Masuk Umno Kerana Mahu Kaya, Beri Peluang Kepada Orang Muda Bersihkan Umno
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya Umno
dibersihkan menjelang pemilihan parti nanti kerana ramai yang memasuki
parti tersebut semata-mata mahu menjadi kaya. Beliau juga turut meminta
supaya pemimpin baru dan muda diberikan peluang kerana hanya dengan
langkah tersebut Umno akan dibersihkan.
"Bahkan pemimpin Umno di semua peringkat dianggap menyertai Umno bukan kerana bangsa, agama dan negara tetapi ingin memperkayakan diri.
"Hanya dengan memberi kepimpinan Umno kepada orang muda dan belum tercemar barulah pembersihan Umno boleh menjadi kenyataan dan diterima oleh masyarakat," kata Dr Mahathir yang dipetik dalam satu wawancara akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Dalam wawancara itu lagi, Dr Mahathir turut membidas golongan muda zaman ini yang dilihatnya terlalu mengagumi barat serta corak politik liberal barat tetapi pada masa sama masih bergantung kepada bantuan kerajaan.
"Kita dapati ada di antara mereka, termasuk yang terpelajar, yang berpendapat perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan negara tidak lagi relevan. Mereka berpendapat perjuangan untuk bangsa Melayu adalah lapuk dan ketinggalan zaman.
"Yang anehnya ialah mereka sendiri berjaya kerana menikmati dasar kerajaan untuk menolong mereka," kata beliau lagi.
Walaupun golongan muda dilihat penting demi masa depan Umno, Dr Mahathir berkata parti tersebut masih perlu berhati-hati dengan golongan terpelajar yang berpandangan politik liberal kerana bimbang ia akan memesongkan matlamat parti utama kaum Melayu tersebut.
"Kalau mereka ini menyertai Umno, besar kemungkinan Umno akan bertukar menjadi parti yang tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara, tetapi parti liberal ala barat.
"Mereka perlu diberi kursus politik Melayu dan perjuangan Umno mesti diadakan. Walaubagaimanapun, kemasukan mereka adalah penting jika Umno ingin membersihkan imej mereka," ujarnya lagi.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh Tun M tak kata
No comments:
Post a Comment