Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, February 1, 2018

Patriot: UniLodge harga Ejen A$23.5 juta (RM77.6 juta) : Mara Inc Beli dengan harga A$41.8 juta (RM138 juta)

Patriot: Mengapa senyap sunyi terhadap laporan berhubung UniLodge? 



 

   


Persatuan Patriot Kebangsaan telah
mempersoalkan mengapa mereka yang berkuasa senyap sunyi terhadap laporan
bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membeli sebuah blok pangsapuri
di Melbourne, Australia pada harga yang melambung melampau.




"Empat hari telah berlalu (sejak laporan berita itu) dan tidak kedengaran sebarang reaksi daripada mereka yang berkuasa.




"Mengapa senyap sunyi berhubung skandal yang didakwa ini? Di manakah
akauntabiliti?" kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot),
Datuk Mohamed Arshad Raji dalam satu kenyataan hari ini.




Akhbar Australia, The Sydney Morning Herald (SMH) Sabtu lalu
melaporkan pemilik asal blok pangsapuri UniLodge, ahli perniagaan
Australia, Lionel Harber, mengesahkan penilaian hartanah miliknya itu
pada tahun 2012 adalah hampir separuh daripada apa yang dibayar oleh
Mara Inc.


Harber dilaporkan "terkejut"
apabila dia mengetahui bahawa dalam masa beberapa minggu selepas
menjual bangunan itu pada harga A$23.5 juta (RM77.6 juta) kepada ejen
yang ada kaitan dengan sebuah syarikat luar pesisir, ia dijual semula
kepada Mara Inc dengan harga A$41.8 juta (RM138 juta) .


Mohamed Arshad berkata akal dan etika yang baik menuntut menteri
bertanggungjawab supaya segera membuat pernyataan bagi menanggapi
laporan SMH ini.




"Rakyat Malaysia menuntut siasatan menyeluruh dan pencerahan yang jelas mengenai apa yang berlaku," katanya.




Mereka yang disiasat, gesanya, mesti melepaskan semua jawatan yang
sedang disandang, dan sekiranya suatu kesalahan terbukti dilakukan,
pihak yang bersalah mesti dihukum dengan sewajarnya.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melancarkan
siasatan terhadap pembelian hartanah milik Mara Inc, selepas skandal itu
meletus pada tahun 2015.




November lalu, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata siasatan hampir selesai.




Dana awam mesti dibelanjakan secara berhemah demi kebaikan rakyat,
dan pembelian apa-apa barang, kelengkapan, dan bangunan, pada harga
melambung melampau, tidak boleh diterima, kata Mohamed Arshad.




"Kami menghimbau laporan yang mengejutkan pada tahun 1982 oleh Ketua
Audit Negara (KAN) mengenai harga belian sebungkus mi Maggi segera pada
harga RM4, sedangkan harga pasaran pada masa itu hanya 30 sen,"
tambahnya.




Sejak itu, tegasnya lagi, laporan tahunan KAN terus menerus
mendedahkan pernyataan yang mengejutkan berhubung penyalahgunaan kuasa.




"Tindakan tidak masuk akal oleh jabatan kerajaan dan penjawat awam
membuat pembelian pada harga melambung melampau mesti berhenti
serta-merta," tegasnya.




[Baca berita penuh]


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410697#rQ0rdU6O6RyQttMr.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...