Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, November 24, 2016

KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT MP KECOH NEGARA. BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA

MP punca kecoh di parlimen mesti tanggungjawab 

MP Shah Alam Diserang di Parlimen

 
Anggota parlimen yang mewajarkan serangan ke atas Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) pagi tadi mesti bertanggungjawab atas kejadian itu kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Punca Bermula Lagak MP Yang Tidak Lawak. Soalan tidak dijawab tapi sindiran TERLAMPAU yang menjawab


Menurutnya kejadian itu membabitkan pencerobohan serius terhadap kawasan keselamatan.
Malah kata Nur Jazlan, kejadian itu boleh disiasat mengikut undang-undang keganasan.

"Peraturan umum mengenai pelawat parlimen ialah mereka mesti dibawa oleh seorang anggota parlimen.



"Jika mereka itu sebenarnya dijemput seorang anggota parlimen ke kaasan ini untuk menyebabkan kecederaan, gangguan, anggota parlimen terbabit perlu dibawa ke Jawatankuasa (Hak dan Keistimewaan) Parlimen," katanya kepada media di lobi parlimen hari ini.




Khalid yang juga pengarah komunikasi AMANAH diserang sekumpulan orang di luar lobi parlimen hari ini. Bagaimanapun beliau dapat dilindungi anggota keselamatan di situ.

Orang awam itu - didakwa dari Pasir Salak, Perak - berang kerana Khalid menggelar Datuk Tajuddin Abdul Rahman dengan panggilan "sial".


Tajuddin adalah anggota parlimen Pasir Salak, ketua Umno bahagian itu dan ahli majlis tertinggi Umno.
Beliau juga mengakui salah seorang yang menyerang Khalid ialah anaknya.

Ditanya sama ada penyerang terbabit akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma, Nur Jazlan berkata, undang-undang biasa perlu digunakan terlebih dulu.
Ditanya lebih lanjut kemungkinan mereka wajar disiasat kerana aksi berkaitan keganasan, Nur Jazlan menjawab: "Mungkin jika ada peruntukan untuk mereka disiasat di bawah akta itu."

Nur Jazlan juga mengakui tahap keselamatan di parlimen perlu dipertingkatkan dan "kecewa" apabila ia dilanggar sedemikian rupa.

"Ini kawasan larangan dan pasukan keselamatan yang berkawal boleh mengambil langkah ekstrem sehingga menembak sesiapa yang menceroboh terutama kepada sesiapa yang dilihat boleh menyebabkan kecederaan dan keamanan kawasan ini.

"Bagaimana kalau seorang pengganas menyelinap dan melakukan tindakan keganasan?

"Apa yang jadi hari ini sama, kecuali ia tidak melibatkan sebarang senjata," katanya.
[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...