Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, September 7, 2019

Kes 1MDB: 10 perkara didedah bekas pegawai khas Najib

Kes 1MDB: 10 perkara didedah bekas pegawai khas Najib:

Amhari, 43, yang berkhidmat untuk Najib selama 10 tahun tampil sebagai saksi penting pendakwaan.



Hariz Mohd  | 
Diterbitkan
 |  Dikemaskini
 
KES 1MDB | Lima hari pertama
perbicaraan kes rasuah 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak setakat
ini telah menyaksikan bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin
tampil sebagai saksi penting pendakwaan.




Amhari, 43, yang
berkhidmat untuk Najib selama 10 tahun, memberi butiran mengenai
kerja-kerja pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan urusan mereka
dengan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB Low Taek Jho, atau
lebih dikenali sebagai Jho Low.




Amhari memulakan kerjayanya di
Bank Negara Malaysia selepas tamat pengajian pada 1999, sebelum
dipindahkan ke Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sebagai pegawai khas
Effendi Norwawi, yang merupakan menteri yang bertanggungjawab memantau
EPU di bawah PMO pada tahun 2006.




Dua tahun kemudian,
Amhari kembali ke BNM sebagai pengurus Pusat Kewangan Islam Antarabangsa
Malaysia dan sempat berkhidmat selama dua bulan ketika ditawarkan untuk
menjadi pegawai khas Najib.
 
Amhari
kemudian ditugaskan untuk menguruskan media sosial dan komunikasi dalam
talian untuk Najib, yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri.
Tugas lain termasuk mempromosikan jenama 1Malaysia.




Amhari
diletakkan di bawah pengawasan Azlin. Apabila Najib menjadi perdana
menteri keenam pada April 2009, Azlin menjadi pengarah Bahagian Ekonomi
PMO, dan Amhari telah ditugaskan menjadi pegawai khas kepada PM yang
turut berada di jabatan yang sama.


Amhari Efendi Nazaruddin.
Selepas
kematian Azlin dalam nahas helikopter pada tahun 2015, Amhari kemudian
diberikan tugas Azlin, termasuk urusan yang sangat sulit bagi mewakili
pihak perdana menteri.




Pada 2016, Amhari dipindahkan dari Bank
Negara ke Khazanah Nasional Bhd, dan menerima gaji bulanan sebanyak
RM55,000. DIa memperoleh RM25,000 sebulan ketika berada di bawah BNM.




Menurut
keterangannya di mahkamah, sejak pemindahannya ke Khazanah Nasional,
Amhari memperoleh RM75,000 sebulan, termasuk RM20,000 lagi sebagai
pengarah Orb Solutions Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada tahun 2010 untuk
membantu mempromosi Najib dalam talian.




Antara perkara penting dari keterangannya adalah seperti berikut: 



1) Pegawai Najib mengadakan pertemuan rahsia dengan Jho Low



Amhari
memberi keterangan mendakwa bahawa dian dan pegawai atasannya di PMO,
Allahyarham Azlin Alias, telah bertemu Jho Low secara rahsia berhubung
1MDB tetapi hanya menyedari ia merupakan satu skandal apabila nama
syarikat tersebut mula timbul dalam berita.




Menurutnya, ini kerana
kerja-kerja mereka dibahagikan secara berasingan, dan hanya Najib dan
Jho Low "mempunyai gambaran keseluruhan mengenai apa yang dirancang".




Amhari
memberi keterangan bahawa pertemuan dengan Jho Low dilakukan pada waktu
malam di Prince Hotel di Kuala Lumpur di mana projek dan keputusan
utama dibincangkan.




2) Amhari mendakwa Jho Low berada dalam lingkungan keluarga Najib



Amhari
pertama kali berjumpa dengan Jho Low pada tahun 2007 ketika menjadi
pegawai khas kepada Mohd Effendi Norwawi, kemudian Menteri yang
bertanggungjawab memantau EPU.




Menurutnya, sejak pertama kali
bertemu dengan Jho Low, ahli perniagaan itu banyak bercakap tentang
keluarga Najib seolah-olah dia berada di dalam keluarga keluarga
timbalan perdana menteri itu.


Jho Low juga kemudian memberitahu
Amhari bahawa dia rapat dengan Najib, dan Jho Low mengenali ahli
parlimen Pekan itu melalui anak Najib, Riza Aziz memandangkan Jho Low
sudah mengenali Riza sejak zaman remaja mereka.




"Banyak kali Jho
bercakap tentang kekerapan pertemuannya dengan keluarga Najib dan
kadang-kadang dia tahu lebih banyak mengenai rancangan yang telah dibuat
oleh keluarga Najib walhal saya sendiri, sebagai pegawai khasnya, tidak
tahu mengenainya," kata Amhari.




Amhari juga mendakwa bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor sering menerima panggilan daripada Jho Low.



3) Jho Low tahu lebih banyak maklumat daripada pegawai Najib sendiri



Menurut Amhari, Najib sering berjumpa dengan Jho Low untuk membincangkan pelbagai perkara termasuk hal-hal sulit.



Amhari
yang menggambarkan Jho Low sebagai 'penasihat penting' kepada Najib
berkata ahli perniagaan yang kini dalam buruan itu telah mengenali Najib
sebelum Amhari menjadi pegawai khasnya.


Amhari turut menggambarkan Jho Low 'sangat rapat’ dengan Najib dan isterinya, Rosmah.



Menurutnya,
terdapat juga situasi ketika arahan khusus yang melibatkan perkara
sulit diberikan kepadanya atau Azlin oleh Jho Low.




Jho Low
Dia
percaya bahawa Najib telah meluluskan arahan ini kerana ketika mereka
mengesahkan perkara tersebut dengan Najib, Najib mengetahuinya dan
mengarahkan Amhari dan Azlin untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh
Jho Low.




Amhari juga memberi keterangan bahawa dia percaya yang
Jho Low adalah “pakar manipulasi”, yang dapat memperoleh perkara yang
diinginkan.




"Sepanjang pengalaman saya berurusan dengan Jho Low,
saya mendapati dia pandai dan manipulatif ketika berurusan dengan
pegawai dari pelbagai peringkat dan pangkat, dari Malaysia atau luar
negara, yang kebanyakannya diketahui Najib," katanya.




4) Jho Low menggunakan pembantu Najib untuk membuka akaun bank



Pada
2012, Amhari dan Azlin membuka akaun bank di luar negara atas arahan
Jho Low, dan Jho Low mendakwa ia sebagai akaun ‘standby’ dan ‘just in
case’ yang akan dikendalikan olehnya.




Walaupun kedua-dua mereka
menyatakan kebimbangan, Amhari berkata mereka terpaksa mengikut perintah
Jho Low kerana mereka takut sesuatu yang buruk akan berlaku kepada
mereka atau kerjaya mereka jika mereka memilih untuk melawannya.




Amhari
kemudian mendapat tahu pada tahun 2016 bahawa akaunnya dengan BSI
Switzerland mempunyai lebih dari AS$800,000 ketika dia menerima
panggilan daripada bank. Bagaimanapun, akaun itu terpaksa ditutup atas
arahan BSI dan dia terpaksa membuka akaun lain di Bangkok.




Dia mendakwa kedua-dua akaun itu berada di bawah kawalan Low dan tidak tahu apa yang berlaku kepada wang itu.



5) Jho Low mengarahkan pembantu Najib untuk hapuskan dokumen, tetapi Amhari tidak melupuskan kesemuanya



Amhari
di mahkmah juga mendakwa bahawa Jho Low sentiasa mengingatkan dia dan
Azlin untuk menghapuskan dokumen yang mereka miliki selepas setiap
mesyuarat.




Selain dokumen, pegawai-pegawai juga dimaklumkan untuk
memadamkan setiap e-mel dan mesej Blackberry Messenger yang Jho Low
telah hantar kepada mereka.




Menurut Amhari, ketika menghapuskan dokumen dari perbincangan mereka, ada beberapa yang dia terlepas pandang.



Amhari
bagaimanapun percaya bahawa Azlin mungkin telah menghapuskan semua
dokumen dalam simpanannya kerana menurutnya Azlin merupakan seseorang
yang pandai menyimpan rahsia. 




6) Jho Low bertemu dengan Agong terdahulu mengenai 1MDB



Amhari
pertama kali menyertai mesyuarat berhubung rancangan untuk menubuhkan
Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), (nama sebelum ditukarkan kepada
1MDB), atas perintah Jho Low, yang mendakwa bahawa dia mendapat
kelulusan Najib untuk meyakinkan Amhari.




Sekitar akhir 2008,
pertemuan itu diadakan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur, dan
dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.




Menurut
Amhari, Jho Low telah membangkitkan rancangan untuk menubuhkan TIA
kepada Agong ketika itu, tetapi Tuanku Mizan tidak memberikan sebarang
keputusan.




Amhari berkata dia mula mengetahui tentang rancangan
untuk menubuhkan TIA menerusi kutipan dana apabila Jho Low menjelaskan
kepadanya tentang idea menggunakan papan putih di dapur rumah Jho Low di
Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.




Jho Low juga memaklumkan kepadanya
bahawa rancangan TIA mengambil model dana kekayaan Mubadala di Abu
Dhabi, dan TIA adalah projek Najib.




Amhari juga memberi keterangan
bahawa Jho Low terlibat dalam perancangan kerjasama 1MDB dengan IPIC
dan Aabar. Bagaimanapun, Amhari berkata dia tidak mempunyai banyak
maklumat kerana kebanyakan perbincangan telah dikendalikan oleh Azlin.




7) Jho Low arahkan naratif mengenai kawalan kerosakan 1MDB



Selepas
skandal 1MDB mendapat tumpuan, PMO terutamanya Azlin yang merupakan
ketua setiausaha sulit Najib perlu mendapatkan penyelesaian untuk
melindungi imej Najib sebagai perdana menteri.




Amhari berkata, Jho
Low telah memainkan peranan dalam usaha menangani kesan skandal 1MDB,
dengan  beliau telah menyediakan kandungan ucapan dan pelan tindakan
untuk PMO.




Ahli perniagaan tersebut juga telah memberikan
soalan-soalan lazim (FAQ) kepada PMO untuk digunakan apabila menjawab
soalan 1MDB.




Menurut keterangan Amhari, pada satu tahap, Jho Low
juga menyediakan dokumen yang menyangkal dirinya sendiri mempunyai
sebarang peranan dalam 1MDB.




Amhari berkata apabila pihak berkuasa
Malaysia menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat isu 1MDB, Jho Low
menyerahkan dokumen kepadanya dan Azlin untuk membuktikan, antara lain,
tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Petrosaudi.




8) Pelan rasionalisasi 1MDB datang dari Jho Low



Antara
lewat tahun 2014 dan awal 2015, Amhari menerima dokumen yang disediakan
oleh Jho Low, yang memperinci rancangannya untuk menyelesaikan hutang
1MDB.




Menurut saksi, dokumen yang bertajuk '1MDB Rationalisation
Plan Overview: Accompanying Notes' menerangkan pelan rasionalisasi untuk
1MDB.




"Dokumen ini adalah rancangan Jho Low untuk menyelesaikan
hutang 1MDB. Nota ini adalah untuk menjelaskan pelan rasionalisasi untuk
1MDB. Pelan ini merupakan isu hangat ketika itu. 




"Oleh kerana
isu 1MDB tersebut tidak begitu baik, rancangannya adalah untuk menjual
semua aset dan liabiliti 1MDB, dan untuk menutup 1MDB.


"Jho Low mahu menjual semua aset dan liabiliti 1MDB untuk menampung masalah hutang yang dihadapi oleh 1MDB."



9) Najib mengarahkan Amhari untuk berunding penyelesaian IPIC



Apabila
Abu Dhabi berhasrat membawa Malaysia ke mahkamah antarabangsa berikutan
hutang 1MDB kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC)
pada tahun 2016, Najib kemudian mengarahkan Amhari untuk mengadakan misi
rundingan.




Dia diminta berunding dengan ketua pegawai eksekutif Mubadala, Khaldoon Mubarak di Abu Dhabi.



"Najib
menjelaskan jika Abu Dhabi mengheret Malaysia ke mahkamah antarabangsa
kerana gagal membayar hutang bon yang dijamin oleh IPIC, ia akan
menjejaskan hubungan dua hala antara negara, dan juuga mencetuskan
risiko politik dalam pilihan raya umum akan datang.




"Pada masa itu, isu 1MDB masih menjadi topik hangat di seluruh dunia," katanya.

Menurut
Amhari, satu siri rundingan kemudiannya dijalankan, termasuk antara
1MDB dan IPIC dan peguam kedua-dua syarikat tersebut, sebelum perjanjian
penyelesaian akhirnya ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada
pertengahan 2017.




10) Tiga rundingan dengan China bertujuan untuk menyelamatkan 1MDB



Sekitar
masa yang sama ketika rundingan dengan Abu Dhabi sedang berjalan untuk
mencapai penyelesaian hutang 1MDB, Amhari juga telah dihantar untuk misi
lain ke China - bagi membincangkan projek-projek yang akan
menyelamatkan 1MDB.


Amhari berkata dia diarahkan oleh Najib untuk terlibat dalam perbincangan pelaburan China-Malaysia bagi menyelamatkan 1MDB.



"Seperti
yang ditunjukkan oleh (ahli perniagaan itu) Low Taek Jho menerusi
kandungan ucapan dan pelan tindakan kepada saya, perjanjian dan usaha
(antara Malaysia dan China) bertujuan untuk menjadi pelaburan yang akan
membantu membayar hutang 1MDB (bailout) seperti hutang kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC).




"Saya
juga boleh mengesahkan bahawa lawatan saya ke China (pada tahun 2016)
hanya diketahui oleh Jho Low dan Najib," kata Amhari.




Projek-projek
yang Amhari maksudkan adalah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),
Saluran Paip Pelbagai Bentuk (MPP) dan Saluran Gas Paip Trans Sabah
(TSGP).




Merujuk kepada dokumen yang bertajuk 'Action Point:
China-Malaysia Economic Programme' yang dihantar melalui e-mel kepada
Amhari oleh Jho Low, Amhari berkata e-mel itu bertujuan untuk memastikan
Najib memberi Terence Geh, rakan sekutu Jho Low, peranan penyelaras
untuk 1MDB dan program penyelesaian hutang SRC yang dikaitkan dengan
rundingan pelaburan Malaysia-China.




Saksi itu berkata dokumen menyatakan cadangan projek yang boleh menyelamatkan 1MDB.



"Dokumen tersebut memiliki nota pada maklumat (talking points) untuk mengemas kini status projek itu dan juga susulan kerja kepada tiga projek iaitu TSGP, MPP dan ECRL," kata Amhari.

Pada
Nov 2016, Najib mengunjungi China untuk membuat beberapa perjanjian
dengan negara tersebut dan syarikat-syarikat di negara itu. 




Menurut Amhari, perjanjian tersebut merupakan: 



1.
Perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan di
antara China Communications Construction Company (CCCC) dengan ECRL Sdn
Bhd, dan CPP dengan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER)




2. Perjanjian pembiayaan penuh antara China Exim dan ECRL dan antara China Exim dan SSER.



3. Perjanjian penuh Bon Renminbi antara China dan ECRL, dan antara SSER dan pihak China.





1mdb
   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...