Mukhriz diarah tinggalkan mesyuarat MT Umno
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini diarahkan
meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sedang berlangsung di
Pusat Dagangan Dunia Putra.
Menurut Mukhriz, arahan tersebut adalah daripada Setiausaha Agung Umno.
Majlis Tertinggi Umno dipercayai sedang berbincang mengenai masa depan
Mukhriz yang juga adalan pengerusi perhubungan Umno Kedah sebagai
menteri besar.
"Mereka kata, pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar. Ia
merujuk kepada saya," kata Mukhriz ketika ditemui pemberita di lobi
PWTC.
Ketika ditanya ia adalah arahan siapa, Mukhriz sekadar berkata: "Setiausaha agung," katanya ringkas.
Beliau juga sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang ingin tahu
mengapa dirinya beredar dari mesyuarat berkenaan sebelum memasuki
keretanya.
Spekulasi bertiup kencang sejak pagi tadi apabila Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dilaporkan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di
Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Tindakan terhadap Mukhriz itu dikatakan ada kaitan dengan kempen
berterusan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib.
No comments:
Post a Comment