19 June 2014
AQIDAH 69
Pengkhianatan & perpecahan dikalangan umat Islam, diikuti dengan muslihat musuh yang berterusan mahu menghancurkan Islam menyebabkan Masjid Al-Aqsa terus duduk dibawah cengkaman penjajah zionis! |
Tan Sri Khalid Abu Bakar,
Ketua Polis Negara yang mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan
profesionalisma pasukan Polis DiRaja Malaysia dengan mengambil sikap jalan tengah kerana menghormati perintah Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sibil dalam kes jagaan anak yang masuk Islam kini dimaki hamun dan dihina tanpa sebarang pembelaan;
Dato' Setia Mohamad Adzib Mohd. Isa, Pengerusi MAIS yang mempertahankan
keluhuran Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor
1988 dengan mengambil sikap enggan memulangkan bibel versi bahasa Melayu
yang menyalahgunakan kalimah Allah kini dimaki hamun dan dinisa;
Mohd. Ridzwan Abdullah, yang telah memilih memeluk Islam dan membawa anak-anaknya bersama ke aqidah
Islam, dan mempertahankan aqidah mereka dengan mendapatkan perintah
jagaan daripada Mahkamah Syariah kini dimaki hamun dan dihina, dan
menjadi buruan para kafir harbi dengan mengguna segala jentera dan
institusi kerajaan dan bukan kerajaan, dan beliau tidak mendapat
sebarang pembelaan;
Abdullah Zaik, Presiden ISMA
yang cuba mempertahankan institusi Melayu dan Islam daripada serangan
bertubi-tubi pelampau liberalis dan extremis kebebasan dengan
mengingatkan mereka asal usul keturunan dan warisan mereka di negara
bekas Persekutuan Tanah Melayu ini kini diheret ke Mahkamah dengan
pertuduhan yang boleh membawa hukuman penjara tanpa sebarang pembelaan;
Alvivian, dua makhluk kafir yang menghina Islam dengan mempersenda dan
memperlekeh bulan Ramadhan dengan mengajak umat Islam berbuka puasa
dengan babi dibebaskan daripada pertuduhan dibawah Seksyen 298A Kanun
Kesiksaan konon atas alasan Seksyen itu tidak terpakai kepada
non-Muslim;
Empat makhluk 'berjubah-purdah' daripada parti yang mengaku Islam
mendesak supaya kuasa dan bidangkuasa MAIS mengenai Islam dan hal-ehwal
Islam di Selangor dihapuskan dan mendabik dada konon ianya boleh
dilakukan kerana persekongkolan DAP-PKR-PAS mempunyai majoriti 2/3 dalam
DUN Selangor untuk menggubal undang-undang penghapusan kuasa MAIS itu;
Apa yang jelas daripada huraian diatas?
Bahawa hadis Rasulullah saw telah terjadi dihadapan mata kita.
Sabda Rasulullah saw yang maksudnya boleh dirumuskan seperti berikut,
'akan datang suatu masa kelak remaja kamu fasik, wanita kamu menderhaka,
dan kamu meninggalkan jihad. Kamu tidak melakukan amar ma'ruf dan nahi
mungkar. Malah lebih teruk yang mungkar jadi ma'ruf, dan yang ma'ruf
jadi mungkar. Malah lebih parah kamu disuruh buat yang mungkar, dan
kamu ditegah buat yang ma'ruf"!
Iman umat Islam akhir zaman sudah jadi
tunggang terbalik. Syariat umat Islam akhir zaman sudah jadi caca marba.
Aqidah umat Islam akhir zaman sudah jadi Aqidah 69.
Na'uzubillah min zaalik!.
Melihat kepada keadaan semasa, saya teringat pesan Rasulullah saw yang telah saya ulang saban kali, akan
datang suatu masa nanti, memilih kehidupan Islam diakhir zaman umpama
mengenggam bara api. Kamu akan dilihat pelik dan asing, dan kamu akan
dilayan pelik dan asing.
Kini kita sebenarnya sedang meniti zaman itu. Tan Sri Khalid sedang
melalui zaman itu. Dato' Adzib sedang melalui zaman itu. Ridzwan sedang
melalui zaman itu. Abdullah Zaik sedang melalui zaman itu. Dan saya
jangka ramai lagi pejuang dan aktivis yang mahu memperkasa, membela dan
mempertahankan Islam akan melalui zaman itu.
Penjara itu peluang beruzlah, dibuang daerah itu peluang berhijrah,
dihukum gantung itu peluang untuk syahid - mungkin itu sahaja ruang yang
akan tinggal kepada kita para pejuang dan pencinta Islam akhir zaman
ini.
Mungkin sudah tiba masanya umat Melayu-Islam menggunakan senjata yang kita jarang gunakan selama ini - DOA!
Doa itu senjata muqmin!
Marilah kita bersama-sama mendirikan solat hajat, dan kalau boleh
didalam bulan Ramadhan 1435 yang bakal menjelang ini, kita bangkit
mendirikan solat hajat tiap hari, dan membaca doa qunut nazilah
dalam tiap solat fardhu dan sunat, memohon kepada Allah supaya
memelihara iman dan aqidah kita, memelihara agama kita, dan melindungi
waris zuriat kita daripada malapetaka aqidah yang sedang melanda; dan
diwaktu yang sama kita memohon kepada Allah supaya menghancur-musnahkan
anjing-anjing mungkar dan kebatilan dan anak-anak dajjal yang sedang
berkeliaran dimuka bumi kita ini.
'Ya Allah, sesungguhnya kami menyerahkan segala tengkok musuh kami
kepada Mu, kami berlindung dengan Mu daripada segala kejahatan mereka;
Ya Allah, kembalikanlah tipudaya dan muslihat mereka kepada mereka,
hancurkanlah kesatuan mereka, pecah-belahkan sesama mereka dan
goncangkanlah pendirian mereka;
Ya Allah, hantarkanlah bala tentera Mu keatas mereka, wahai Tuhan
yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Perkasa, wahai Tuhan yang Maha
Pembela, wahai Tuhan yang memiliki ketinggian dan kemuliaan;
Ya Allah Tuhan yang menurunkan kitab Al-Quran, ya Allah Tuhan yang
mengarakkan awan, wahai Tuhan yang menghancur-lumatkan tentera ahzab dab
musuh-musuh Islam, hancur-lumatkanlah mereka dan bantulah kami
mengalahkan mereka;
Ya Allah, kurniakanlah kemenangan kepada Islam dan umat Islam,
kehinaan kepada syirik dan musyrikin, kufur dan kafirin, nifaq dan
munafiqin, kezaliman dan dholimun, dan mereka yang bertopengkan Islam,
sesat lagi menyesatkan;
Ya Allah, berikanlah pertolongan dan bantuan kepada kami dalam
menghadapi mereka yang mengugut-ugut dan menakut-nakutkan kami, serta
menyekat dan menghalang kami kepada jalan Mu ya Allah;
Ya Allah, janganlah Kau tinggalkan kami dalam keadaan sakit kecuali
Kau sembuhkan penyakit kami, tiada dalam keadaan berdukacita melainkan
Kau hilangkan kedukacitaan kami, tiada dalam keadaan dizalimi melainkan
Kau memberikan pertolongan, tiada dalam keadaan berhajat melainkan Kau
tunaikan hajat-hajat kami;
Ya Allah, sekiranya Kau tidak mengasihani kami, nescaya kami
termasuk didalam golongan orang yang rugi. Kurniakanlah kepada kami
kebaikan didunia, kebaikan di akhirat, dan lindungi kami dariapad 'azab
ap neraka;
Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan bantuan dan
pertolongan Mu Ya Allah. Hasbunallah wani'mal wakil, walaa hau lawalaa
quwwata illa billah hil 'aliyiil 'adheem;
Ameen ya robbal 'aalameen'.
Wallahua'lam dan assalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
21 Sya'ban 1435
19 Jun 2014
No comments:
Post a Comment