Monday, April 15, 2013
DATUK MUSTAPHA ALI SUA PAS AKAN DISAMAN OLEH UMNO DALAM TEMPOH 24 JAM.. MUKA FITNAH PATUT KENA SAMAN

KUALA LUMPUR, 15 April – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diberi tempoh 24 jam bermula hari ini untuk membuat permohonan maaf atas tuduhan mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah yang didakwa menyerupai dirinya.
Menurut Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun, beliau telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mustafa yang telah mengaitkan nama UMNO terhadap penyebaran video lucah yang tersebar luas sejak 11 April lalu.
“Ini kerana segala tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburuk dan merosakkan reputasi dan imej UMNO terutamanya menjelang PIlihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei akan datang.
“Tindakan undang-undang diambil melalui Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Setiausaha Agung Pas berkaitan kenyataannya yang telah diterbitkan oleh hampir ke semua surat khabar utama di Malaysia selain di laman-laman sesawang termasuklah yang dilaporkan dan diterbitkan di portal Malaysiakini bertarikh 13 April yang bertajuk ‘Mustafa letak jawatan SUA Pas’.
“Di dalam artikel tersebut tertulis bahawa beliau mengeluarkan kenyataan berbunyi ‘Ini adalah kebiasaan UMNO, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaru fitnah UMNO,” ujar Hafarizam.
Tidak cukup dengan itu, Mustafa turut membuat kenyataan umum semasa memberi ceramah di markas PAS Kampung Molek, Dungun, Terengganu dan ianya telah disiarkan oleh akhbar HarakahDaily di bm.harakahdaily.net di dalam Artikel bertajuk ‘Mustafa ceramah di Dungun, dakwa UMNO terdesak’ yang bertarikh 13 April 201.
BENARKAH KERJA JAHAT UMNO.. APA LU ORANG FITNAH CIKGU PAH ... UPE-UPENYA
DIA TENGAH TIBAR ROTI CANAI LAH ..... LU ORANG RASA ADA MACAM ROTI
CANAIKA?? BODOH-BODOH BELAKA PUAK SPIN PR NI KAN ..
Kahkahkahakah.. sian puak cacai dah takdak kerja nak buat.. dari gambaq
elok2 Cikgu Pa pakai spender, tup tup pi edit Cikgu Pa tengah tibar roti
spender.. Adehhhh lawak betui la puak nDi dalam artikel terbut tertulis ‘beliau mendakwa UMNO sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air’ dan ‘bagi Mustafa, UMNO bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media itu’.
Oleh yang demikian, UMNO telah memberi tempoh 24 jam kepada Mustafa Ali untuk memohon maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik penerbiatan kenyataan berunsuf fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya.
Mustafa juga harus berhenti daripada memberi atau membenarkan apa-apa kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu ini atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang serupa dengannya serta menyediakan satu akujanji bertulis bahawa tidak akan menerbitkan dan membenarkan kenyataan berunsur fitnah terbut atau kenyataannya yang serupa dengannya dikeluarkan serta membayar gantirugi bagi kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung.
Sekiranya Mustafa gagal untuk berbuat demikian maka prosiding mahkamah akan diteruskan tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuk menfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa berunsur fitnah yang telah membawa maksud :
(i) UMNO yang merancang insiden berkaitan dengan video lucah tersebut;
(ii) UMNO kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah tersebut;
(iii) UMNO dengan sengaja kononnya mahu menyebarkan fitnah dengan menyebarkan video lucah tersebut;
(iv) UMNO kononnya memang bertanggungjawab membuat video lucah tersebut;
(v) UMNO merupakan dalang di sebalik pembikinan video lucah tersebut;
(vi) UMNO adalah dicurigai ketelusannya sehingga sanggup mengunakan taktik kotor untuk menjatuhkan mana-mana individu. - MediaUMNO
Label:
Tolak Fitnah
PAS HARUS MENERIMA MUSIBAH KERANA MENGHINA RASULULLAH S.A.W DENGAN HATI TERBUKA DAN BERTAUBAT
Rasulullah
SAW adalah kekasih Allah SWT. Baginda bukan hanya seorang MAMAT di
kampung-kampung. Baginda telah dimuliakan semenjak di Luh Mahfuz lagi.
Api Majusi yang menyala selama
beratus-ratus tahun terpadam di saat kelahiran Baginda. Tentera Abrahah
ditewaskan oleh burung Ababil yang membawa batu neraka. Muhammad Bin
Abdullah adalah Rasul Ulul Azmi.
Bukan menjadi satu perkara yang
sia-sia jika kita meraikan hari Maulud Baginda. Allah SWT telah
mengarahkan Jibrail untuk mensucikan hati Baginda ketika masih
kanak-kanak lagi. Baginda pernah membelah bulan kepada dua, dan
mencantumkannya kembali. Itulah antara mukjizat kurniaan Allah SWT
kepada Baginda selain mukjizat agung iaitu Al-Quran-ul-Qareem. Apakah
PAS mahu menanti BULAN mereka pula dibelah oleh Allah SWT untuk mereka
sedar kesalahan sendiri?!!
Jika PAS berani menggunakan nama
Baginda untuk menyelamatkan rakan sepakatan yang tersepit kerana skandal
seks, pastinya Allah SWT akan memelihara Baginda daripada sifat keji
manusia dan musuh-musuh Islam. Jadi, tolong jangan samakan Baginda
dengan manusia keji yang dahagakan kuasa dan kedudukan dan tercemar
dalam 1001 skandal seks! Bermuhasabahlah kenapa Allah SWT membuka
aib-aib pemimpin kamu!
Kami menuntut agar PAS bertaubat
nasuha. Tinggalkanlah sifat JUMUD dan assobiyah yang begitu menebal
dalam diri mereka. Berani kerana benar, takut kerana salah. Tinggalkan
perjuangan kamu yang sia-sia. Ini baru sedikit. Apakah mereka mahu
menyaksikan BALA yang lebih hebat daripada Allah SWT untuk terbuka hati
ke arah pintu TAUBAT?!! Bertaqwalah kepada ALLAH SWT wahai PAS!!!
DETIK-DETIK SEBELUM VIDEO DATUK M DISEBARKAN
![]() |
| PANAS BARAN ADALAH SIFAT IBLIS |
Apapun fikiran anda, perkara sudah terjadi, orang negeri sembilan kata "tak dapek nak menulung".
Isu yang anda kena fikirkaan ialah KENAPA edaran paling rancak di kawasan Dewan Undangan Negeri N02 Kota Putera, Besut?
Rupa-rupanya ada masalah Perebutan Kerusi! Seperti yang diketahui, Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Besut adalah DUN Tradisi PKR sejak 1999 hingga 2008.
Tetapi Mustapha Ali dengan Angkuhnya, dengan Egonya, dengan Sombongnya, dengan Sikap Panas Barannya..telah menukar dan memberikan kepada PAS dalam PRU13 ini dengan calonnya dikatakan Ustaz Adam (itu pun Ustaz Adam ini memiliki 2 Isteri).
Akibat rasa tidak puas hati, geng-geng PKR di bawah pimpinan Dr. Sazali memainkan peranan membalas dendam kepada Mustapha Ali. Ianya juga luka lama berdarah kembali bilamana bos mereka Datuk Kamarudin Jaafar dipecat sebagai Setiausaha Agung PAS.
Walau apa pun yang sudah berlaku dan menjadi hidangan halwa anda semua, Haji Hadi Awang telah pun mengeluarkan satu Fatwa berbunyi, "Islam Membenarkan Dedah Aib Pemimpin"..kamu sudah lupakah?
Label:
Parasit PAS
AHLI PAS SANJUNG PENZINA TAPI BANGSA EROPAH KUTUK PENZINA SEBAGAI PEMIMPIN
Bila Penzina Jadi Pemimpin [Video]
Video
penjelasan bila zina jadi perkara biasa sehinggakan ada yang sanggup
mengankat seorang penzina menjadi pemimpin mereka! Sehinggakan ada yang
menggunakan dalil "seorang penzina itu selepas dia berzina, beliau masih islam" jika pemikiran manusia seperti ini agaknya bagaimana seorang penzina untuk dijadikan contoh untuk generasi masa depan?!
Tapi , ahli PAS dan ahli PKR sanjung sangat pemimpin diragui maruah dan moral diri.
PEMIMPIN RAKUS SEKS PR BERKUASA..!!?
Misal kata Pakatan PR diberi mandat berkuasa akan datang, maka rakyat sendiri seperti mengizinkan kelakuan buruk mereka lebih berleluasa dan menjadi-jadi akan datang.
Walaupun sekarang pelbagai pembongkaran dibuat untuk membuka mata rakyat yang masih tidak mengenali perangai dan sikap buruk pemimpin pujaan mereka, akan tetapi mereka2 ini seakan tidak sedar diri lagi mengatakan tidak dengan sewenang-wenangnya.
Jangan dibiarkan pemimpin-pemimpin rakus dengan perangai sebegini dibiarkan berleluasa...!!!
Kelak akan memakan diri sendiri, dari mempercayai kata-kata dusta untuk menutup kelakuan sumbang haram mereka menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang, anak orang, sejenis dan banyak lagi.
Jika benarlah satu hari nanti pemimpin-pemimpin rakus seks ini berkuasa, misal kata terdapat video mereka2 ini didapati melakukan seks dengan bini anda ataupun anak2 anda, mahupun keluarga anda yang terlibat...bagaimana..??
Mahukah perkara sebegini terjadi pada keluarga anda semua..???
Tepuk dada, tanyalah selera anda sendiri apa sebenar yang anda semua mahukan..!!!
Label:
skandal pr
NURUL IZZAH SEEKOR HANTU RUPENYA DI LEMBAH PANTAI.. "PERANGAI BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT"
Memalukan!!!
Itu ayat yang patut kita hamburkan kepada Si Nurul Izzah ni. Pandai
sangat dia nak tuduh orang lain sebagai pengundi Hantu. Rupanya dia pun
hantu jugak.
Sekarang
pendedahan telah pun dibuat. Dia rupanya mendaftar sebagai pengundi
hantu disebuah alamat yang tak de orang duduk. Dia sendiri pun tak duduk
rumah tu.
Persoalannya,
rumah siapakah yang dia jadikan alamat untuk daftar sebagai pengundi?
Kenapa dia pilih rumah tu dan apa kaitan tuan rumah tu dengan dia?
Kalau
sebelum ni, ramai dah orang cerita pasal Pejabat dia penuh dengan hantu
sebab tak de orang. Jadi sekarang, dia kena jelaskan pulak, pasal apa
dia mendaftar dialamat yang dia sendiri tak duduk. Kalau setakat pandai
bercakap je, baik tak payah!!!
KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai pengundi hantu paling besar kerana mendaftar mengundi di kawasan bukan tempat tinggalnya.
Kata beliau, pada tahun lepas, Nurul Izzah mendaftar sebagai pengundi di Parlimen itu melalui alamat sebuah rumah di Bangsar walaupun tidak pernah tinggal di situ.
"Dia daftar sebagai pengundi Lembah Pantai menggunakan alamat sebuah rumah di Bangsar. Dia tidak tinggal di situ, bapanya juga tidak tinggal di situ, alamat ini mungkin alamat kenalan atau saudaranya sahaja," katanya selepas menghadiri majlis sepetang bersama penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau dan Persatuan Anak-Anak Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pantai Dalam di sini semalam.
Tambah Nong Chik, beliau tidak pernah membawa kes Nurul Izzah ke mahkamah untuk dibatalkan daftar pemilih berkenaan sebaliknya menganggap tindakan itu adalah hak individu.
"Namun, sikapnya yang cuba mendapatkan perintah mahkamah membatalkan lebih 4,000 pengundi meragukan dalam Rang Daftar Pemilih di kawasan Lembah Pantai adalah satu tindakan yang cuba menafikan hak bekas setinggan di sini untuk mengundi," jelasnya.
Awal bulan lalu, Nurul Izzah gagal mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan lebih 4,000 nama pengundi meragukan di Parlimen itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Nong Chik berkata, 4,000 nama itu merupakan pengundi bekas setinggan yang telah berpindah ke beberapa PPR sekitar Lembah Pantai.
"Memang alamat ini agak meragukan, mungkin disebabkan mereka tidak bertukar alamat lagi, tidak tukar MyKad lagi dan sebagainya," jelasnya.
Katanya, kesemua mereka merupakan golongan berpendapatan rendah yang telah berpindah dari setinggan Bukit Putra Indah ke PPR Kerinci dan Pantai Ria.
"Nama pemilih yang Nurul Izzah cuba nafikan hak mengundi bukan pengundi baharu tetapi penduduk yang telah lama mendaftar sejak tahun 1999 dan sudah banyak kali mengundi," jelasnya.
Beliau menambah, jika Nurul Izzah mempunyai perasaan terhadap penduduk di Lembah Pantai, dia tidak akan membawa perkara itu ke mahkamah dan cuba mencari publisiti serta mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak tertentu menipu.
"Jika dia (Nurul Izzah) cakap orang tidak tinggal dan bermastautin di sini (Lembah Pantai) tidak boleh mengundi, dia pun sama tidak boleh mengundi di sini," katanya.
kerana nurul izzah, seramai 210 keluar umno, melompat rianglah semua pencacai!!!
hehe.. sebelum pencacai gembira tak terhingga, harap boleh tarik nafas panjang-panjang dulu ye.. sebab, cerita sebenarnya bukan orang keluar umno.. tetapi keluar pkr di lembah pantai....
Nurul Izzah Anwar mendapat tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13) apabila seramai 210 ahli PKR Lembah Pantai
mengisytiharkan keluar parti hari ini.
Lebih pedih, tindakan itu diketuai oleh pencadang Nurul Izzah semasa
penamaan calon pilihan raya umum 2008 Norleha Ghani dan Ketua Wanita PKR
Cawangan Taman Bukit Angkasa, Rossimah Abu Bakar. Norleha yang mendakwa
berjuang bersama PKR sezaman dengan bekas pengasas parti itu Ng Lum
Yong berkata, keputusan meninggalkan parti tersebut dibuat kerana sudah
tidak yakin dengan perjuangan parti itu dan kecewa dengan sikap anak
Ketua Pembangkang itu.
"Beliau (Nurul Izzah) tidak tahu bagaimana kami meninggalkan suami
dan anak-anak di rumah semata-mata untuk membantunya semasa berkempen
(2008).
Kami bekerja kuat, malah menganggapnya seperti anak kami sendiri.
"Kami bukannya menagih jawatan, tetapi kesal kerana selepas beliau
menang, kami dilupakan.
Janji-janji yang dibuat kepada pengundi-pengundi tidak ditunaikan,''
katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
mengisytiharkan keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) di
kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini.
Dalam pada itu, Norleha dengan nada sebak memohon maaf kepada Tun Dr.
Mahathir Mohamad kerana pernah menggelar bekas Perdana Menteri itu
sebagai Firaun.
"Saya sebenarnya terikut-ikut dengan ahli-ahli PKR lain selepas kami
ditiupkan api kebencian terhadap Dr. Mahathir yang memenjarakan Anwar
pada 1999," ujarnya. Beliau berkata, penyokong-penyokong pakatan
pembangkang khususnya PKR perlu mengambil langkah sama untuk keluar
parti dan mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
"Hanya BN yang boleh membela nasib rakyat. Kita harus memberi peluang
kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus membawa kemajuan dan
kemakmuran kepada negara," katanya.
Sebelum ini Nurul Izzah diumum akan mempertahankan kerusi Parlimen
Lembah Pantai pada PRU-13. Untuk rekod, pada pilihan raya lalu Nurul
Izzah menewaskan calon BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan calon
Bebas,
ps: macam biasa ayat yang di keluarkan oleh pencacai tegar... orang umno yang masuk umno sebenarnya... hehe...
sumber daripada headbomb
di
10:08:00 PG
Subscribe to:
Posts (Atom)







