Hudud - Jawapan Lengkap Nasrudin
Dibawah adalah Kenyataan/ Jawapan Balas dari Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan yang dicopy sepenuhnya dari harakah.
|
Nasrudin Hassan,
|
31 Jul 2012
|
1. Apabila gendang hudud dipalu sekuatnya, maka ia antara tanda - tanda
pilihanraya umum semakin hampir. UMNO terpaksa sekali lagi menggunakan
peluru karatnya iaitu hudud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Saya
akui hudud bukan agenda Pakatan Rakyat tetapi hudud adalah sebahagian
daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh PAS di sepanjang zaman
insyaallah.
2. Pakatan Rakyat telah beberapa kali bincang perkara
ini dan simpul ringkasnya ialah kami "setuju untuk tidak bersetuju"
atau dalam dalam bahasa lebih mudah ialah : DAP tidak menerima hudud dan
PAS tidak boleh paksa mereka untuk menerimanya sebagaimana mereka tidak
boleh menghalang hasrat PAS mahu mendaulatkan syariat Islam itu.
3.
Kedudukan ini jauh lebih baik daripada UMNO dan BN. Bukan sahaja parti
kompenan mereka yang biadab terhadap Islam, malah UMNO sendiri bersetuju
untuk tidak melaksanakan syariat Islam di Malaysia termasuk undang -
undang jenayah syariat. Malah UMNO menikus dihadapan MCA apabila
Presiden MCA 'menengking' Adun UMNO Kemelah sebagai pemimpin yang
hilang aqal tatkala Adun itu mencadangkan perlaksanaan hudud di negeri
Johor sedang rata - rata pimpinan PAS memberikan sokongan terbuka kepada
Adun Kemelah.
4. Tidak hairan jika perlaksanaan hudud belum
mendapat kata sepakat dari kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat yang
hanya baru dibentuk pada tahun 2008, kerana ia sekali lagi jauh lebih
baik daripada UMNO dalam BN yang gagal melaksanakan syariat Islam ini
sejak lebih 50 tahun memegang mandat rakyat sebagai pemerintah meskipun
mereka sering mendabik dada kononnya mereka adalah parti dominan dalam
BN.
5. Sewaktu debat Sinar Harian baru - baru ini, saya telah
qoute kenyataan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau
Pinang yang berlangsung pada tahun 2010 yang lalu, bahawa kenyataannya
"langkah mayat saya dulu" untuk menubuhkan Islamic State sebagai ucapan
yang disebut 20 tahun yang lalu [ 1990 ] pula ia dipetik di luar
konteks. Malah Karpal Singh sendiri menyebut perkara ini boleh
dibincangkan.
6. Lantaran itu, Pakatan Rakyat melalui mesyuarat
tertingginya telahpun membincangkan perkara ini. Sebahagian dari
keputusannya sebagaimana yang saya catat pada point ke 2 di atas.
Selebihnya menjadi dakwah berterusan PAS untuk memahamkan masyarakat
terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga Karpal Singh diberikan
hidayah oleh Allah swt. sebagaimana doa saya buat yang lain juga.
7.
Hudud adalah undang - undang jenayah syariah yang telah diwahyukan oleh
Allah swt. Satu realiti yang tidak boleh siapa nafikan bahawa ia adalah
satu kewajipan yang mesti dilunaskan oleh sebuah pemerintahan Islam.
Sementara pemerintahan Islam itu pula adalah terbentuk dari mandat [
baiah ] rakyat khasnya rakyat yang beragama Islam. Tanpa mandat
tersebut, pemerintahan Islam tidak dapat dibina dengan kukuh dan baik.
8.
Hudud adalah sebahagian dari Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak
awal penubuhannya. Ertinya perjuangan PAS bukan berpaksikan hudud semata
- mata, sebaliknya paksi perjuangan PAS ialah Islam dan hudud itu
adalah sebahagian daripadanya. Seunjuran dengan itu, ditegaskan bahawa
PAS konsisten memperjuangkan Islam.
9. Jika PAS menang
bersendirian melalui mandat majoriti rakyat yang diterjemah melalui peti
undi [ melalui proses demokrasi ] maka PAS pastinya akan melaksanakan
malah selesa untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek termasuk
undang - undang jenayah Syariah sebagai alternatif kepada kegagalan
sistem dan undang - undang ciptaan manusia menangani gejala mungkar dan
jenayah.
10. Namun secara realitinya, iklim politik dan latar
belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk PAS
menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara bersendirian. Ini satu
realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang mustahil.
11.
Namun bagi memastikan hasrat perlaksanaan syariat Islam di Malaysia
menjadi satu kenyataan mudah, ia memerlukan semua pengundi dari kalangan
ummat Islam termasuk ahli UMNO dan atas pagar mengundi PAS. Maksudnya,
UMNO perlu menyerahkan semua kerusinya kepada PAS atau paling tidak
bersama menyertai PAS, dengan itu jumlah kerusi PAS atau muslim akan
melonjak maksimum ke 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Islam
yang bersedia mendaulatkan syariat Islam yang adil saksama dan telus. [
bebas korupsi dan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara ]
12. Penegasan ini saya buat kerana untuk PAS menyertai UMNO bagi melaksanakan syariat Allah swt sukar menjadi kenyataan.
Pertama : PAS pernah dikhianati oleh UMNO sewaktu PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama UMNO.
Kedua
: UMNO pernah menang banyak dan menjadi kuasa besar sejak sekian lama
termasuk kemenangan mereka pada tahun 2004 tetapi mereka tidak pernah
berhasrat untuk mendaulatkan syariat Allah swt sebaliknya memperkayakan
kerajaan pimpinan mereka dengan rasuah , penyalahgunaan kuasa dan
penyelewangan dana rakyat dan negara.
Ketiga : Sehingga saat ini,
hanya PAS yang konsisten sebagai salah satu parti besar dalam negara
yang berhasrat mahu melaksana dan mendaulatkan syariat Islam. Cuma
keterbatasan kuasa dan mandat rakyat meletakkan PAS masih belum memiliki
keupayaan sebenar bagi membangunkan negara bersama syariat Allah swt.
[nota ini memerlukan ahli UMNO menyokong PAS untuk melaksanakan Islam
jika mereka juga mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita]
12.
UMNO pula konsisten membelasah PAS dan menolak dasar Islam yang
diperjuangkan oleh PAS. Disamping itu UMNO terus dengan legasi mereka,
bergelumang dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta menyeleweng dalam
mengurus dana rakyat dan negara. Lalu PAS mengadakan kerjasama politik
[Tahaaluf Siasi] dengan parti - parti pembangkang yang lain iaitu DAP
dan PKR lalu membentuk Pakatan Rakyat untuk mendepani UMNO dan BN.
13.
Kerjasama ini adalah kerjasama politik bukan kerjasama agama dan
ideologi perjuangan. Terdapat beberapa persamaan dalam tindakan politik
antara parti - parti yang berbeza ideologi ini, antaranya seperti
menentang ISA, AUKU, rasuah, pembaziran dalam projek mega negara,
ketirisan dalam perbelanjaan dana awam, keadilan dalam sistem pengurusan
dan kendalian pilihanraya dan banyak lagi.
14. Apabila kerjasama
politik [tahaluf siasi] ini berjaya dan hampir menumbangkan kerajaan
UMNO dan BN dalam tsunami politik 2008, barulah UMNO kenal rabu dan
khamis, lalu mereka pantas mendendangkan lagu perpaduan pada setiap hari
jumaat, sabtu, ahad, isnin dan selasa. UMNO desprate lalu mencari PAS
untuk bersatu padu. Kita tidak menolak mentah tetapi kita meletakkan
syarat Islam sebagai tali pengikat untuk bersatu padu, justeru Islam
mengajar kita sedemikian. UMNO tidak bersedia dengan syarat itu, maka
PAS mohon jalan dulu . Tinggallah UMNO dengan lagu lamanya.
15.
ما لا يدركه كله ، لا تتركه كله Tidak boleh laksanakan semua [kandungan
Islam] maka jangan tinggalkan semua [ ertinya, laksanakanlah apa yang
termampu daripada Islam itu ]. Bertolak dari kaedah ini, PAS kemukakan
pendekatan baru melalui projek "Negara Berkebajikan" yang merupakan
subtance kepada ajaran Islam itu sendiri. Sebuah projek yang dikemuka
kepada rakyat ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas rasuah,
penyalahgunaan kuasa politik, penyelewengan ekonomi dan menepati
piawaian " Good Governence" . Inilah yang menjadi keutamaan PAS masa
kini.
Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Filed Under
(
berita pisau
)
by pisau
on 31.7.12

Apabila Karpal berdehem,ia bagaikan guruh dilangit maka larilah sang khawarji berselerakan mendapatkan perlindungan.
Inilah yang dikatakan kuasa berdehem atau batuk keramat Karpal Singh,Ia bisa menjatuhkan kopiah dan serban para khawarij..
Siapa berani bangkang?
KUALA
LUMPUR - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan Pas
sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan
buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun
lepas.
Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi
Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum
menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi
negara kebajikan.
"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan
pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah
negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata
Karpal dalam satu kenyataan di sini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.
Karpal
berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun
lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah
fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara
Islam adalah langkah yang betul.
Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.
"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.
Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.
"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - BERNAMA
Pisau kata
" cuba check harakah atau mana mana media haprak pakatan..sekor khawarij pun tak berani keluar kenyataan bantah Karpal"
Read more:
http://www.pisau.net/2012/07/karpal-singh-beri-amaran-pada-pas-isu.html#ixzz22GR3lkmJ