Hakikatnya rakyat sudah keletihan dengan asakan propaganda politik yang
berlebihan, baik dari pihak pembangkang mahupun Kerajaan BN. Sepatutnya
kerajaan tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang bersifat memperbodohkan
rakyat, apatah lagi kenyataan itu keluar dari mulut seorang Perdana
Menteri.
Setiap kali berlaku kenaikan harga barang atau pemansuhan subsidi, ada
saja alasan bodoh yang dikeluarkan oleh menteri, seolah-oleh rakyat
terlalu 'tolol' dimata mereka. Apakah sudah tidak ada alasan bijak untuk
rakyat fahami?
Tidak dinafikan Bajet 2014 sangat menarik untuk pelbagai lapisan
masyarakat, namun kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib tentang
pemansuhan subsidi gula yang berkuatkuasa esok cukup menjengkelkan.
PM Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di
Dewan Rakyat berkata langkah tersebut bertujuan mengurangkan jumlah
pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.
Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.
"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.
Apakah ini kenyataan paling bijak dari seorang Perdana Menteri?
sedangkan rakyat biasa yang terkesan dengan perkara tersebut akan
berdepan dengan pelbagai "komplikasi kenaikan harga".
Belum lagi kita sentuh apakah akan berlaku kepada pengusaha kecil dan
sederhana, yang menggunakan gula dalam produk mereka. Apakah
pengusaha-pengusaha ini akan terpaksa menaikkan harga produk mereka
semata-mata untuk mengelak penyakit diabetes?
Bercakap tentang "komplikasi kenaikan harga", kesan kenaikan harga
barang sewaktu pemansuhan subsidi petrol sudah cukup buat rakyat
terpinga-pinga, bila warung kopi turut menaikkan harga atas alasan kos
pengangkutan sudah meningkat. Bagaimana pula bila harga gula naik kerana
subsidi dimansuhkan, bukankah sekali lagi rakyat akan menikmati
"komplikasi kenaikan harga"?.
Kalau nak harap kementerian Hasan Malek buat pemantau tentang kawalan
harga, Hasan Malek cuma akan bercakap tentang senario KL dan Lembah
Kelang. Sedangkan di Sabah dan Sarawak jangan harap ada pemantauan
serupa.
Apakah kita masih bangga dengan alasan memperbodohkan rakyat? sedangkan
rakyat juga tahu, penyakit diabetes bukan semata-mata kerana pengambilan
gula, sebaliknya adalah soal gaya hidup dan pemakanan yang seimbang.
Kalau menteri kesihatan sebelum ini diperli kerana gesaan yang serupa, ironinya Perdana Menteri pula yang pinjam ayat yang sama.
Mungkin PM Najib teringin diperli seperti itu juga, sehingga meminjam ayat yang sama untuk memperbodohkan rakyat.
p/s: kami juga dah letih pertahankan kenyataan bodoh pak menteri...
No comments:
Post a Comment