Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, February 2, 2018

TERKINI:TUN MAHATHIR (TUN M)-POLICY TALK


 

ERKINI,TERBARU 2018:TUN MAHATHIR (TUN M)-POLICY TALK PAKATAN HARAPAN #04:CABARAN GOLONGAN WANITA

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Dr Dr
Mahathir Mohamad hari ini mendakwa golongan wanita kurang diwakili dalam
pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.




Dalam sesi dialog polisi mingguan yang disiarkan secara langsung di
laman Facebook rasmi beliau, mantan perdana menteri itu menjawab soalan
netizen berkenaan ketiadaan 'tokoh utama' ahli politik wanita seperti
Tan Sri Rafidah Aziz dalam kabinet sekarang.




"Ya, benar, sekarang terdapat menteri wanita tapi bukan dalam peranan
penting. Mereka ditugaskan memegang portfolio kecil dan bukan ekonomi,
perdagangan.




"Terdapat kekurangan keyakinan terhadap kemampuan wanita sedangkan
fakta menunjukkan golongan wanita adalah majoriti graduan universiti
saban tahun. Jadi mustahil mereka tidak boleh mengendalikan peranan yang
lebih rumit. Jika HARAPAN menang, kami akan mengutamakan peranan
wanita," kata Dr Mahathir lagi.






 
 Seorang lagi pengulas dialog itu bertanya sama ada HARAPAN boleh
menjanjikan yang sama atau lebih baik lagi daripada tawaran Barisan
Nasional (BN) untuk memperuntukkan 30 peratus kerusi senator kepada
golongan wanita jika diberikan mandat.




Mahathir berkata tawaran 30 peratus itu mungkin akan kekal sebagai
'salah satu daripada banyak' janji BN yang tidak dapat ditunaikan.




"Di Langkawi, Najib menjanjikan peruntukan RM5 bilion dalam tempoh
lima tahun, tetapi sehingga ke hari ini tiada satu sen pun yang diberi.




"Wanita sangat berkemampuan sekarang ini dan kami (HARAPAN) bukan
sahaja mempertimbangkan (untuk selaras dengan kuota BN) tetapi akan
memperuntukkan lebih daripada 30 peratus. Apabila HARAPAN memerintah,
akan ramai wanita mendapat peranan dalam pembuatan keputusan. Inilah
HARAPAN, kami peduli dengan perjuangan golongan wanita, terutamanya
untuk mereka yang berkelayakan," kata beliau.






 
 Sebelum itu, Mahathir menggalakkan golongan wanita, terutamanya suri
rumah untuk menambah pendapatan dengan membuat perniagaan di internet.




Menurut beliau, golongan wanita lebih sedar bebanan akibat kenaikan
kos sara hidup jadi mereka boleh menyumbang untuk pendapatan keluarga.




"Saya kenal seorang wanita yang boleh membuat roti dan kek dengan
baik. Dia menjual kek di kedai tetapi perniagaan tidak berapa baik.




"Kemudian dia mula menjual kek dari dalam talian dan malahan,
sekarang perniagaan beliau menerima pelanggan dari luar negara.
Peniagaan di internet tidak memerlukan kedai dan kemudahan cuma
kemahiran sahaja," katanya lagi.




Mahathir mendakwa kerajaan menggambarkan ekonomi tempatan seolah-olah
berada dalam keadaan baik, misalnya dengan memetik KDNK dan eksport.
 Namun, kata Mahathir ia tidak memberi kesan langsung terhadap kehidupan
rakyat.




"Jika negara diuruskan dengan baik, jika eksport benar-benar
meningkat, maka peluang pekerjaan patut bertambah dan tiada masalah
pengangguran.




"Pada masa lalu, kesan perkembangan ekonomi dapat dirasai rakyat,
sekarang tidak lagi demikian. Ada sesuatu yang tidak kena," katanya
lagi.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410801#omqt4buT3Vt2Dgv2.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...