Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, September 2, 2018

Saya hanya jalankan tugas - bekas bos agensi perisik


 

Peguam: Hasanah kata dia hanya ikut perintah kerajaan

Koh Jun Lin  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini



Peguam kepada bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia
(MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid berkata anak guamnya ketika prosiding
reman telah merayu bahawa dia hanya menjalankan tugas berdasarkan
perintah kerajaan.


Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, peguam Shaharudin
Ali berkata Mahkamah Majistret Putrajaya memberikan lanjutan reman
selama sehari, berbanding tujuh hari seperti yang dimohon Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"Hasanah membuat kenyataan kepada mahkamah pagi ini. Secara ringkas
dia antara lain menyatakan hanya menjalankan tugas sebagai ketua
pengarah MEIO di bawah perintah dan arahan kerajaan Malaysia," katanya.


Beliau berkata Hasanah dijangka dibebaskan daripada tahanan SPRM pada pukul lima petang esok.


SPRM menahan Hasanah pada 28 Ogos dan dikenakan reman selama lima hari keesokannya.


Penahanan itu berkaitan dakwaan penyelewengan dana jutaan ringgit oleh pegawai risikan kerajaan. Selain Hasanah, tujuh lagi bekas pegawai MEIO turut ditahan.


Shaharudin (gambar) berkata Hasanah telah memberitahu
mahkamah bahawa dia tidak dapat tidur semalam kerana menantikan
pembebasannya pagi ini, dan terkejut apabila mendapati SPRM memohon
remannya dilanjutkan.


Beliau berkata SPRM memberikan sembilan sebab untuk lanjutan itu,
termasuk untuk mengesan beberapa jam tangan dan RM14 juta yang masih
tidak ditemui.


SPRM juga dikatakan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mahu
mengambil keterangan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin
Hussein dan dua kerabat diraja Arab Saudi berhubung kes itu, selain
memanggil tiga pegawai MEIO di Abu Dhabi.


Bagaiamanapun, beliau berkata Hasanah memberitahu mahkamah bahawa
Hishammuddin dan kerabat Arab Saudi itu tidak terlibat dalam kes itu.


Katanya lagi, suruhanjaya itu juga mahu reman dilanjutkan kerana
ingin menggeledah rumah Hasanah dan menyemak pergerakannya ke luar
negara.


Namun kata Shaharudin, beliau membalas hujah itu dengan berkata
tempoh reman lima hari sudah memadai dan anak guamnya tidak harus
terbeban jika proses siasatan bergerak perlahan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...