Peguam Hasanah: SPRM akan siasat Hisham, dua putera Arab Saudi
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat dua putera diraja
Arab Saudi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein
berhubung dakwaan penyelewengan dana jutaan ringgit melibatkan pegawai risikan kerajaan.
Peguam yang mewakili bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar
Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid itu berkata, perkara berkenaan
dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya semasa prosiding tahanan reman
hari ini.
"Nama Datuk Seri Hishammuddin disebut sebagai orang yang mungkin juga
disiasat oleh SPRM berkaitan dengan isu Datuk Hasanah dan tujuh pegawai
MEI0 yang lain. Jadi mereka mengatakan bahawa mereka akan menemuduga
Datuk Hishammuddin tak lama lagi.
"SPRM juga mengatakan mereka juga ingin mengesan dua orang putera raja Saudi Arab. I have no idea how these people are involved (Saya tidak tahu bagaimana orang ini terbabit). Saya difahamkan perkara-perkara yang disebut oleh SPRM ini hendak dilakukan dalam tempoh tujuh hari – tempoh yang mereka pohon.
"Datuk Hasanah juga menafikan Datuk Hishammuddin dan dua (putera)
Arab Saudi terlibat dengan apa cara pun dalam kes ini," kata Shaharudin
kepada wartawan selepas prosiding reman hari ini.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi SPRM bagi mengesahkan perkara itu.
Beliau menambah Mahkamah Majistret Putrajaya hanya membenarkan
lanjutan tahanan reman selama sehari, berbanding tujuh hari yang dipohon
SPRM.
Hasanah dijangka akan dibebaskan pada pukul 5 petang esok.
Baca: Hasanah kata dia hanya ikut perintah kerajaan
Wanita itu ditahan oleh SPRM pada 28 Ogos lalu sebelum mahkamah
memerintahkan tanahan reman selama lima hari pada hari berikutnya.
Ini berikutan dakwaan penyalahgunaan dana oleh pegawai risikan
kerajaan yang membawa kepada penahanan Hasanah dan tujuh bekas pegawai
MEIO yang lain.
Ketika membantah lanjutan tahanan reman berkenaan, Shaharudin berkata
beliau memberitahu mahkamah bahawa siasatan sedang berjalan dan anak
guamnya tidak sepatutnya dibebankan dengan lanjutan reman.
Di samping itu, beliau memberitahu mahkamah bahawa reman selama lima hari yang diberikan lebih awal sudah memadai.
No comments:
Post a Comment