Sampai Bila Anggota Polis Perlu Jadi ‘PunchBag’ Pembangkang?
Oleh Zul Rawi
Pasti ramai yang tersentuh apabila
melihat beberapa keping gambar yang memaparkan kecederaan anggota polis
tersebar dengan meluas sejak dari pagi tadi. Malah melalui komen-komen
yang diterima, rakyat jelas marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan
biadap dan kurang ajar pakatan pembangkang yang cuba mencabar pihak
berkuasa dengan kekerasan.
Sekiranya sebelum ini, kita sering
dimomokkan dengan cerita kononnya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
sering bertindak dengan tidak mengikut peraturan dan undang-undang, kini
apabila pihak PDRM mula berlembut, ia telah dibalas dengan
sepak-terajang sehingga mencederakan beberapa anggota tersebut.
Insiden yang tercetus di hadapan
pintu masuk Parlimen pagi tadi itu, apabila sekumpulan ahli dan
penyokong pembangkang yang kononnya mengelarkan diri mereka sebagai
aktivis telah bertindak keterlaluan dengan merempuh sekatan yang telah
dilakukan. Walaupun amaran telah dikeluarkan beberapa kali, namun
ternyata mereka sengaja ingin memprovokasi pihak berkuasa dengan
tindakan tersebut.
Mereka yang dipimpin oleh bekas
calon PKR bagi kerusi Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin, bekas
pelajar yang sering berucap di atas pentas pembangkang, Adam Adli dan
Safwan Anang telah bertindak liar dengan berbaring di atas jalan raya
kononnya untuk menzahirkan bantahan. Tidak cukup dengan itu, kira-kira
sejam kemudian mereka telah bertindak merempuh dan bergelut dengan polis
sebagai cubaan untuk merempuh sekatan yang diadakan.
Ekoran tindakan tersebut beberapa
anggota polis telah mengalami kecederaan kerana ditumbuk dan diterajang
oleh mereka-mereka yang kononnya berjuang untuk rakyat. Namun
persoalannya, di saat mereka sedang bergelut di luar dengan tuntutan
kononnya Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) telah melakukan penipuan,
kesemua ahli-ahli parlimen dari pakatan pembangkang hadir untuk
mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.
Rasionalnya, sekiranya benar pihak
SPR telah melakukan pilihan raya apa perlunya untuk mereka mengangkat
sumpah? Bukankah itu telah membuktikan bahawa mereka telah bersetuju
dengan keputusan yang dibuat rakyat?
Apa yang boleh dikatakan ialah,
ini hanyalah sebahagian dari drama dan sandiwara yang dipentaskan oleh
Anwar Ibrahim bagi mengelabui mata dan hati masyarakat. Dari satu segi
dia membantah kononnya kemenangan pakatan pembangkang telah dicuri,
namun dari satu segi pula dia pada hakikatnya aku dan menerima keputusan
tersebut namun malu untuk mengakuinya.
Berbalik kepada isu anggota polis
dipukul tadi, diharapkan kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab segera
menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang
telah melakukan kesalahan ini. Sampai bilakah majoriti rakyat yang
cintakan keamanan perlu melihat laporan seperti ini?
Sebagai contoh, ketika himpunan
‘Black505’ dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya nyaris menjadi
korban ekoran tindakan liar peserta himpunan. Nasib baik pada ketika itu
beberapa orang anggota polis turut berada di kawasan sekitar, kalau
tidak sudah pasti mereka akan dipukul setengah mati.
Apakah pihak kerajaan ingin
melihat peristiwa Lahad Datu berulang? Setelah ada yang gugur dan
menjadi korban baru kelihatan tindakan yang menyeluruh dijalankan. Usah
lagi berlembut dan hanya mampu memberikan amaran demi amaran, sedangkan
di masa yang sama mereka yang biadab ini semakin berani untuk bertindak
di luar batasan.
Kepada Menteri Kementerian Dalam Negeri yang baru, mohon segera mengambil tindakan!!!
No comments:
Post a Comment