar itu?

Adakah mereka dinafikan bertutur bahasa ibunda mereka sebagaimana di Indonesia atau Thailand atau juga di Amerika Syarikat? Atau nama mereka dipaksa tukar mengikut nama Melayu seperti di Indonesia atau Thailand?

Apakah gedung-gedung perniagaan di ibu negara yang hebat Kuala Lumpur dimiliki oleh Ali, Abu dan Awang? Adakah Ali, Abu dan Awang memiliki Pavilion, Sunway Pyramid atau di One Utama? Atau mereka dinafikan hak membeli kereta-kereta mewah?

Atau mereka dinafikan tinggal di kawasan-kawasan mewah di Mont Kiara atau Bukit Damansara?

Atau apa? Adakah orang Melayu menguasai senarai 10 teratas bilionair negara ini yang memiliki IPP pengeluar tenaga elektrik, memiliki kilang-kilang gula atau gedung-gedung perjudian terbesar?

Menurut buku tulisan tiga ekonomis yang sama-sama merangka DEB itu: Just Faaland, Jack Parkinson dan anak Melayu, Dr. Rais Saniman bertajuk: Growth and Ethnic Inequality (Pertumbuhan dan Ketidaksamaan Etnik): Realitinya, ialah:

“Sebagaimana bukti-bukti (evidence) menunjukkan, ia sebenarnya adalah terbalik."

“Di bawah regim DEB, populasi bukan pribumi (non-indigenous) bergerak ke hadapan secara ekonomi lebih jauh berbanding apa yang berlaku ke atas Bumiputera."

“Melalui Tawaran Sosial 1957 (Social Bargain of 1957), taraf kewarganegaraan dianugerahkan semalaman hanya menerusi secalitan mata pena (by a stroke of a pen) kepada sejuta orang bukan-warganegara," menurut buku itu yang diterbit di UK oleh C. Hurst & Co (Publishers) Ltd 1990 dan terbitan kedua oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2003.

Buku ini wajib dibaca sekiranya orang Melayu mahu melihat realiti sebenar kedudukan mereka hasil dasar itu. Buku ini wajib dibeli mulai sekarang.

Buku itu juga wajib dimentelaah dan difahami sekiranya orang Melayu percayakan kepada Jihad Ekonomi yang perlu dibangkitkan ekoran Tsunami Cina pada PRU-13 baru-baru ini.

Sebagaimana yang saya jelaskan dalam Cuit bertajuk: Ayuh berjihadlah orang Melayu, kuasai ekonomi! dan disusuli oleh siri kedua minggu lepas, telah tiba masanya orang Melayu menguasai ekonomi setelah ketinggalan begitu jauh dengan bangsa-bangsa lain kita, khususnya Cina.

Orang Cina, sebagaimana yang saya jelaskan amat arif bahawa setelah mereka menguasai sepenuhnya ekonomi, kini masanya telah tiba untuk mereka menguasai satu peringkat lagi iaitu kuasa politik.

Ironi sungguh kerana dalam masa mereka menyalahkan DEB, merekalah yang mendapat laba yang cukup hebat daripada dasar itu.

Laba yang kita dapat pula ialah pelajar-pelajar miskin kita mendapat sedikit hak keistimewaan dihantar belajar ke luar negara melalui biasiswa kerajaan dan Mara. Di zaman dahulu, kumpulan ini yang pulang ke tanah air akhirnya akan bertugas dalam sektor kerajaan.

Laba yang kita dapat ialah wujudnya UiTM yang kini menjadi kilang melahirkan beribu-ribu pelajar -- yang malangnya pasaran kerja di luar sana dikuasai (sebahagian besarnya) oleh orang Cina.

Satu kajian impirikal (berbentuk saintifik) yang dilakukan ke atas nasib anak Melayu yang bijak hasil DEB itu, mendapati mereka gagal mendapat gaji yang sama dengan seorang lagi calon bukan Melayu di sebuah firma milik kaum bukan Melayu itu, walaupun budak itu kurang bijak daripada anak Melayu itu.

Satu simulasi telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik profesional Melayu dengan menghantar resume budak-budak Melayu bijak dengan budak-budak bukan Melayu yang setaraf, tetapi hasilnya mendukacitakan budak Melayu.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, yang mungkin penyelidik merasakan wujud sedikit kekhilafan, maka simulasi kedua dilakukan dan hasilkan; tetap sama.

Budak-budak Melayu yang bijak ini dinafikan hak mereka untuk mendapatkan gaji yang sama -- 30 peratus lebih rendah daripada calon Cina itu.

Mengapa? Jawapannya adalah mudah, ia adalah kerana toko-toko, gedung-gedung dan firma-firma baik kecil atau besar bukan dikuasai oleh bangsa anak-anak Melayu itu.

Sungguh malang kekayaan mereka hasil daripada DEB, telah menghukum bangsa lain yang memperkenalkannya.

Saya enggan menulis panjang lebar, tapi bacalah buku itu. Saya mohon supaya buku itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Pembaca juga boleh membaca kertas kerja Dr. Rais yang ditulis sempena 50 tahun Merdeka bertajuk: Peranan DEB membina negara Malaysia bersatu dalam kepelbagaian. (THE ROLE OF THE NEW ECONOMIC POLICY (NEP) IN BUILDING A UNITED MALAYSIAN NATION IN DIVERSITY)

Kertas kerja itu boleh diikuti menerusi: http://bigdogdotcom.wordpress.com/ 2008/08/10/the-role-of-the-new-

economic-policy-nep-in-building-a-

united-malaysian-nation-in-diversity/

Dalam kertas itu, Dr. Rais merakamkan terima kasih kepada mentor dan gurunya, Just Faaland (Tan Sri), pengasas Michelsen Institute di Bergen, Norway yang membenarkan beliau menggunakan sebahagian bahan daripada kertas kerjanya berkaitan DEB.

Faaland bersama-sama Dr. Rais adalah orang yang bertanggungjawab merangka DEB.

Kertas kerja Faaland itu dibentangkan di satu simposium antarabangsa anjuran Bank Pusat Namibia pada September 2007.

Negara-negara Afrika, kebanyakan menghadapi masalah yang sama seperti Malaysia, amat berminat mempelajari pengalaman Malaysia melaksanakan DEB. Iaitu untuk menghasilkan pertumbuhan ekonomi secara maksimum yang dalam masa yang sama menyeimbangkan kedudukan ekonomi pelbagai ethnik.

Tan Sri Faaland, bekas Penasihat Ekonomi kepada Almarhum Tun Abdul Razak, semasa pertelingkahan kaum 1969, merangka DEB yang menjadi tulang belakang sistem ekonomi negara sejak 1970.

Dr. Rais kini ialah Penasihat Kanan di Michelsen Institute di Norway. Institut ini ialah sebuah pertubuhan hak asasi manusia dan hak-hak sosio-ekonomi.

Sila baca dan belilah buku itu. Kuasa politik kini sudah gagal menguasai kebangkitan kuasa ekonomi. Tanpa kuasa ekonomi, orang Melayu akan hilang.

Ayuh berjihadlah orang Melayu, kuasai ekonomi! - Utusan Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...