Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, September 2, 2013

Rakyat akan setuju jika BR1M tidak jadi dinaikkan, maknanya kekal pada RM500 jika itu dapat mengelakkan dari harga minyak naik 20 sen.

Kenaikan BR1M LEBIH TINGGI Nilai Berbanding Kenaikan 20 sen Petrol RON95 - DiMana LogikNya ? 

 Kejutan kenaikan harga Petrol RON95 mungkin dah berlalu kot, jadi apakata kita baca apa rasionalnya Najib mahu naikkan juga 20sen walaupun sebelum ini pernah berjanji tidak akan naik sekiranya menang PRU13.

Dari Bern... eeeeeeeh, kejap kejap..... ni yang nak kena balun ni Najib atau Penasihat ?

Ok, sambung balik ..... Dari Bernama -

Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.

Maksud Najib, jika harga minyak tidak di naikkan 20 sen, ekonomi negara akan terjejas ! 

Kenapa ek ? Saya difahamkan harga minyak dunia dalam trend menurun.

Petronas president/group chief executive officer Tan Sri Shamsul Azhar Abbas told a media briefing following the release of the company’s second-quarter financial results ended June 30, that cost remained a major concern, especially in light of the downtrend in crude oil prices.
( KLiK )

 
Dan Najib juga tidak ada sebut apa2 tentang kenaikan harga pasaran minyak ..... ( jadi diharap janganlah ada blogger yang memandai beri hujah harga minyak dunia naik )

Bagi saya yang tak pandai ekonomi tapi pusing macamana pun akan turut merasa kesan kenaikan ini, kesimpulan saya hanya satu - kerajaan tak cukup duit.

"Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," kata Najib.

Maksud Najib, kadar BR1M akan dinaikkan supaya kesan kenaikan 20 sen ini tidak akan membebankan rakyat. Adakah Najib merujuk kepada JANJI beliau mahu naikkan kadar BR1M kepada RM1200 tempuhari ?

Mana aci ! Yang itu dah dijanji sebelum harga minyak naik ..... Najib masa tu tak kata pun sebab kenaikan BR1M kepada RM1200 adalah kerana kerajaan akan naikkan harga minyak ! ...... dan kalau tak silap, Najib juga janji tak akan naikkan harga minyak kalau menang PRU13.

Kalaupun naik kepada RM1200 bukannya banyak pun sebab mengikut kata Datuk Ahmad Maslan - "Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," KLiK.

Itu tidak mengambilkira harga minyak akan naik 20sen.

JADI MUNGKIN NAJIB NAK NAIKKAN BR1M KEPADA RM3000 KOT ! ! !

OK, Najib juga berkata yang hasil dari rasionalisasi subsidi minyak ini, kerajaan akan menjimatkan RM1.1 billion setahun.

Perdana Menteri berkata melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini. KLiK.

Untuk pengetahuan, kos BR1M  melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion dan dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah, iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah isi rumah di Malaysia. ( KLiK )

RM2.6 billion jika kadar BR1M pada RM500. 

LOGIK MUDAH bagi seorang rakyat biasa macam saya - Kalau BR1M TIDAK DINAIKKAN kepada RM1200 ( jika bilangan penerima BR1M tetap sama ), kerajaan akan dapat jimat LEBIH BANYAK berbanding kenaikan harga minyak 20 sen !

Naik Petrol RON95 sebanyak 20 sen - kerajaan akan jimat RM1.1billion
Naik BR1M sebanyak RM700 - tambahan dana RM3.6 billion

Dimanakah LOGIKnya ? ? ? BETUL TAK DATUK SERI NAJIB ?


Bukan semua orang pun dapat BR1M. Dan bukan semua yang tak dapat BR1M itu orang kaya. Kenaikan RON95 sebanyak 20 sen akan menyebabkan kesan yang besar kepada ekonomi negara dimana banyak harga barang2 keperluan akan ikut sama naik. Kesannya PASTI jauh lebih besar nilainya dari kenaikan BR1M sebanyak RM700 ( kepada mereka yang dapat ). 

KESIMPULAN MUDAH saya - Kalau dah takde duit, buatlah macam takde duit ! Berterus terang jelah. Rakyat akan setuju jika BR1M tidak jadi dinaikkan, maknanya kekal pada RM500 jika itu dapat mengelakkan dari harga minyak naik 20 sen. 

Malahan, saya juga percaya rakyat lebih rela hilang kesemua BR1M jika itu dapat menurunkan harga minyak sebanyak 40 sen ! ( kalau mengikut perkiraan mudah diatas )

Ini adalah pandangan/pengiraan mudah seorang rakyat biasa, mungkin para penasihat Najib dapat berikan justifikasi yang lebih menyakinkan. Tak perlulah guna ayat2 yang bombastik, rakyat cuma nak tahu RM dan Sen jer.

PS - Itu belum kira satu lagi berita yang pasti mengujakan ini -

Keselesaan Rakyat Diambil Kira Sebelum Tarif Elektrik Disemak - Mahdzir Khalid

Biasanya sebelum naik harga, akan keluarlah bunyi2 macam ni, kan ? kan ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...